Follow Qiela :)

TIPS MENERAN WAKTU BERSALIN

TIPS MENERAN WAKTU BERSALIN ( 1 )

1. Masa mula-mula contraction sampai.
Tarik nafas dalam dalam guna hidung. Dan lepaskan panjang-panjang guna mulut.

2. Bila contraction kerap datang.
Bernapas laju laju guna mulut. Tarik napas guna mulut, lepas pun guna mulut jugak. fuh fuh fuh fuh....

3. Bila rasa nak teran, tapi belum masa untuk teran.
Perghhhh bab ni scary siot. Kita dah rasa nak teran, tapi tak boleh teran sebab bukaan belum 10cm lagi. Makanya, ko kena tarik napas laju laju guna hidung dua kali. Dan lepas guna mulut sekali. Dan buat benda tu berulang kali sampai hilang rasa nak teran. faham tak??? kira macam "sniff sniff fuhhhh" "sniff sniff fuhhh"

4. Sudah tiba masa untuk teran
Tarik nafas dalam-dalam guna mulut. Sebab katanya, lebih banyak udara yang masuk sekiranya tarik nafas guna mulut berbanding dengan guna hidung. Dan lepas tu push dengan sekali nafas dan sekiranya nafas dah habis, tarik nafas secara perlahan-lahan supaya kita tak menyedut kembali anak yang bakal keluar.

5. Posisi semasa meneran, make sure tangan tarik lutut. Dan badan naikkan dan tekan perut. Dan jangan angkat bontot. Aku dulu asik nak terangkat je bontot sebab tanpa sedar kan. Hehehehe... Tapi bab ni nurse akan bagitau caranya macammana nak push.

Taken from here : LINK

TIPS MENERAN WAKTU BERSALIN ( 2 )

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat


* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….
selamat bersalin.

Taken from HERE


No comments: