Follow Qiela :)

Yang diamalkan ketika awal kehamilan.

Selain makan asid folik yang dibekalkan oleh doktor, ada jugak amalan pemakanan yang aku amalkan. tapi kalau dah namanya aku, tak dek maknanya nak diamalkan secara statik dan hari-hari kan. Haruslah ketika rajin je kan. Tapi Alhamdulillah, buat masa ni, aku belumlagi culas bawak bekal botol air hor hor horlicks aku. hehehe.

Selain daripada amalan bawak bekal botol air horlick setiap pagi ke tempat kerja, aku jugak amalkan minum Dumil Mama, dulu bukan main semangat nak beli Anmum Meterna, tapi disebabkan banyak sangat cerita negatif yang aku dengar, aku batalkan niat aku....dan ikut suggestion officemate aku untuk minum Dumil Mama, mungkin dah habis Dumil ni, aku nak try EnfaMama, tapi tengok lah dulu. Macam tak elok pulak nak tukar-tukar ni. Walaupun aku culas untuk minum, tapi demi anak. Aku gagahkan jugak. Buat masa ni, aku minum segelas sehari je. haha. Janji minum, ye dak?


Okey, selain daripada amalan minum susu, aku jugak ada ambil Jus Delima Giffarine, jus delima ni semua sedia tahu....khasiatnya. Dan memandangkan sebelum pregy dulu pun aku dah pernah try sebotol, now aku cuba untuk minum lagi sekali. Siap beli 2 botol untuk bekalan aku. Sehari satu sudu je. tak banyak. Boleh la tahan sebulan. hehe. Jimat , jimat....  sebab boleh tahan mahal jugak sebotol, rabak nak beli setiap minggu. 

Aku rasa boleh je nak amalkan makan terus buah delima, Sedap pun sedap. Cuma masam sikit la.... 



Aku jugak ada minum  DutchLady Low Fat....haritu aku ambik yang fresh milk, rasa macam minum dari tetek lembu. Tak masuk laahhhh....HAHAHAHA. Ni masa suami aku balik. Aku gedik la nak minum susu ni....sebab oder je dengan suami. Kalau nak beli sendiri, aku tak rajinn. hehehe....  Teringin jugak nak cuba DutchLady Chocolate, tapi macam tak boleh masuk je. Padahal dulu favorite. Dulu laa....


Ada orang kata, makan kurma tu baik untuk kehamilan 1 trimester, tapi aku rasa macam susah je nak cari kalau bukan bulan puasa ni. lebih-lebih lagi sekarang ni aku bukan main malas lagi nak pergi survey dekat mana-mana. Orang kata dekat Carefour ada, tapi nak ke menjejakkan kaki dekat situ, berjanggut mak dibuatnya. Boleh digantikan dengan sunsweets prune,....khasiat lebih kurang sama, cubalah amalkan. 

Sekarang ni, aku rasa..apa yang aku makan...apa yang aku minum...majoriti semua untuk anak aku. minum susu, makan prune, minum jus delima.....kadang-kadang aku makan nasik pun.... aku terfikir yang anak lapar. bukan nak makan sangat pun. Aku macam terfikir yang tumbesaran baby akan terbantut kalau aku tak makan nasik. Ha, macam tu lah.

Cerita bab mengidam, deserve different entri lah key. Banyak nak share tragedi yang terjadi sebenarnya. yang sedih, yang lawak. macam-macam ada.

Doakan baby dan mommy baik-baik key. InshaAllah..... 




2 comments:

Cik Puan Tqah said...

tqah br minum mamil mama gak..pack kale pink..cm xsama ngn qiela punye.. kurma xcr g..tp tqah beli kismis je.. xsmpt nk g shopping koz pnt sgt balik keje.. huhuhu..

Qiela said...

tqah, qiela dumil....awk mamil. lain2. hhehe..