Follow Qiela :)

Oh Sim Simi...

Ikut perkiraan, harini dah masuk 2 bulan pregnancy! Alhamdulillah......walaupun banyak benda yang tak tahu dan tak faham pasal preganncy ni.......aku tahu, aku boleh buat! Banyak benda sebenarnya yang aku tak tahu, yang ni boleh makan ke tak, yang tu boleh makan ke tak.....semua aku rasa nak makan, aku makan. Baby masih lagi sihat, mungkin dia kesian dekat ibu dia...so, baby always behave for all the time. 

Next two weeks, kita pergi buat buku pink dekat klinik ye baby. Of course, without your daddy :( Masa tu baby dah two months & two weeks. Tak sabar nak habiskan 1 trimester ni dengan cepat, so that mummy boleh yakin sikit dengan keadaan baby.

Bagi aku yang baru mengandungkan anak sulung, suami tiada disisi...sangat lah mencabar kemampuan aku sebagai seorang perempuan. Tapi aku tetap yakin dengan kebolehan aku, sedangkan kahwin pun, aku mampu sediakan seorang diri..suami di kejauhan...inikan pula...... mengandung je....#cakap besar. 

Macam kan semalam, aku teringin nak makan ikan keli sambal. tapi kawan-kawan cuit.....kata tak payah la makan ikan yang ada bisa-bisa ni.... terus aku letak balik. Padahal kalau ikut logik aku, ikan je pun? 

Aku makan rambutan, budak ofis pesan jangan makan banyak sangat, sejuk. Kalau ikut logik, its just a fruit. Buah tempatan pulak tu. Apa yang tak elok? Tapi aku ikutkan jugak.

Aku beli jeruk, semenjak ni...aku rasa loya. tapi tak muntah. berlendir je tekak. Bila aku dh makan sebutir, bertempik-tempik budak pejabat aku. katanya jeruk ada cuka....tak elok nak makan. Padahal orang lain yang loya teruk tu....makan berplastik-plastik jeruk.....sihat je anaknya. Tapi aku tetap tak melawan. 

Semenjak dua menjak ni, banyak baju aku yang ketat dan sendat, aku ingat tak apa lah kalau pakai. Tapi aku silap. Budak pejabat aku tegur. katanya kesian baby nak membesar. sempit je perut. aku fikir pun, logik jugak. Aku turutkan lagi, entah buat kali yang keberapa. 

Buat masa ni, yang buat suami aku pelik pada perubahan aku, aku kuat menangis. Aku pun tak tahu kenapa aku menagis. Malam-malam, suami takkan bagi aku tinggal orang-sorang dalam bilik, sebab tahu. aku akan menangis. 

Even suami ajak makan pun, aku punye drama. siap menagis lagi. baru ajak makan, kalau suruh masak lah, aku rasa lagi lah beria aku menangis gamaknya. 

Tu belum masuk bab, tak dapat apa yang aku nak. memang aku menagis bersunguh-sunguh la. Siap bersedu-sedu. Suami aku naik risau tengok perubahan aku yang sangat drastik ni. Dia siap cakap, mungkin anak dalam ni, anak perempuan. Sebab dulu ibunya paling pailang, sekarang. Semuanya nak bersedu -sendu. Korang doakan jelah ye. 

Ye, aku tahu. dah banyak kali aku dengar..tak elok menangis sangat. nanti anak aku jadi cengeng. Kuat menangis.....tapi aku nak buat macam mana.... macam kan kau, kenapa menangis tengok cerita Korea? padahal, cerita je kot?? Artis dia tu, basuh kencing pun tak, kau feeling semacam jugak.

Hasil perbualan aku dengan Sim Simi, 
Doakan aku ye, orang cakap... masa nilah roh akan ditiupkan pada anak aku, ( 2months )
mudah-mudahan, roh daripada kalangan orang para solehah yang beriman, amin. 
sayang anak ibuuu... :-* 



3 comments:

S.U.R.I.A. said...

mmg jz ikan je dear...but dlm bdn ikan tu sndiri ada bisa..yg kita xtau...ada yg btl..n ptt ikot

Cik Puan Tqah said...

tqah pon da xmakan keli.. ayam pon xlalu nak makan skrg..makan tkt nk dpt tenaga je..selera mmg turun.. muntah jugak..tp xteruk..muntah time angin masuk perut je.. pas muntah ok.. da start sihat balik da

Mawar said...

bukan saja physical changes yg akan berlaku, emotional changes pun sama banyak. biasa la tu, rasa cepat sedih/emo/marah.. sabar bnyk2, ingat Allah and go easy on yourself. :)