Follow Qiela :)

Macam mana menyimpan duit untuk perbelanjaan berkahwin ( PART 3 )


Aku tertarik untuk buat review lebih panjang mengenai komen oleh Cik Puan Tqah, komen dia ni macam lebih kurang aku jugak lah....sedikit sebanyak apa yang dia rasa....YES, aku pun pernah lalui jugak. 
Cik Puan Tqah, SEP SEKALI! ;)

Bila sahaja suami aku kata nak merisik...selain daripada perasaan dup dap nerves yang entah apa-apa dan malu-malu kucing sebab nak kena jumpa bakal mak mertua secara liveeeee.....Haruslah kehidupan kita TOTALLY berubah dan menjurus ke arah yang lebih sedikit matang,.cehcehh.......Macam ada suis....tiba-tiba...Poooofth!! terus dah nak tunang, Eh dah nak kawen? Eh, boleh ke....nak uruskan rumah tangga....spender pun tanggal bergulung lagi....  Okey...pandai-pandai la behave ye... hhihi. dan juga, 

'masa nilah, kita akan rasa kita macam dah tua...
'masa nilah perasaan bercampur baur, seabb antara duit dan masa...
'masa nilah, BANYAK misscom yang berlaku antara aku dan suami...
'termasuk la masa ni lah kita akan tau, macammana suami kita nak handle almost semua situation...
'dan tak kurang juga, masa nilah.kita dapat tahu..siapa yang boleh kita harapkan....

Aku bertunang pada 3.3 dan merancang untuk menamatkan riwayat status dara sunti aku pada awal bulan 6..Bayangkan okey, awal bulan 3 bertunang.....awal bulan 6 dah gatal nak bernikah. Selain daripada desakan keluarga aku dan suami yang suruh nikah awal...aku rasa macam...cool gila kawen awal. Wah.......kawen muda, gempak!!! Umur 23 tahun dah nak jadi isteri kepada si suami..........tapi padahal kita je rasa cool....orang TUA kata miang. Ambik sebijik ;) HAHAHA. lagi satu aku kejar hari raya...alasan? sebab aku nak beraya dengan suami. BOLEH?? Tapi sebaik-baik rancangan kita...lebih baik rancangan Dia... sebab tiba-tiba dewan yang aku idamkan tu..FULLY BOOKED....aku macam hilang arah gila masa tu. dah la ada  masa 3 bulan untuk itu ini...tuptup...dewan takada......tak pepasal kena posponed....pehhh...dugaan betul masa tu....

Dalam pada masa yang sama...aku still dan tetap bayar ansurans pelamin + sewa baju + makeup sedikit demi sdikit 'walaupun tarikh masih lagi tak tetap'.RM500 setiap bulan dah tentu-tentu aku khaskan untuk bayar-bayar benda alah macam tu.... Eh boleh ke, bayar sikit-sikit padahal tarikh pun belum confirm? Tak boleh? Siapa kata tak boleh...?? aku boleh je.....Aku rasa majoriti bridal butik semua boleh macam tu...yelah...kau nak bagi duit, takkan diorang taknak. GILA?




So, lepas dah gedebuk gedabak duk complain itu ini, cari dewan tak jumpa-jumpa walhal hati masih lagi nak jugak dekat Taman Pertanian tu...NAK JUGAK, sebab cantik.......;) hhihuihiiii..... Kami pun decide untuk bersanding masih lagi disitu cuma yang berubahnya hanya pada tarikh. Dan ditetapkan pada 1.9..makanya...ada balance 6 bulan untuk siapkan itu ini... 

Dan macam aku cakap sebelum-sebelum ni.....dan seringkali aku ingatkan, sebaik-baik rancangan kita, rancangan Dia adalah lebih baik bilamana dalam pada masa 6 bulan tu.... aku macam tak cukup tangan gila nak uruskan semua. Dengan goodies, dengan VIP doorgift, dengan outfits sanding-nya tah kemana-mana...dan dalam pada masa yang sama......aku buat sendiri baju nikah..... design la, beadings la....even baju untuk family aku pergi usaha cari sendiri. Aku penat dan aku pernah menagis tengah malam...sebab? terlalu penat. Well..bila kita dah tersangat-sangat penat...untuk uruskan semua benda...ada satu signal yang dihantar ke otak untuk meluahkan apa yang kita rasa actually...Dah la, aku nikah sejurus selepas puasa :( penatnya cari itu ini apabila bulan puasa.... hanya Allah je yang tahu. Tapi aku macam pasrah laaaaaaa.....aku fikir macam ni je..... orang berperang pun boleh bulan puasa, inikan pulak aku.....nak shopping je kot??! Ape ada hal..... hahahahaa.... 



Aku rasa lah, kalau lah aku jadi nikah 1.6...dalam masa 3 bulan tu aku uruskan semua...mahu gila aku dibuatnya. Sedar-sedar aku lari rumah nikah dekat Lombok ;) call semua...bagi tahu....I'm Married!

But now, Ive got two family's, Perasaan? wow...super duper awsome powsemmmm.....;) i love every single thingy about my life now! I mean it! 





Bersambung.......



No comments: