Follow Qiela :)

Mengidam 1#

Aku ingat lagi, haritu aku terasa gilaaa nak makan Mee Calong, tapi bukan mee calong semata-mata. Bukan mee calong main rembat jeee....mee calong yang satu kedai tu je! Orang panggil Mee Calong U-turn, betul-betul dekat dengan Giant Kuantan. Peh, tengah type ni pun aku rasa nak terkeluar air liur, bagi aku, nak kata sedap tak lah sedap. Biasa je. Masa bujang dulu pun aku jarang je makan dekat situ.... tapi tengah peknen ni lah yang perasaan memuncak-muncak nak makan dekat situ. Peh, boleh gila bayang aku dibuatnya.

Fine, aku dah gila bayang. Kena jugak pergi this week, 

2nd, suami pujuk aku pergi makan. WALAUPUN masa tu aku tak rasa lapar lansung. Aku rasa kenyang sangat padahal SEHARIAN aku tak makan,. Suami pujuk ajak makan jugak. Sampai menangis jugak lah aku, sebab stock paksa-paksa. Lagipun masa peknen memang aku cepat menagis pun. Aku pun tak tahu kenapa aku kuat menagis. Orang kata tak elok, nanti anak aku cengeng / cememe.

So, aku pun bersiap lah jugak. Dalam kereta....aku tiba-tiba TING! terasa nak makan Nasi Beriyani Taj....aku pun terus cakap dengan suami, nak makan Nasi Beriyani.....nak Taj, nak yang belakang tu, tak nak dekat sana, taknak dekat sini....nak dekat situ jugak. So, suami ikut jelah. Yelah, asal aku makan....bawak jelah mana-mana pun. 

Sampai je dekat Taj, oder air dah chantekkkkk! Suami oder roti canai pun dan canteeeekk, tiba-tiba....bila kena Nasi Beriyani aku....Tak ADA....Boleh macam tu? Aku rasa macam.....tercabar gila iman dan kesabaran aku masa tu. Suami aku suh oder Nasi lain pun aku geleng, Nasi Goreng Taj pun aku geleng, segala Nasik aku geleng. Mata dah berkaca-kaca, Suami give up, cancel semua oder, terus blah. Pergi makan nasi goreng H.Lidah dekat Kampung Tengah. hahahahaa. 

3rd, aku nak makan temosa ikan. Tak adalah susah sangat macam cari Temosa Raja, sampai ke Pekan kalau nak.... Senang je, yang 3 biji Seringgit tu je. Tapi yang buat jadi masalah adalah.....aku nak yang kedai tu je! kedai lain aku taknak. So, hari-hari lah aku pergi kedai tu....tapi apakan daya......aku rasa rezeki sentiasa tak berpihak pada baby aku.......setiap pagi aku pergi, kedai tu mesti tutup. Sampai tahap, aku stop parking kedai yang tutup tu...aku menagis bagai nak rak. Dah puas menangis, aku start enjin kereta..aku gerak pergi kerja macam biasa macam tak ada apa yang jadi. Boleh gitu? 

Aku rasa,, purata untuk anak aku berjuraian air lioq adalah sangat tinggi, Memandangkan semua yang aku idamkan, semua tak dapat buat masa ni. Memang betul orang cakap, kalau mengidam masa tu, sila lah bagi masa tu JUGAK. Sebab kalau dah tak ada masa tu....memang tak akan adalah sampai bila-bila. 

Orang tua dekat pejabat ni banyakkk kali pesan dekat aku, kalau orang pelawa suruh bungkus ke, dia bagi free ke, dia suruh makan ke....ambik je, makan je, sebab tak elok kalau tolak. Nanti bila teringat, benda tu dah tak ada.Mula lah nak meroyan, gila bayang....  Allahualam... 

Pendek cerita, aku sukaaa peknen. Budak ofis selalu dulukan aku bila makan. Bab makan, tanya aku nak makan apa.....tengah hari siapa-siapa nak keluar makan, mesti tanya aku ..nak ikut ke tak, kadang-kadang aku kirim je,  tak ikut pun tak apa, baik aku tidur. hahaha. Kalau macam ni, mengandung 10 kali pun tak apa. Ke anak sulung je dapat layanan macam ni? ke macam tu? Adakah, Apakah? tsk. Redha. 

It's a #girl! Meet beautiful baby Hashtag.
mak paknye gila #Instagram.




2 comments:

Mawar said...

Happy to see that you're healthy Qiela. Punya hebat u punya mengidam sampai mengidam kedai yg satu tu je? hehe...

btw qiela, Alhamdulillah, i pun baru tau i dah 4 weeks. :) thanks for the doa2 and encouragement!

Qiela said...

Ive told u mawar!!! kita mmg ada banyak persamaan!!!! :)

sep sekali!!
sukanyaaaaaaaaaa......hopelfully ur doin well!!

oh, excitednye!!