Follow Qiela :)

Hi, 33weeks!

Its June! finally.... kalau tanya sihat ke tak... buat masa ni kesimpulannya adalah, 

masih kerja dan drive. Ok.
makan selera & suplement tak miss. Ok
minum susu tanpa rasa loya. Ok
boleh kemas rumah/bilik walaupun mengah-mengah dan penatnya, masyaAllah..lain macam sikit. tsk. Ok..

yang paling tak tahan, sekarang ni...asal malam je... i sakit di pangkal peha/celah ari-ari/pubic/pelvic pain....sakitnya sampai tahap, pasrah jelah duduk tidur dekat ruang tamu...dah tak mau jejak kaki mendaki naik bilik dekat atas, sebab taknak naik tangga. takmooooooo....wuuuu.... sakit, sakit, sakit yang teramat sangat. memang tak tahan.... 

dah bila sorang-sorang sakit, sedihnye laaa tau tak. asyik la whatsapp suami di kejauhan. cakap sakit-sakit. macam dah berzikir je... suami pun sampai surrender, dia cakap tak tahu nak cakap apa, buat apa lagi dah....sebab jauh kannnn......... 

pagi-pagi ni, gigih la buat research, apekeheiiii laaaa sakit sangat, inikah yang dinamakan false contraction, braxton hicks, konon kannnnn........ tapi.... ni bukan sakit kontraksi ni...ni lebih kepada sakit tulang/sendi je ni.... so, lepas google-google rupanya sakit-sakit ni...adalah normal pada 3rd trimester. makin dekat nak bersalin makin la banyak sakit-sakit. Uuuuuu, whats nextttt!!! takuttt :( 

so, untuk sakit sekarang, ianya dinamakan ;: Pubic symphysis diastasis (SPD)

Okey, thats my baby. Dah ada dekat bawah, nak keluar yeee syggg.... hiks. 

sakit ini terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan...puncanya adalah disebabkn oleh hormon relaxin yg melembutkan sendi-sendi tersebut...secara umum, SPD ni sebenarnya memudahkan proses utk bersalin nanti...oh, okey. sounds great. 

antara ciri-ciri pesakit SPD ni:
(1) sakit belakang, sakit pinggul - setiap kali sakit macam ni, i just like..... Dear baby..please keluar cepat-cepat. Awal 2wks pun tak apa....mommy redha. Tak tahan sangat dah nii.... macam kan beranak tu tak sakit kan. Oh, so drama. 
(2) rasa ngilu di kawasan kemaluan - ngilu yang teramat paling sangat! 
(3) sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak atas katil - Okey, ni memang. balik dari ofis ni... i nak angkut semua almari-baju-baju & all my stuff and park je dekat ruang tamu rumah i tu. Theres no way again i nak naik bilik i yg dekat 4th floor 2nd floor tu! Tinggi nye lah haiiiii rasanya rumah abah ni. kenapa abah tak buat escalator kan. 
(4) sakit yg teruk pada waktu malam - kan, pelik. kenapa mesti malam? kenapa siang tak rasa sangat? why-why...walhal masa malam lah kite nak recharge our energy. :( masa tu lah nak dapatkan good night sleep :( why baby, why---

i ada la google jugak, cara mengurangkan kesakitan :;
(1) banyakkan berseman (senaman yg sesuai utk ibu mengandung) - Oh no, no..please. not now. nak berjalan pun terkengkang-kengkang. senaman? not so me. 
(2) sewaktu duduk, pastikan kedua-dua kaki rapat & tidak tergantung (kaki kena lurus pijak lantai) - tak boleh, seriously.... i cuma akan lena tidur kalau kaki lebih tinggi dari i. i just letakkan bantal/kusyen. Lagi tingggiii, lagi selesaaaa.......
(3) elakkan berdiri terlalu lama - maybe due tu banyak sangat buat kerja / kemas itu ini dan tak duduk diam sangat...thats why lahhh sakit-sakit kot. ok fine..im gonna be a laziest person from now on! tidur - makan - tidur - & pee... cukup syarat! hehe. 

since now 33wks, i dah re-check calender & guess what... rasa macam nak apply cuti awal dari tarikh due. suami tak kisah walaupun macam still ada urmm--urmm tuu.... tapi, abah bising, dia kata rugi sangat,..... && suruh tahan sikit. SIKIT???? kalaulah semudah seperti yg diperkatakan. Sobs :(

Next checkup will be on 12th Jun, ( 34wks ) next week & hopefully tak ada apa-apa....harap anak mommy yang paling good dalam dunia ni behave all the time & sihattttttt. ameen. 


6 comments:

Cik Puan Tqah said...

samela.. malam je sakit gile..nak pusing kiri kanan mengaduh je.. siang ok kan..just kaki bengkak..huhuhu... da lama xscan baby..hope baby ok kepala dibawah

Mawar said...

Ohh SPD ke Qiela? Sounds painful! how do we differentiate from Braxton Hicks? Coz lately I pun malam2 terbangun sebab sakit dekat pelvis/abdomen. Cuak plak huhu..

Qiela said...

Oh, kaki kila tak bengkak, lagi..kot? ke sebab dah gemuk sgt, x perasan bengkak. haha,.

mawar ; mmg sakit. SOBS! kila tak tahu beza dua tu..sebab tak pernah rasa lagi kot braxton hicks. haha.

Sheena Saini said...
This comment has been removed by the author.
Sheena Saini said...

Hey hey Qiela! Bila ur due date?? Macam dekat je both our dates. I start mt maternity on the 27th of this month =) Baru apply tadi. U?

Qiela said...

Haiiiii u, belum apply lagi, maybe 1st july. kot? InsyaAllah.. hhihi..