Follow Qiela :)

EDIT : Pengeluaran KWSP untuk Kakitangan Kerajaan Bertaraf Pencen

Assalamualaikum wbt...

Since i'm the one of pencarum KWSP yang layak membuat pengeluaran berikutan 3 tahun berkhidmat dan memilih Skim Berpencen jadi aku pun mula lah google pasal jumlah pengeluaran yang akan aku dapat... Happy toksah kiralah, haruslah...nak-nak suami tak kisah je kita nak buat apa kan.....duduududuuu...

PERGI KWSP dekat Indera Mahkota tu, Khamis lepas... Parking dia best, tak sesak dan banyak tempat kosong lagi... KWSP ni memang baru sangat pun buka... Susun atur dalaman pejabat KWSP ni pun cantik... Selesa sangat... Yang penting staff dekat kaunter pertanyaan tu sangatlah baik, manis dengan senyuman... ( KWSP Cawangan Kuantan memang baru dan cantik, NO DOUBT ) So, aku macam double excited dan suka... hehe...Suami pun sama, dia akan keluarkan jugak duit KWSP dia, kami memang sama-sama genap 3 tahun berkerja di sektor kerajaan.....DAH KATA JUMPA MASA TEMUDUGA ;) cuma dia kata makcik yang entertain dia tu pot pet sikit, tanya duit nak buat apa la, nak beli kereta ke,  dah kawen ke belum la, hahahaha....

"Mentang-mentang saya banyak duit....banyak tanya lak dia...nak ngorat saya la tu.... "
HAHAHHA, memang lah tak kan! 

Borang dah lengkap, boleh download dekat tenet je...pergi je website KWSP....dah siap boleh terus submit... Dia cuma nak salinan Kad Pengenalan, salinan Tawaran ke Jawatan Tetap, salinan Pengesahan Jawatan dan salinan Skim Taraf Berpencen.. Dan paling penting kita kena tengok dalam slip gaji kita tu dah takde lagi potongan KWSP... Means dah clear kat bahagian Potongan... bawak sekali salinan slip terakhir tu ye. Aku tak sure salinan perlu disahkan atau tidak, tapi aku sahkan je semuaaaaa. Senang. Tak payah banyak kerja nak kena datang semula pulak nanti. 

Okey, melalui hasil pencarian google rata-rata mengatakan kita akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil... Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%.......Tapi aku tak terlalu excited sangat pun, sebab sebelum berkhidmat dengan kerajaan, dulu kerja swasta 2 tahun je -_______-" So, berapa sangat lah yang ada kan.... ;) tapi Alhamdulillah, rezeki hariini.... mana nak dapat kan, duit savings kita tuuuu ;)

Staff yang entertain aku tu cakap nanti dia akan bagi surat dan proses pengeluaran ambik masa selewat-lewatnya 2 minggu... Tapi ada sesetengah tu cakap, tak sampai 2 minggu pun....dalam seminggu ataupun 10 hari je lebih kurang. Dan pihak KWSP akan sms/call inform duit dah masuk akaun! :)

Currently : Tengah menunggu jugak ni, mana tahu ada number tak kenal call..hiks. Masa ni suami ter'rajin pulak google tempat nak jalan-jalan makan angin.....HAHAHAHA. 

Edited : Memang lebih kurang macam entri sini, dah nama pun aku cakap, aku gugel..... sebab memang tak ada beza pun ceritanya. Dan aku edit sikit, Oh, kalau salah, betulkan lah, kalau betul.....creditlah sikit kan ;) Copy Paste : LINK

1 comment:

Cik Puan Tqah said...

cepat share part 2