Follow Qiela :)

Okey lama gila tak update.

Lepas nikah ni, nak kata malas tak. nak kata rajin sangat pun tak. Lebih-lebih lagi bila suami jauh dari mata dekat di hati ni, lagi laaaaaaa sepatut-patutnya ada banyak masa untuk update. :) Tambahan hari-hari ada depan komputer, purata untuk update sepatutnya lebih tinggi. Tapi takpun, hhuhuiihuiii.... 

Since dah ada mood nak update ni, kita taip laju-laju jelah ye. 

1. Photographer still belum bagi lagi custom album+photobook+softcopy+4R segala R nya....Adalah diyakini belum dapat lagi. Hah eloklah.....Nikah dari 1.9.2012....sampai lah tiba ke tarikh 23.10.2012,  bayangan dalam gurauan pun belum nampak. Okey, sedih kemain. Mak mertua pun dah puluhan kali tanya, sampaikan aku rasa dalam hati dia mesti ada cakap..... 'dah fedap aku nak tanya banyak kali, tak payah album terus la takapa..'  hhhhhaha, monolog hati je ni... mak mentua aku baik.. Okey pasrah jelah ye. Janji dah ada laki. hhihii... 

2. Since ive been planning untuk bunting pelamin, nampaknya tak dapat bilamana today dengan rasminya aku period. Walaupunnnn tarikh period aku bukan lansung hari ini, tapiiii aku tetappp happy bila aku period, At leassttttt..... aku bukan lah tergolong dari golongan yang lepas kawen period tak datang berbulan-bulan....aku takut bila kena macam tu, sebab kalau dah period tak datang hampir 3 - 4 bulan, ini bersamaan dengan aku dah bazirkan selama 3 - 4 bulan masa untuk dapatkan baby which is everyone kno....kita perlu tahu waktu subur, baru boleh produce kan? nak tahu hari subur, kenalah period dulu.

*** Boleh baca pengalaman orang lain dekat sini dan dekat sini

3. Dalam masa aku tak update ni, sebenarnya aku banyakkkk sangat benda nak fikir, walaupun hakikatnya sebenarnya tak ada apa sangat pun. Tapi memang bluess segala....... sebab aku dan suami asyik laaaa fikir pasal baby......Okey-okey, aku je.....suami tak kisah. Maybe dia taknak bagi aku presure....hahaaa..sampai kan dalam pada masa sebulan ni....aku asyik la cakap pada suami.......kalau nak kawen lain, pergilah.... saya redha dan pasrah. Pastu mulalah meleleh-leleh air hidung. Tahan air mata. hahahahaa. GILA. hahahahaha..... Suami? dia layankan jeeee.Siap mintak aku pinangkan dot dott dott untuk dia....  Annoying kan his middle name. heheheee...

4. First day period, adalah pada 1.9.2012 which is jatuh pada hari aku bersanding. Memang sebelum berkahwin pun, 1hb, 2hb, 3hb tarikhnya tak lari....memang kat situ jelah tarikhnya....kebiasaanyaaaa pun adalah pada 1hb....macam pada bulan 9 baru ni...dan lepas dari itu, terus  tak datang-datang sampai lah ke hari ini......bayangkan lahhhhh....bulan Oktober, hujung bulan baru datang...mana tak aku beli sampai tujuh lapan pregnant test. KAN. tak cukup dari tu, siap pergi medical chekup. OVER kan.

5. Sebab tanda-tanda konon preggy tu ada. Kuat makan (heh? padahal memang kuat makan) lepastu cepat bloated, mual, rasa nak muntah,  pening, angin, kuat makan lagi. eh, did i mentioned it earlier? hahahaaa, sampaikan i gained hampir 7kg dalam pada masa sebulan menjadi isteri, ahhhhhhh, gila...gilaaaaa....suami siap cakap, kalau sebulan naik 7kg.....setahun? Okey..... sila iklankan diet suplement anda di ruangan komen. Simptom-simptom preggy tuh rasa dah tepat 90%. tapi tak pun, sebab? aku adalah period pada harini. Okey. PASRAH. 

6. Tapi i still berharap dan berdoa dalam pada masa yang terdekat ni, Aku dan suami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan untuk ada baby......DOAKAN!!

7. Raya Haji ni, haruslah aku over excited, dah kata hari raya kali pertama sebagai seorang wanita muslimah yang sudah bertukar status isteri, wah gituuuu... Harini aku pegi ambik baju dekat tailor. Tapi bukan nak kata ' nak menunjuk la tu, siap tempah baju ' TAKPUN, sebab pasni aku nak share, kat mana aku hantar baju aku, sebab dia adalah sangat terer menjahit dresssss!! dengan harga cuma RM40.00!! :) 






2 comments:

Cik Puan Tqah said...

hohoho...panjang gila..dah baca abes entry ni.. doakan awak cepat dpt baby.. share la psl dress tu..nk tmph gak..hihihi

sarahhernyzar said...

cpt share tailor mana yg pndi buat dress tu. hahahha. ada rezeki baby nnt. sabar ya yang.