Follow Qiela :)

Our First Date ;)

Google Images : 6weeks++ pregnancy
:)

Alhamdulillah, Last friday....i rasa tergerak hati gilaaaaaaaaaaa nak pergi chekup. Naluri keibuan dah kuat sangat kot, since tengok perut macam bergegar-gegar je ada heartbeat, lepastu ada orang cakap baby tak sihat la.....sebab tak alah :( So, tak tahan la nak tunggu next two weeks.... Pergi terus lah. Suami pun macam terkejut, sebab tiba-tiba je nak pergi chekup. Kata 2 minggu lagi.... . Lebih-lebih lagi on Friday tu, husband balik.... So, cepat-cepat mintak husband bawakkan pergi klinik. Pada mulanya nak ke Klinik Al-Farabi jee.....survey, untuk scan just dalam RM70.00 tapi oficemate cakap, dekat Klinik Sara Hana ada untuk khidmat scan ni....SO, memandangkan klinik Sara Hana tu dekat gilaaaa dengan rumah mertua, I terus mintak husband bawakkan dekat klinik tu je. Husband pun haruslah suka je.... dekat dengan rumah mak dia, boleh balik terus kann, hihihii........ 

Average, out 10/10..Alhamdulillah. 

Semuanya baik-baik je....Hanya perkataan syukur yang mampu diucapkan. Doktor sangat baik dan sweet...baik gilaaaaaa. Pada mulanya dah plan dengan husband. Konon-konon nak jumpa doctor sebab dah SEBULAN tak datang period. since Jumaat tu 30hb Novermber ;) so, genap lah sebulan. Konon-konon suruh husband berlakon, tak tahu apa-apa....HAHAHAHA. sebab nak dengar, doktor cakap...

' TAHNIAH ENCIK, isteri anda disahkan blablablabla......" macam dalam tv, sinetron petang-petang tu, hahaha........

Tapi bila masukkk je bilik doktor, doktor perempuan yang sedang pregnant, humble dan baik terus senyum dan tanya....apa masalah. Baik gila, rasa tak sampai hati nak berlakon dan menipu dekat ibu mengandung. So....terus cakap, mungkin saya lebih kepada nak sahkan pregnancy kot?? boleh?

Selamba kan?

So doctor senyum, dia terus tanya last period bila, dan cakap...  mungkin kalau nak scan sekarang...Kecil lagi. Kita sahkan dengan cara urine test lah... I cepat-cepat cakap, taknak UPT boleh? sebab dah banyak kali buat. Last week, dah buat..this week dah buat. So, boleh tak saya nak scan? sebab saya ada rasa heart beat, saya nak tengok baby saya...... tsk : buat muka sedih : 

Doktor pun okey je, Mungkin naluri keibuan-nya kuat, kesian tengok i yang nak sangat scan, terus ajak masuk bilik gelap ( bilik untuk scan ) Suami boleh ikut sekali. 

Bila masuk, kena londehkan seluar. Tak banyak.... just turunkan sikit je. paras-paras betul-betul atas V kita.... dia akan letak satu gel yang warna jernih dan sejukkkk, Grrrr..... 


Dekat situ lah tempat scan, betul-betul atas V, Doktor akan tekan dengan alat dia. Pada mulanya, taknak bagi tekan sangat, sebab takut jugak kena baby. Pandai aku kan? kalah doctor yang dah belajar bertahun? Hhahahaha

Tapi doctor kata, tak apa....sebab tak kena dekat baby pun. Alat ni boleh detect dari jauh je.. Dah nampak tu, rasa macam.........Ya Allah, anak aku...........!!

Okey, kedudukan baby awak okey. Saiz normal. Sihat dan sangat cantik.... Okey Puan, semuanya baik-baik je. Dah boleh makan asid folic, rajin minum susu..... Kalau datang 2 minggu lagi, heartbeat boleh nampak dengan lebih jelas. Datang lagi 2 minggu, insyaAllah. Baby akan lebih besar, sebab waktu ini, tumbesaran baby sangat cepat.....minum susu ye, boleh cuba susu EnfaMama...nanti saya bagi sample percuma. Tahniah..... 

Tsk. 

Hanya Allah je yang tahu perasaan i masa tu......tak menangis, nanti suami cakap i tak kacak. menangis depan doktor. hahaha.Annoying kan his middle name. 

Sempat jugak tanya doktor, kenapa saya tak ada alahan...." Tak semua orang akan alahan di awal kehamilan. Beza antaran meraka adalah alahan yang kuat atau tidak je.....Tak bermakna kandungan ada masalah, untung lah tak ada alahan, tak muntah-muntah...."  Tiba-tiba suami tanya, saya selalu muntah tiap-tiap pagi..... 

Doktor : Tu maknanya, suami sayang awak sangat lah tu.... 

Hhahahaaaa, BUWEK! dia muntah sebab angin laaaaa.......Menyamposs.... 

Balik rumah, i terus sembahyang Isya'...i sujud syukur atas kurnian baby yang sihat. Tak sabar nak gomol-gomol baby....kiss banyak-banyak. Suami haruslah excited, terus ambik gambar baby yang boleh bawak balik tu, tunjuk dekat mak mertua i, mak dia.......

Mak, ni baby kami ni...doktor cakap cantik.....( hahaha, maksud cantik doktor tu adalah kedudukan-nya yang cantik.... bukan dah nampak muka... tapi tak apa lah suami,  saya pun harap baby saya akan cantik macam saya, wah gituuuuu... Boleh??  ) 

I ada simpan, scan yang doctor bagi tu.....tapi macam kedekut je nak share. HAHAHA. rasa macam, nak keep as a privacy je.....Biar untuk kenangan mummy & daddy je..... its our journey...Mak mertua syik lah pesan, dah tiba masa kamu berdua merasai waktu-yang-paling-susah-nak-tidr-malam-dapat-pejam-seminit-dah-besar-rahmat....

Alhamdulillah, atas rezeki yang penuh nikmat ini. Sesungguhnya i tidak akan leka atas pemberian ini. Doakan mummy ini baik-baik dan sihat walafiat. Sekarang asyik la sakit-sakit perut memulas-mulas, tapi doktor kata normal, as long as tak ada bleeding..... Normallah, baby nak membesar. Tengah nak ambik space ;) 

Disini, i nak share satu doa yang i dan suami cuba untuk sentiasa amalkan selepas solat dan setiap masa kalau boleh. Insha'Allah, Allah itu sangat baikkk....semoga akan diperkenankan... 


Doa Agar Anak Dalam Kandungan Terpelihara



"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku,sihatkanlah ia,Engkaulah yang menyembuhkan,tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


" Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik,dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu"


"Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.Ya Allah jadikanlah dia sempurna dan sihat yang sempurna berakal dan pandai,alim dan beramal.

" Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya,dan baikanlah akhlaknya,fasihkanlah lisannya,baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW,dan segala puji bagi Tuhan semesta alam"


2 comments:

Cik Puan Tqah said...

tqah ms confirmkan preggy tu scan gk..doc kerek..xckp pape pon..nyampah..nk g scan lagi dis week kot..gedik x

izham ismail said...

salam..berapa ya klinik sara hana caj tuk scan tu ya?☺