Follow Qiela :)

Jantina baby dah diketahui...

Ni telah dicopy-paste dalam belog Kina, so....aku rasa...aku nak share jugak lah pengalaman aku semenjak mengandungkan permata sulung aku dan suami ni.  Kalau ikutkan hati aku, lelaki atau perempuan....aku tak kisah....Aku tanya ayah aku nak cucu apa pun, dia tak kisah......ha, ko mampu boleh tanya ayah sendiri tapi suami tak tanya? HAHAHA..suami aku tu ikutkan je... bila aku tanya nak girl ke boy? Jawapannya nan ado..... cuma dia cakap, kalau boy, dia nak ajar main bola...kalau girl...dia taknak anak tu ikut perangai aku yang suka perabis duit dia...HAHAHAhampas, kuangaajaq..

Mak aku adalah sangat yakin aku preggy baby GIRL tau...siap suruh aku stanby nama lagi! 
Kawan-kawan ofis majoriti cakap BOY, hanya dua-tiga je yang cakap GIRL...
Adik ipar aku cakap GIRL, sebab pengalaman dia preggy baby BOY perut dia membulat sedangkan aku melebar ketepi... 
Cleaner ofis aku cakap GIRL, dia lah yang duk selalu usha perut aku tiap-tiap pagi setiap kali datang kutip sampah dekat meja aku... 
Makcik suami aku cakap GIRL, tapi makcik aku sendiri cakap BOY
Naluri aku? Haaaaa, masa 1st trimester... aku kuat sangat rasa baby ni BOY...masuk 2nd trimester, dah tukar pulak rasa macam GIRL... Dah duk ulang laaaaa balik jap GIRL, sekejap BOY..

win win situation kan.... 

Bila dah banyak GIRL ke BOY ni, aku dah la mula mensakai...aku rasa macam tak bestt je aku tak tahu jantina anak aku sendiri sedangkan orang lain main sedappp je teka-teka. Sedangkan aku, lagiii lah berteka teki yang jawapannya aku sendiri pun tak pasti, tak bolehh jadi ibu sendiri tak tahu ni....wow, ibu...ehem..  Jadinya....aku pergi scan dekat Klinik W.Y Ko, Jalan Beserah...sekentut je dengan rumah aku....

Details :
W.Y.Ko Specialist Maternity & Gynaecology Centre
B-2269 Jalan Beserah, 25250 Kuantan.
Tel : 09 - 566 7809
Faks : 09 - 566 7805

*** Klinik bukak pukul 9am, tapi Dr.Ko datangnya naik Mercedes Benz pukul 9.30am..kalau nasib tak menyebelahi..pukul 9.40am ka...10am ka... tunggu jelah... Dr.Ko adalah Doktor pakar, so...aku macam tak meragui kebolehan dia lah, cara cakap dan bahasa dia pun, lemah lembut dan details betul. Aku memang puas hati.....dan tengah duk syok-syok scan ni, Dr.Ko tanya..nak tahu jantina tak....Aku macam, nampak keeeee? Dr.Ko konfiden sangat bagitahu walaupun macam sipi-sipi je yang nampak, tapi aku tetap yakin dengan pengesahan dari dia, sebab tu adalah kepakaran dia.... Dalam hati aku, mesti boboy ni! Sebab aku pergi scan masa 19wks+...Biasanya boboy je nampak bibird dia kalau awal-awal ni....... Nampaknya sangkaan aku ..........Dan akhirnya.... baby aku nanti adalahhhhh............RAHSIA!!

.

.

.

.

.

.

.

So, berbalik semula kepada pengalaman aku.... 
*Tulisan berwarna merah merupakan pengalaman aku..


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung

Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit

Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh

Perut anda kelihatan bulat sempurna

Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap

Bentuk perut condong ke arah bawah

Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk

Tangan selalu kekeringan

Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur

Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan

Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar

Selalu sakit kepala

Its A BOY!!!


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan

Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit

Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul

Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas

Perut tampak agak lonjong

Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil - *semasa first trimester, Nauzubillah sgt rasa! 

Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur * ni aku tak pasti, biasalah..sekejap tidur rumah mentua...sekejap tidur rumah sendiri..aku main tidur je...hahahaha....

Its A GIRL!!!

Pengalaman Tambahan : 
1. Tak boleh makan ikan, tak suka..setiap kali makan ikan..pesti aku loya semacam. Ayam suka sangat, siap buat BBQ complete set dengan coeslaw & kentang putar lagiii... Mak mertua cakap anak aku ni western! HAHAHAH...
2. Aku tak boleh bau durian, aku tak boleh makan durian...sekali aku bau, punye menyengat otak aku...pegh... Tak boleh tahan, series. Baby ikut ayah ye, tak makan durian... 
3. Aku tak boleh layan dah air kopi, nescafe ni...ni semua buat aku sakit kepala. Sepupu aku cakap kopi ni angin. Allahu'alam.. Tapi ada sehari tu aku minum pagi dekat ofis.. Sampai ke petang aku mabuk. 
4. Aku tak boleh minum susu, horlicks ke soya ke.... Suami aku pun duk pening lagu mana nak buat.... Risau sungguh baby keluar nanti ikut kaler dia... HAHAHA....Eh, kaler aku jugak.....
5. Aku rajin masak woi! RAJIN gilaaaa.... aku siap masak Mee Soto complete set dengan bergedil & kicap lada, siap dengan rebus ketupat sekali. Aku tak tahu kenapa aku rajin, walhal aku ni punyaaa lah M besar... aku rasa, mungkin dorongan sebab aku rasa nak makan.... tak suka nak beli, so aku masak. 
6. Berat aku naik banyak, ini menjawab lah kepada mengapa semua baju kerja aku tak muat. heh. 

So, nak main teka-teka tak? Tanda nampaknya seimbang, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bertanding....Ecewahh, hahahaa....We already know it, but were not telling... :)








2 comments:

Cik Puan Tqah said...

ala.. bestnye.. ritu scan xnmpk..mmg xsbr gak nk tau gender.. dush2.. doala next scan nampak.. hihi

mama ila said...

salam kenal..ila follow sini =)