Follow Qiela :)

Rumahku Syurgaku : 02


Gigih okey, edit bagai sebab nak explain satu-satu. hahahahah.

1. Dalam kotak kuning tu... memang asalnya planned nak buat table top/kitchen cabinet. Memang sekarang sakannyaaaaa survey colour/ survey contoh, pergi kedai ambik quotation/tengok brochour...eh memang semua lah. Harus la laki aku kan.... sebab nak harapkan aku...apatah lagi setelah dikurniakan Inas, tenaga tak berapa nak gagah nak pergi sana-sini survey. HAHAHAHAH. Inas dijadikan alasan. Aku mampu klik-klik dekat google je. save image. hahaha. 

Credit : IntanNorazam Belogs

Ha, design macam ni lah aku berkenan sangat. tengok dapur orang, terbayang dapur sendiri. boleh? takboleh, aku rela je... tak kisah lah nak panggil jenin. 

Jadi tak dapur yang aku idamkan ini? Tunguuuuuuuu

Banyak jugak kos nak buat semua ni, macam pasrah je rasanya. Dah alang-alang... buat jelah... Kabinet saja aku survey nak dekat 4-5K, *muntah hijo. 

Mahal kan, mungkin sebab aku request material yang mahal, mungkin workmanship sekarang dah mahal.. aku pun tak tahu nak cakap macam mana. tapi ni memang aku all out, burst habis poket laki aku. hahaha. 

--------------- 

2. Yang aku label pecah & sorong sampai belakang tu... Yes, memang laki aku upah kontraktor suruh pecah dinding asal & buat sorong terus sampai belakang, eh..sorong ke namanya. ah dulikla.. janji aku faham. hahah. 

Kalau lah laki aku tak ada efforts nak pecah, alamat dapur aku sempit yang ampunnn. tengah kosong memang lah nampak luas. sekali aku buat table top, kitchen cabinet... letak peti ais & bila angan-angan jadi realiti laki aku tu, nak buat bar table... haruslah makin sempit! Orang kampung mana boleh dapur sempit hoi.... pantang! 


Maaflah, gambar google images je.... laki aku ada cakap..kalau tak pecah belakang..alamatnya sinki cuma boleh pakai singki single, macam yang atas ni lah.

dalam hati aku, alahai. kemetotnya. badan aku dah la macam gergasi. hahahaha.  Teringinnyaaaaaaa nak pakai double, triple kaaaaaa....






Huiiiii, segaknyaaaaaaaa singki triple ni. Aku dah terbayang-bayang dah,, satu aku buat basuh pinggan, satu aku buat tirap, satu basuh berak inas. KAHHHHHH....

Okey melawak je. hahahaha.

Belakang tu memang dah tak ada ruang lansung aku nak tanam pokok lada ke? nak tanam serai ke.. memang nan hado. sebab memang sampai ke belakang habis sorong. tapi idak le menutupi longkang..mau kena saman rumah aku nanti. kihkih.  Belakang upgrade tingkap jadi dua, aku nak buat tempat laundry. Letak mesin basuh, letak laundry basket. Drill sikit para Ikea, susun softener, dynamo, air freshner, huiiiiii...kacaknyaaaaaa...tak sabar!!!

Persoalan sekarang, mana nak jemur kain? hahahahaha.... aku tak kuasa nak kena pergi belakang rumah, bukak pintu semata nak jemur kain. tak pasal nak kena pakai tudung dulu, nak kena pakai baju proper.. isk. tak pepasal nak angkat kain kena lawa-lawa, nanti jiran suit-suit... ajak gossip..malu la.. pakai baju kelawar je. haha. boleh pulak aku fikir sampai macam ni kan.

aku taget, porch rumah aku je. Duliklaaaa...
 
3. Loteng tu, since bilik tengah dia punya syiling tinggi..jadi aku decide nak bahagi dua & belah atas dijadikan loteng. Memandangkan potential rumah nak ditenggelami banjir,... aku rasa adalah wajib untuk aku get ready sebarang kemungkinan. jadi...aku & laki sepakat nak buat loteng. Simple je... loteng kayu... tapi aku rasa...orang kata loteng konkrit & kayu... lagi mahal kayu.... yeke? kalau betul..aku nak la konkrit. lagi kemas.





again, masih google images. Semua contoh rumah dah siap buat. Aku duk bayangkan nanti macam ni lah gamaknya bilik aku. aku pasrah jee... asalkan aku boleh parking segala mak nenek microwave, oven, dapur, segala periuk belanga & baju-baju aku dekat atas pendek cerita semua benda yang aku takmau rosak kena air la aku boleh susun atas tu. Nak cabut lari bawak badan, anak & laki je. hahahaha. 

4. And last, yang line hijau tu...laki aku spent duit sikit nak topap jubin/mozek....kontraktor rumah memang dah bagi mozek tapiiiiii... tak ada border. Mozek semata... kalau ikutkan aku,lantakkan je. malas nak fikir...dah la kena keluar duit... tapi dah laki aku suruh tukang tu buat jugak dah alang-alang, jadi..mak pasrah je.




tu, yang berderet dekat tepi-tepi lekat dinding tu... tu aku panggil border je. korang panggil apa? hahahaha... aku senang cerita je..asal aku faham, laki aku faham, tukang rumah yang nak buat tu faham, ok setel. hahahaha.

aku kalau susah sangat nak explain dekat tukang aku nak itu ini..dia buat kerut-kerut dahi... aku bukak phone, bukak gallery, tunjuk gambar je.

ha..macam ni! pahe?

ok, beranasur lah aku. bertemu kembali kita di episod 3 kelak ya :)
*background musik I'm Coming Home *





1 comment:

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...