Follow Qiela :)

Aku, Tudung Dan Seekor Babi

BISMILLAH-HIR-RAHMA-NI-RAHIM

ASSALAMUALAIKUM DUNIA, Bangunlah semuaaaa ( Lagu Faizal Tahir, maaf la cilok )

Terlebih dulu, aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau post aku ni buat sesetengah individu terasa, jauh sekali dengan niat nak menjatuhkan apatah lagi mengaibkan mana-mana pihak. Aku dah mintak maaf ni, korang nak maafkan atau tak…tu korang punya pasal.

"Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah dia berada dipihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat)." [HR Al-Hakim]

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah An-Nuur : 22]

Hijrah (هِجْرَة), maksud-nya perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.

Hijrah itu sendiri terbahagi kepala banyak populasi, banyak gilaaaaaa, ada hijrah tempat tinggal, hijrah kerja, hijrah kepada yang lebih baik,.hijrah ke sesuatu yang sangat baik, memang banyak la. Malas aku nak senarai, Cuma paling aku nak BOLD sekali… pasal hijrah penampilan.

Dari tidak bertudung kepada bertudung.

Sensetif bukan? Sensetif la bagi yang tak pakai tudung, yang pakai tudung pun… kalau setakat tutup-tutup ( macam aku, masih bertatih ) pun,terasa juga.

Aku nak cerita pengalaman aku masa mula-mulaaa sekali nak hijrah. Aku malas nak cerita macam mana surrounding aku, walaupun sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku untuk ‘free hair, kawan sekolah, kawan sekeliling, jiran, depan rumah- kiri kanan rumah, musuh ketat, musuh tak ketat, akak kedai jual ikan, artis, pelakon, semua tak pakai tudung. Lawa gila. KAGUM AKU TENGOK. Aku dah wujud bilamana  fasa rebonding tengah ‘inn’ masa tu tak silap aku RM100 sekepala. Zaman tu, RM100 tu dah kira mahalllllllll gilaaaaaa tak mampu. Aku bukan orang senang pun, tapi sebab nak lawa macam artis, walau end up tak macam artis pun, buat jugak. Paksa mak sponser. Guling-guling depan mak setiap hari, kata nak buat. Aku sampai tahap sterika rambut tau, nak nampak straight macam artis Korea.  Gila noob nya masa tu. Gigih nak nampak cantik depan manusia, padahal aku paling buruk depan Allah swt. Tu belum campur lagi aku nak colour rambut, nak perm lah, nak ada wave2 lah…ala-ala Nabila Huda lah, Ala-ala  Siti Saleha lah, Ala-ala Kardahians laaaa… hahaha, kelakar bila ingat balik. Zaman muda baru lepas SPM, kudrat dan keinginan ada. Tapi duit takada.

Start kerja, DUIT DAH ADA, Dah tak jadi masalah, tapi… malu dengan kawan-kawan, nak buat curl lah, nak warna lah. Lagipun kerja semua staff dah tua-tua, takut kena mengumpat. TAU PULAK  MALU KANNNNN. Buat dosa la katakana. Jadi, ala-kadar je, buat pun… buat jugak tapi tak adalah kekal. Sekadar haritu je. Kalau pergi blow je pun, kan tahan 24 jam je tu pun kalau tak mandi,, lama la tahan, sebab kalau kena air, terus rosak.

Aku niat nak fully pakai tudung, DAH BANYAK KALI GILA BABAS, sesiapa yang free hair, aku tahu.. kauorang pun banyak kali niat nak bertudung, aku tau. Cuma kadang-kadang, bukan masa. Tanguh-tangguh, LUPA. Pastu niat balik, pastu tangguh, LUPA.

Aku ni sekejap nak hijrah masa birthday lah,
Nak hijrah masa bulan puasa lah,
Nak hijrah masa maah HIJRAH la,
Nak hijrah masa dh tua lah--- Aku lupa, mati tak tunggu tua.

Last- aku decide nak hijrah masa bulan puasa. Yelah, berpuasa, solat tapi tak tutup aurat. Sia-sia puasa aku sebulan. Jadi, aku nekad. BULAN TU, BULAN YANG MULIA, AKU NAK ALLAH TERIMA PUASA AKU, AKU TAKNAK PUASA YANG SIA-SIA.

Gila kau, puasa penat-penat, ALLAH tak terima. Rugi je, kalau tak penat, takapa jugak.

Tu pun , sebelum tu sebenarnya aku macam nak nekad dah nak bertudung. Masatu status aku bukan lagi bujang, aku dh jadi tunangan orang. Masatu dah niat, nak berubah sebab nanti aku ada keluarga mertua, aku akan masuk keluarga orang, malu lah tak pakai tudung. Aku tak kata free hair tu hina, tapi…kalau dah nama free hair tak pakai tudung, mesti orang akan fikir kita tak ada didikan agama, walhal sebenarnya kita ada, dan kita tahu apa yg kita buat tu salah, tapi kita tak nak buat. Sebab apa? Sebab nak

Nampak hot, pakai tudung buruk, outdated,
Nampak serabai, panas, rimas,
Tudung asyik kelepet, tak kena dengan muka iolls,
and the list goes on…. Tak pernah habis.

Tadi kan aku cakap, aku nak pakai tudung dari sebelum puasa lagi dah, sebab apa? Selain dari takut ALLAH tak terima puasa aku, sebab apa nak pakai tudung?

Sebab ada satu hari tu, aku ditugaskan ke tempat lain, masa tu pulak sekeliling aku semua kenalan aku di office, tak janggal lah kiranya. Gurau-gurau, gelak-gelak sambil buat kerja, sehingga lahhhh ada lah hamba ALLAH ni yang mana dia adalah kenalan aku jugak, tanya aku…

“Kenapa tak pakai tudung? ( dia lelaki, berbadan besar seakan beruang kutub ) hahahah, sori bang…

Aku terkejut gila bobiiiiiii, yelah…tengah gelak ketawa berdekah-dekah cerita itu ini tiba-tiba ada orang tanya yang mana orang tu adalah kawan kau. Tanya soalan yang overrrrrr-sensetif macam tu,.  

Tapi aku ni jenis open, dan slow-slow la jawab…. Walaupun terkejut.

“ Kenapa? Engkau tak suka ke aku tak pakai tudung?”

“Memang lah tak suka, ALLAH PUN TAK SUKA”

AKU DIAM. DIAM SEDIAM-DIAMNYA.  ( Buntu nak jawab apa )

“ Engkau kenal tak? BABI?”

“ Kenal lah…”

“ Orang lelaki, kalau pandang babi berkali-kali, tak haram..tak berdosa pun. Kalau aku pandang engkau sekali, dah berdosa aku, dah jatuh haram kalau pandang masuk kedua kali, jadi kau fikir-fikirkan lah, antara engkau dengan babi, mana tahap engkau……”

ZAPPPPPPPPPPPPPPPP!! Kena hati terus. Kasar-kan? Tapi aku tak kisah. Apa dia cakap tu, memang betul dan ayat tu, MAMPU UBAH AKU.

AKU DIAM JE, aku taknak cakap banyak. Aku senyum dekat dia dan teruskan kerja aku, PADAHAL DALAM KEPALA, BAPAK LA MEMIKIR.

‘Maaflah kalau aku kasar, aku cakap je.

“ TAKAPA, AKU TAK KISAH” , aku jawab. Padahal hati aku remuk macam kena langgar trailer 18 tayar. HAHAHAHAH.

Start dari haritu, aku dah nekad. Aku nak pakai tudung, aku taknak sama taraf malah lagi teruk lagi dari babi oink-oink. AKU TAKNAK. Dapat gaji, aku terus pergi beli tudung banyak-banyak. Aku pergi kerja terus pakai tudung, Aku pergi mana-mana pun pakai tudung.

Sebenarnya ikhlas aku cakap, tak pakai tudung bukan best sangat, ada masa kita kena ‘bad hair day’, kita kena selalu jaga rambut, & kalau rambut maintain je, orang panggil tak up to date, nak selfie kena sikat rambut, kena pakai perapi dulu, banyak kerja gila.

Sekarang dah tak susah, kita ada tudung ekspress, tudung instant, tudung sarung, nak lebih thrill, kena lilit-lilit sampai terbelit. SEDANGKAN TUDUNG LILIT PUN sekarang dah ada instant. Sarungggg je. Tak percaya Tanya Nealofa.

Rugi kalau tak pakai tudung sebenarnya, jujur aku cakap, pada pasangan muda yang bernikah/kahwin tak pakai tudung, RUGI GILA KALAU TAK PAKAI TUDUNG. Nanti bila tua-tua, nak tunjuk dekat sedara mara kawan-kawan lelaki, MALU. Masatu tak pakai tudung padahal sekarang kita dah sempurna bertutup padahal gambar nikah, gambar kahwin adalah moment yang paling tak ada tukar ganti, moment indah yang perlu dikongsi & last forever. Takkan nak tunjuk dekat cucu KAD NIKAH je? ( sebab kad nikah je pakai tudung, wajib kan )

Alhamdulillah, SAMPAI HARINI. Aku dh ada suami dan anak seorang. Walaupun aku Cuma bertudung dan bukannya berniqab, bertudung labuh, aku belum sempurna dengan pakai sarung tangan, sarung kaki, berkasut, berjubah, pakaian loose kemana-mana. Aku TETAP BERTUDUNG DAN TARAF AKU BUKAN LAGI BAWAH DARI SEEKOR BABI.


Engkau orang bila lagi?

( Share lah, tak payah mintak izin. Aku berkongsi ilmu dan pengalaman )

Siapa nak direct aku terus, ni email aku syakilla.purple@gmail.com 







No comments: