Follow Qiela :)

20 more weeks!

1. Aku tak laju sangat dengan ikan, keropok, sata, otak-otak...aku tak membenci hidupan yang menjadi ikon pantai timur ni...cuma tak berselera sangat la...... aku rasa pening, aku tak tahu lah kebetulan ke apa kan...tapi series, aku tak lalu......tapi udang, sotong, kerang, aku laju lagiiiiii.....

Kalau siapa yang ada alahan seperti ini, boleh ke aku nak makan fish oil? boleh ke? aku nak beli ni, harga boleh tahan jugak..sungguh membazir jika sekali telan, aku simpan dalam fridge semata nanti. Hahaha.. 

2. Aku tak suka/ tak boleh dan benci gilaaaaa lah denga durian. EEEE! sakit hati aku rasa.... aku harap, kebencian aku pada durian ni...bersifatlah sementara je..aku ni hantu durian tau, macam tak otai lah...aku stop camtu jee tanpa sebarang perjuangan....hahaha...

3. Aku tak boleh travel jauh-jauh.......Semenjak aku preggy, aku tak ada nak berhajat balik Temerloh jenguk suami.....kalau suami sorok awek kampung bawah katil pun aku tak tahu...hahahaa.... Suami lah yang rajin balik Kuantan. Rekod paling jauh masa preggy ni adalah ke Johor baru-baru ni... Alhamdulillah, baby baik... tak meragam, mummy pun tak muntah tak apa....hiks, suka!

Aku pun tak minat pun nak shopping ke, jalan-jalan window shopping ke, memang tak ada lansung. Everytime suami ajak jalan-jalan pun, aku dah stanby pelbagai alasan. Sakit pinggang la, lutut la, sakit kepalahotak pening la.... hahahaa..tapi aku tak tipu. Aku memang sakit, aku tak buat-buat. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa jalan banyak tempat && waktu tu panas. Memang mencucuk-cucukkk la jiwa dan raga.. 

4. Aku dah tak kuat tidur, aku takut. Mak aku cakap tak elok dan aku banyak baca..kalau kita kuat tidur...baby besar! Eee, sumpah aku takut la wei! Semenjak habis 1 trimester ni...aku memang dah tak tidur siang....aku tak pasti perasaan takut tu yang mendorong ataupun memang aku tak berasa nak tidur punnn.... Tapi kalau penat, ye.....memang aku akan sorong bantal lah jawabnya. Sekarang buat lah apa pun, even tengok TV lama-lama pun aku penat! Hahahahaha....aku kena masak tengah hari sekali pun, penantnya macam membajak sawah! 

5. Aku makan masih lagi selera,  Nasi Goreng Kampung, Char Kuey Tiaw, Mee Goreng Mamak....tu menjawab segala persoalan mengapa berat aku naik tak turun-turun. Hihihiiiii....Tambahan lebih-lebih lagi, aku rajin masakkkk!! YES! aku rajin masak.... aku dah masak makanan paling leceh dan rumit iaitu Mee Soto! hahaha..Walaupun rasa nan ado.... tapi at least, siap jugak! Siap sup, bergedil kentang, sambal lada lagi tauu... letih mak rebus ketupat sejam! 

6. Kalau berat aku naik banyak lagi, aku kena minum air gula...aku macam dh pasrah jelah kalau kena minum.....nak elak benda yang tak boleh nak dielakkan ni memang lah payah sikit. So, bersedia jelah next week untuk minum air paling manis dalam dunia. Harap-harap lepasni aku dan anak akan bermulut manis. hhihi... 

7. Aku pening minum kopi, nescafe, air kafein, aku tak boleh pergi. Tobat aku tak minum dah! Grrrrr!! Aku punya pening bila lepas minum, Allah je tahu.......!! Dengan asyik sendawa, pening, mata berpinar, peh....memang complete set. 

8. Selama aku preggy, sekali aku kena urine inffection..setelah dikaji..puncanya aku makan meggi...korang bayangkan lah, sampai kotor air kencing makan meggi, siapa yang kipas-susah-mati-meggi tu...bawak-bawak lah stop. Aku pun macam nak haramkan je kemasukan meggi yang berleluasa dekat rumah aku ni....

9. Aku dah memikir kat mana aku nak bersalin, Well..kandungan 20w mungkin awal lagi nak fikir tapi 5bulan tu, macam dah suntuk sangat masa untuk aku simpan duit. Aku ada tanya dekat akak yang baru bersalin dekat Al-Farabi, Kuantan....harga, telan air liur jugak laaa...baru aku tahu, nak beranak dekat swasta ni...kos dia macam nak bersanding lagi sekali! 

Seingat aku, kalau c-zer...kena 7k.... Normal between RM2000-RM3000 macam tu jelah. ...Tapi mak mertua aku cakap, kalau normal dekat situ RM1,700 je.... Aku ada bawak balik pamplet since kebetulan melawat makcik aku yang baru melahirkan baby girl dekat situ! wiuwiuu...

10. Menderita betul kalau kencing tak lawas, tahu tak apa rasanya...nak kencing sangat....tapi bila pergi toilet.......setitik je yang keluar.......nan ado...... sedih HOI!! T_____T

11. Cukup 20w+, aku nak pergi scan gender....InshaAllah, dah tak sabar nak tahu... nak buat suprised dekat husband. :) 

12. Perut aku besar, tapi tak membuncit...perut aku melebar ke kiri dan kanan... Jadinya, memang la situasi ni menampakkan aku paling gemuk lah kan....jalan pun dah macam itik gembo-gembo...hehehe, Im not fat, im just pregnant... 

13. Since aku dan suami long distance, aku tak pernah merasa bagaimana rasanya kena urut bila urat kaki menegang, aku tak pernah tahu macam mana rasanya suami urut kepala bila aku sakit pening. Seriously, being a long distance wife dalam keadaan preggy lak tu....Sungguh laaaa tak boleh blah rasanya. kalau tengok orang update-update suami urut kepala lah, tolong sental kaki lah, siap bagi bunga lagi...wiwiwiwwuuu..aku macam kuat hati, cekal jelah yang mampu. Aku still ada abah tempat aku manja-manja, aku still ada mak tersayang untuk aku mengadu macam-macam. Alhamdulillah, walaupun dia sentiasa jauh, sekurang-kurangnya suami sentiasa bersama aku secara tak lansung!

14. Sakit yang paling aku rasa sekarang ni adalah sakit pinggang yang betul-betul dekat buah pinggang tu....Peh, yang pelik tu...sebelah je kot. Tapi setiap kali jumpa doktor, sakit tu tak ada.... dan setiap kali buat chekup kata sakit pinggang, doktor kata normal. so, mintak-mintak la theres nothing to worries about. Aku sayang tau baby aku ni.... hiks. 



2 comments:

Cik Puan Tqah said...

hoho..mcm2 peel kan.. tqah masuk 19 weeks dis week.. mmg xsbr nk scan gender.. tunggu next month checkup la..hihi

S.U.R.I.A. said...

no 13 tu wat sayu ati..sedey..
xpe awk....insyallah ada rezeki lbh dkt ngn husband pas ada bby nnti...