Follow Qiela :)

Rumahku Syurgaku : 01

Hai semua, 

Rumahku Syurgaku : 01

Once dapat je kunci, aku & laki dah terkinja-kinja eksaited. Buat rough checklist, details & survey semua pelusuk kedai. bayangkan -___-" letih ok. 

first, pencarian dapur.

• Planning asal just nak pakai Bompani, sebab? yes..murah sikit dari others brand. Lagipun mertua aku pun pakai Bompani dan nak dekat 3 tahun kot? ke 4?  & kira okey la tengok condition hood dia,, still cantik. well...bagi aku laaaa..honestly cara kita jaga pun main peranan penting. Suami demand lebih, alang-alang nak beli hood, biar ada sekali hoob & hoob taknak yang biasa-biasa. nak yang moden...so, ON la kiranya. 

Kira-kira budget, eh....harga nak dekat dengan set Rubine, tambah sikit...dah boleh dapat Rubine, so...survey lagi. Last survey pergi kedai elektrik dekat dengan Hotel Green Leaf, orang kata barang elektrik dekat situ harga reasonable. So, menonong la aku 3 beranak pi sana... duk pom pam pom pam, ok, boleh la ambik Rubine instead of Bompani, sebab waranty Rubine win sikit, 5years..sedangkan Bompani cuma 1yrs. Ok boleh la... tambah sikit, dapat pakej A, read : pakej paling biasa. 

Eh, laki macam tak puas hati. sebab hati dia berkenan design yang lagi moden, so... risik-risik la pakej B, duk kena saiko dengan taukey.... hati dah goyah sikit. hahahaha, kena umpan dengan free gift ( termos rubine ) && buat demo sikit-sikit...... laki aku pun kalah terkulai layu... hahahaha, bayar depo 10%, esok nak ambik barang baru full payment.

apa yang laki aku dapat? 

ok, 


 
Dapat la lebih kurang macam ni hasil daripada mengoogle, nak ambik gambar real, belum ambik lagi.......pakej ni include hos aluminium dia, upah pasang kalau nak dia caj RM350 & free delivery. Dapat jugak free termos air yang sekarang dah selamat aku guna buat susu inas. hahahahaha.

aku tak ingat nama actual dia, lebih kurang macam ebano, venosa, lebih kurang la... siapa tengah hood-hoob hunting, kalau survey brand Rubine, tengok la katalog latest, harga situ ler je.. nak kata kurang...sikit ada lah... tak banyak. 

once laki aku dh proceed beli, tiba-tiba dia dah warning aku...beli dapur mahal-mahal..tak masak..siap. 

hah kan, 

aku dah cakap, 

alih-alih, 

aku jugak yang kena. 

Total Burn : RM1,950.00
Pakej B, ( include aluminium hose ) 

Free delivery, Free termos air panas,  extra RM350.00 upah pasang.

2 comments:

SarahSyafiq said...

Nnt kila jemput dtg raye!

Qiela said...

okey, mmg ada planned nak buat open house. dtg tauuuuuuuu!!