Follow Qiela :)

Melenggang perut Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.





1 comment:

Alia Laila said...

Salam kenal :)

Saya belajar sejarah tingkatan 6 pun ada pasal melenggang perut ni. Siap belajar adat untuk ibu mengandung untuk setiap negara wohh :D

Hehe, semoga akak dengan baby sihat selalu ^^