Follow Qiela :)

Currently

1. Rasa macam ada ada lendir pekat dekat tekak, macam kahak pekat yang sangat pekat. nak telan tak boleh nak luah pun tak boleh. Berlendirrr je tekak ni. 

2. Kaki cepat cramp, ngilu. Stock ngilu sampai ke tulang bontot. Kadang-kadang bisa jugak. 

3. Makan tak menentu. Kadang-kadang selera, kadang-kadang tak. Tak makan tak rasa lapar pun. Makan tak rasa kenyang pun! Kadang-kadang makan, sebab fikirkan baby je. 

4. Dulu aku lah hantu durian. Tengah pregnant 2-3 minggu pun, selamba je bedal durian berbiji-biji. Sekarang, bau durian pun tak boleh. apatah lagi makan.

5. Suka makan buah. Suka suka....bila balik kerja, selalu jeling stall jual buah jambu segar. Tapi macam risau jugak nak makan selalu..... takut effect baby. Dengar cerita, tak boleh makan jambu sangat. Tapi memang sukaaaaa makan buah. Rambutan, Duku, Langsat, Epal, Buah Lai.....sedap sedap! Jap lagi nak pergi beli lah!

6. Suka tengok perempuan cantik. Buat masa ni ada sorang je perempuan yang betul-betul cantik dan munggil yang suka gila aku tengok, Tapi muka mashaAllah, sombong gila. mentang-mentang cantik. tsk. 

7. Rasa mual, perut bergelodak dan rasa nak muntah .....TAPI tak muntah lansung. Cuma rasa je...seksa betul rasa mual ni. Nak muntah-muntah jelah. 

8. Selama mengandung 1 trimester ni, Tak ada morning sickness, mungkin tak perasan. Budak ofis cakap. tak ada alah, baby boy. yeke? huhuhu.....

9. Tiap-tiap malam tidur, selalu kuat kencing. Pukul 2-3AM tu.....mesti pundi kencing ni dah bagi signal nak membuang. Nak bangun tu, Ya Hampunnnnn...... SubahanaAllah, rasa rugi nya! 

10. Tidur terlentang pun tak kena, tidur mengiring ke kiri pun tak kena, tidur mengiring ke kanan pun tak kena. Semuanya tak kena. Hai lah anak...... 

11. Dah jadi smell detector, hidung ni jadi cepat dan alert pada segala bau. Kadang-kadang bau tu belum sampai lagi dekat orang lain, aku dah bau dah. Bau makanan biasa je pun, aku still rasa busuk gila. Yang sedih, bau perfume suami pun tak boleh tahan. kesian suami. tsk. 

12. Sekarang, apa yang diteka-teki kan adalah gander baby. tsk, sayang mommy....tak sabar nak kiss banyak-banyak. Mommy tak kisah girl ke boy, tapi dady nak girl. Janji, anak mommy sihat sempurna. .. .







1 comment:

Cik Puan Tqah said...

simptom kite byk yg sama.. tido pon x selesa.. bleh tido lama gile.. nk muntah tp xmuntah.. rs xselesa sangat..huhuhu