Follow Qiela :)

From Mommy Pinky!

Cara Untuk Ramal Jantina Bayi Yang Dikandung........^^,



1. Naluri Ibu

Mitos : Ramalan ibu tentang jantina bayi biasanya lebih tepat daripada suami atau saudara-mara lain.
Fakta : Ramalan paling tepat sudah tentu berpandukan pada keputusan ultrasound. Tetapi jika bergantung kepada naluri, 71% tekaan seorang ibu sentiasa betul.


*Pengalaman sendiri : Tak ada ramalan lansung.....Pada mulanya, bila fikir tak ada morning sickness...rasa macam.......BOY! Ramai orang kata aku selekeh....BOY, again...Tapi ada pulak cakap kalau tak berseri means baby GIRL, bukan ke faktor selekah tu disebabkan muka tak beseri....ke berbeza? Muka aku memang tak berseri! HAHAHA. Kusam dan Kelam! 

Tapi sebenarnya, ramalan ni berpandukan jugak kepada keinginan kita....... bila dah teringin sangat lelaki, mula lah nampak perut ni macam melonjonggg je.....Bila teringin baby girl, mula lah tengok kita ni asyik la suka pink. HAHAHA, propa. Aku memang tak percaya naluri aku ni..... dari dulu lagi! hahaha..... 

Sama macam orang duk canang-canang....kalau suami main kayu tiga...kita boleh rasa...sebab kita ni isteri....Well, kalau rasa 'tiba-tiba' tu........memang menipu la kan kecuali lahhhh, nampak suami bergaya sakan, tak duduk rumah, selalu sms...ha, tu baru kita boleh 'rasa'.... Boleh agak lah! hehehe... 



2. Berat Badan Suami
Mitos : Jika berat badan suami bertambah semasa mengandung, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. Jika berat badan suami adalah sama atau berkurang, maka bayi yang dikandung ialah bayi lelaki.
Fakta : Kajian di Denmark membuktikan sebahagian besar lelaki memang tidak mengalami kenaikan berat badan semasa isterinya mengandung bayi lelaki. Tidak diketahui puncanya, tetapi hanya 5 di antara 100 lelaki yang menjadi lebih gemuk semasa isterinya mengandung anak lelaki.


*Pengalaman sendiri : Suami memang naikkkkkk banyak sangat! HAHAHA.....sama naik dengan si isteri a.k.a ibu mengandung. Kadang-kadang kesian tengok suami terkial-kial shopping baju..... tak apa lah daddy....GIRL kot! 


3. Mengidam
Mitos : Jika ibu lebih kerap mengidamkan makanan manis, termasuk coklat, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. Jika ibu lebih kerap mengidamkan makanan masin, maka bayi yang dikandung ialah bayi lelaki.
Fakta : Tiada data untuk membuktikan mitos ini, kebanyakan teori lebih mengaitkan pilihan makanan semasa mengidam dengan keperluan nutrisi. Sebagai contoh, apabila badan memerlukan lebih banyak garam, ibu akan mengidamkan makanan masin.


*Pengalaman sendiri : Serious, tak ada mengidam manis atau masam. Aku lebih kepada mengidam lauk. Macam Ayam Masak Pedas, Sup Ayam, Sambal Telur....mengidam Mee Calong. Aku kerap makan mempelam dan mangga, tapi bukan mengidam....itu memang favorite dari bujang lagi....So, consider as a BOY ke? Tapi aku ada teringat, aku nak sangat makan ais krim, nak yang paling mahal! Aku suruh adik kesayangan aku belikan! 'Kakak nak yang paling mahal tauuuu!'  Jadinya dia belikan aku aiskrim Magnum.....hahahaha.....Aku ada jugak rasa nak makan Tutti Frutti, suami membebel jugak sebab bukan murah, aku pulak nak yang bekas besar pulak tu! HAHAHAHA.....dan buahhhhh-buahan....Mangga manis, Epal, Betik dan Nenas Madu! So, GIRL kot... 


4. Bentuk Muka Ibu
Mitos : Jika bentuk muka ibu menjadi lebih bulat, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. 
Fakta : Hampir semua ibu mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan sehingga bentuk muka menjadi lebih bulat, tidak kira bayi lelaki atau perempuan. Kajian di Perancis membuktikan jerawat adalah lebih berkaitan dengan jantina bayi. Dalam kajian itu, 90% daripada ibu dengan jerawat pada muka mereka lebih cenderung untuk mendapat bayi perempuan.


*Pengalaman Sendiri : Aku memang masa bujang payah gila naik jerawat, even dah kawen sebelum preggy pun tak ada jerawat. Tu yang aku respect gila dengan kemampuan kulit aku. HAHAHA. Tapi bila start pregnant, name it! jerawat batu, jerawat nasi, jerawat pasir, jerawat segala jenis jerawat ada! Benci betul aku......Abah cakap aku pengotor. Common la bah! Takkan tiba-tiba je nak jadi pengotor! Lawak betul, aku just fikir pembawakan budak jelah niii..... Dan cakap pasal berat badan? Gila, jangankan suami, mak aku, mak mertua, semua orang terkejut tengok badan aku. Ada jugak cakap, dia takut nak pregnant bila tengok badan aku.....Syaitonnirajimm betul.... kecik hati aku, aku doa korang takley preggy sampai bila-bila kang kangg... Doa orang teraniya ni makbul tau. So, GIRL ke? BOY kah??


5. Degupan Jantung
Mitos : Ibu yang mengandung bayi lelaki mempunyai degupan jantung purata di bawah 140/minit, manakala jika bayi perempuan degupan jantung mereka adalah di atas 140/minit.
Fakta : Kajian membuktikan bayi perempuan memang cenderung memiliki degupan jantung yang lebih tinggi, namun perbezaan itu hanya dapat diukur setelah bayi dilahirkan, bukan pada nadi ibu yang mengandung.

6. Perbezaan saiz payudara

Mitos : Jika payudara kanan adalah lebih besar maka bayi lelaki, jika payudara kiri adalah lebih besar maka bayi perempuan.
Fakta : Perubahan hormon dan pengeluaran susu membuat saiz payudara yang lebih besar semasa mengandung. Tetapi tidak ada bukti bahawa perbezaan dalam saiz payudara kiri dan kanan dikaitkan dengan jantina bayi.


7. Morning Sickness
Mitos : Jika morning sickness ibu sangat teruk, kemungkinan besar bayi perempuan. Jika tiada morning sickness atau tidak terlalu teruk kemungkinan bayi lelaki. 
Fakta :Perbezaan hormon yang dihasilkan oleh janin perempuan dan lelaki yang disyaki menyebabkan perbezaan dalam tahap morning sickness. Penyelidikan di Sweden antara 1987-1995 tahun membuktikan bahawa mitos adalah benar.


*Pengalaman Sendiri : Aku memang tak ada morning sickness, tapi aku ada sickness yang tak tentu masa dan suka hati je nak muntah dan rasa loya. Aku pernah muntah + loya almost setiap malam...... dan aku akan muntah lepas makan. Tapi tak kerap. Aku kerap sakit kepala sampaikan aku tanya Doctor aku kenapa aku sentiasa sakit kepala..... nak makan panadol macam tak tergamak, so tahan kan jelah. Jadinya, aku tak ada Morning Sickness, So.. BOY!


8. Suhu di tapak kaki
Mitos : Jika tapak kaki ibu selalu sejuk, kemungkinan besar bayi lelaki.
Fakta : Kajian telah dilakukan oleh Dr Alexander Nachnamen, Jerman. Ibu yang mengandung bayi lelaki lebih kerap mengalami gangguan peredaran darah sehingga tapak kaki terasa sejuk.


*Pengalaman Sendiri : Aku rasa tapak kaki aku sekarang, Tapak kaki aku sekarang panas. Walaupun suhu dalam office aku ni sejuk. 


Orang tua-tua kata, kalau mengandung bayi perempuan, muka ibu hilang seri sebab seri pergi ke anak yang dikandung.
Artikel kredit kepada : The Sun.

* Pengalaman Sendiri : Aku memang tak berseri lansung! Tapi, kalau mekap.. aku akan berubah jadi cantik. hahaha..So, BOY ke GIRL ni? 


Hasil tilikan SimSimi ;p





4 comments:

Cik Puan Tqah said...

hoho qiela ni lawakkk... so p scan la..15minggu da bleh nampak kan..tqah tunggu next checkup ngn private nak tau laki ka pompuan.. hubby nak laki.. dok pggl nama da..sabo je la.. hoho

Qiela said...

hahaa, tiqah...good luck okey... kila tunngu next 3 weeks lagi kot. 22 feb..scan dekat KK..

SarahSyafiq said...

Sarah kena morning sickness tak teruk.so, lelaki ke?haha.

Qiela said...

tak jugak ,kila pernah baca... morning sickness ni atas ketahanan tubuh kita.. hehe..

tapi, entah. kita scan je r kalau nk tahu! hahah.