Follow Qiela :)

Q & A : 01

1. Klinik Sara Hana

Klinik Sarahana, kalau ko tau dekat mana Cenderawasih, Dekat mana Bukit Setongkol, dekat mana kampung Tiram, ko tau lah dekat mana Klinik sarahana ni.... dia sebaris dengan dobi & kedai cat Nippon, baris atas ada kedai Anak Kechil Bundle. Personally, aku tak tahu pasal klinik ni, sebab aku pernah pergi sekali je pun...so, aku tak boleh nak judge orang dengan hanya sekali pergi je. Aku pergi mula-mula masa aku nak sahkan pregnant aku & tengok memang dia ada alat scan 3D/4D semua....dia punya PR pun bagus, siap cakap tahniah semua... masa aku dah sah pregnant. hhihii... aku tak pernah bawak Inas pergi klinik klinik sarahana, tapi pernah sekali aku nak bawak...tapi tutup. aku kalau inas demam, aku lebih suka bawak pegi Klinik Yaw, pakar kanak-kanak, lagiiiiii la thorbaik. PR terbaik, harga pun terbaikkkkk, hahahah.

2. Doorgift.
Hahahaa, aku rasa nak pencen dah bab-bab doorgift ni... hahaha, penat bila aku teringat balik masa nak kawen dulu.... 

ok, since dapat banyak email pasal doorgift aku, aku bagitau sekali gus ok. 

kedai beli kotak dekat mana?
aku pi beli dekat kedai bakewel, kedai buat kek baris cosmopoint. aku rasa semua kedai baking ada sedia jual kotak ni, cuma jenis kualiti & harga beza sikit kot.

buah murah-murah beli dekat mana?
aku beli kedai biasa je, tapi aku dengar aku kedai borong buah dekat batu 8, aku tak sure dekat mana, tapi kantin sekolah, kantin asrama, mostly banyak borong dekat situ. 

makanan dalam doorgift?
aku beli dekat cowboy je, murah & jimat dan senang. semua dalam satu bumbung. mcm one stop center,. gituuu... hahaha. aku dah tak banyak nak ulas, aku dah lupa. lepas baranak..urat banyak putus. 

3. Konsep less is more, 
aku tak tau kenapa aku boleh ada keywords ni, tapi kalau tengok pada majlis kawen aku...semuanyaaaaaaaaa less is more. hahahaha.

4. Brazillian wax tak sakit.
Gila tak sakit? hahahahaa....dia punya rentapan tu...menikam kalbu sampai berjurai ayor mata tau. hahahah. tapi steady la... beranak kita boleh...inikan pulak setakat rentap vulus. HAHAHAHAHA. tapi series, since dah beranak inas..aku dah tak pergi tempat-tempat macam tu. layan Veet jaaaaa...hahahah.

5. Mengandung tapi macam tak mengandung.
aku tak faham soalan ni, seriously. HAHAHAHA.

6. Natasha Hudson?
Serious, aku tak tau pasal laki dia ka... apa kaaa.. hahahaha. yang ada cuma gambar kawen dia jeeee. okey tenkiu.

No comments: