Follow Qiela :)

Macam mana menyimpan duit untuk perbelanjaan berkahwin ( PART 2 )

Well, selepas je aku up entri Part 1, ramai yang email aku mintak nasihat dan pandangan. Tak kurang yang mintak aku cepat-cepat update Part 2... ;)

Thankyou, sambutan sangat overwhelming....
Alhamdulillah, dan daripada ramai yang menyambut dengan baik, tak kurang jugak ada yang suruh aku drop down entri tu..sebab macam memalukan diri aku sendiri. 

Aku tak kisah pun, sebab aku just nak share pengalaman aku. Esok-esok, kalau anak dara aku dah besar...nak kawen, aku pulak taknak tolong, duduk goyang kaki.....aku suruh dia bukak belog aku je. ;)

Dan yang mintak nasihat dan pandangan tu, aku boleh bagi sikit-sikit-sikit je, sebab aku memang tak pandai nak memandai bagi nasihat itu ini. SEBAB AKU PUN MEMERLUKAN CONSULTANT!hehehee....

Okey, berbalik pada tajuk. Bila dah bertunang pun, aku still belum rasa terbukak hati nak savings. Yang paling mampu, aku cuma simpan duit syiling je... hahahahaa. Penuh jugak la tabung aku dengan duit syiling. Tapi dalam pada masa yang sama....perasaan takut dan risau tu sentiasa ada.....aku macam risau nak kawen...macam-macam dalam kepala aku.

'macam mana kalau tiba-tiba masa kawen tak ada duit'
'macam mana nak bayar duit pelamin yang sampai 2k tu?'
'catering sahaja pun nak dekat 9k'
'mahalnyaaaaa nak beli barang-barang hantaran :( , Perfume saja pun nak dekat RM300'
'Upah OP ni satu hal! '

tapi kalau middle name, tak-bolah-nak-ala-kadar....aku still all-out.

Makeup aku still nak dengan Kak Fazleen Manjer, yang melibatkan kos perjalanan, kos hotel, dan upah makeup tu sendiri....Tak kurang jugak pemilihan pelamin.....aku tetap nak pelamin besar..taknak yang kecik-kecik ni....alasan tipikal, sebab kawen sekali....hantaran aku pun, still nak perfume la, handbags la...padahal masa tunang dah dapat. Annoying kan middle name aku.


Fully Image Pelamin By Adek Collections
Macam senget pulak gambar ni, HAHAHAH. 
Suami jugaklah yang masih beralah dan ala-kadar je......tak banyak yang dia nakkan untuk barang hantaran which is ini semua sebenarnya memudahkan kerja masing-masing. Untung pun ada.. ;) Ini yang pentingnya dalam satu hubungan, kena ada negatif & positif..kalau positif + positif tak boleh..berlaga. kalau negatif sama negatif pun tak boleh..lingkup semua....

Aku buat perlahan-lahan, setiap bulan aku bayar sikit-sikit. Bukan ke sewa pelamin + baju + catering boleh bayar sedikit-sedikit secara ansuran setiap bulan? Jadi gunakan lah benefits tu. Setiap bulan, aku bagi RM500 dekat butik every months. Bila dah habis, aku sambung beli barang hantaran sikit-sikit, lepas dah beli semuaaaaa, aku letak satu tempat dalam bilik. aku biarkan je. Aku gubah sikit demi sedikit, bunga pun tiap-tiap bulan aku beli sikit demi sedikit.... Beli yang penting-penting dan tak cepat rosak la....macam wallet, handbags, perfume, kain sembahyang.....etc etc etc...Setiap bulan, KOPAK jugak lah aku......dah nak bayar ansurans pelamin lagi.... nak beli hantaran lagiiii......nak belanja sehari-hari lagiiii.........Tapi dah takkan nak salahkan diri sendiri sebab tak ada savings dan tak menyimpan kan, tentulah tidak sama sekali.....makanya diamkan je dan terus berkorban apa-saja......hehehee.... Seingat aku, last sekali perkara yang aku bayar, upah makeup Kak. Fazleen Manjer ;) Tu jelah. Dan Allhamdulillah, duit still ada lagi dalam wallet.

Awalnya, aku beli bunga fake. PALING MURAH....aku gubah sedikit demi sedikit...
bunga murah sekalipun, kalau dah beli banyak, mahal jugak jadinya. 
Sebenarnya, aspek menyimpan tu...berlainan bagi sesetengah individu.....Aku pernah baca cerita Ladynoe, Dalam Misi5April......dia setiap bulan simpan RM500 daripada duit gaji untuk perbelanjaan perkahwinan dia...Ada sesetangah yang tak boleh menyimpan tu, dia bagi suami dia simpankan....dan ada tu...buat konsep macam aku...bayar setiap bulan.... walaupun takada savings.

Alhamdulillah masa majlis aku, aku still lagi ada duit....
Syukur masa tu tak banyak masalah.....
Tapi bukan duit aku jugak, tu duit hantaran....suami bagi aku separuh daripada duit hantaran untuk belanja aku sendiri....

Suami? Majlis guna duit aku sorang ke? Baik tak payah kawen kalau duit aku je...
HAHAHAHA....

Tak adalah, dah duit catering makan yang sampai cecah 9K tu....bukan ke duit suami aku....HAHAHAHA. Aku ni nak kata bijak tak berapa sangat, tapi agaklah.....yang mahal-mahal tu aku surrender...aku taknak campur...Suami yang handle semua pasal catering, sebab tu aku macam tak campur lansung pasal jenis lauk ke, nasi apa ke, buah apa ke..catering mana ke..aku memang tak tahu lansung.....apa yang korang semua makan tu, semua pilihan suami i tawww... ;)

semua suami. <3

Itulah untungnya bilamana kalau majlis kita buat sekali... sebab boleh bagi-bagi.....aku setel benda remeh-remeh tu.....suami setel benda yang tak berapa nak remeh tu ;) InsyaAllah, majlis sekali ni banyak gilaaaa untungya. Dari segi kos...dari segi penjimatan, dari pelbagai aspek la pendek cerita. Dan yes, dari segi tenaga kudrat pun ye jugak. Tak ada lah insiden tak cukup tenaga kerja sampaikan lepas majlis boleh pulak claim dengan aku, sebab? SEBAB KENA ANGKAT PINGGAN. Tak malu tak? series, tak malu lansung.Datang pun tak berjemput. Pfh.

Alhamdulillah,.kali ni aku tak meminjam duit sesiapa. Aku tak pinjam pun duit abang aku...boleh kata...99% urusan perkahwinan aku adalah daripada duit aku dan suami.... Ada yang sedekah kan dekat aku dan suami tu, aku mohon halalkan....mudah-mudahan tak mengungkit di kemudian hari....

Perihal duit salam kokot?
Okey, ini semua cuma random thought jelah ye.... Amaun duit salam kokot setiap bride adalah berlainan. Tak payah lah berharap terlalu banyak, dan jangan sedih apabila ianya terlalu sedikit. Itu namanya rezeki yang kita sendiri tak pasti...

Bagi aku, untuk situasi aku..... Duit salam kokot aku dan suami, semuanya aku combine dan bayar duit sewa dewan yang perlu dibayar sejurus selepas majlis aku. Bayar duit sewa alas meja, upah PA System, Tak banyak tapi sedikit sebanyak membantu...

Tulah, bila dah kawen dan melalui sendiri kehidupan bahtera perkahwinan ni...barulah kita tahu susah senang nak deal dengan orang yang tak berapa nak faham. Barulah tahu, orang ni macam ni, tahulah orang tu macam tu...... Tapi aku tak pernah lupa nak syukur, at least....benda yang paling besar dalam hidup aku...dah selamat dan selesai...lepas ni.....aku dah takada apa-apa kenduri. Kenduri adik aku pun lambat lagi. Baru darjah 6 kot! hahahahaa....  && kalau ye pun, kenduri cukur jambul baby. wahahaaaaa...... Gitewww... 




5 comments:

InaYusoff said...

kan bagos kalau aku neh kawen tahun depan...
neh kawen pon dua minggu lagi...
tak dpt la nak ikot tips ko neh...
:(

kawen memang banyak pakai belanja woooo...silap2 boleh stress yang hamat!!..


eh...duit salam kokot tu kalau kat tempat aku, duit tu milik mak pak..bukan duit untuk pengantin...


sebab..

mak pak yang "menanam" dari dulu..

:)

Qiela said...

pandai2 la tolarete. mak ayah tak kesian ke tengok kite dibebani dengan perkara-perkara perlu bayar..?

slow talk la dengan diorg, tak banyak, tolong sikit-sikit pun mcm dah besar rahmat. aku gerenti la, mesti mak ayah ko akan hulur sikit.

mak ayah aku awal-awal dah cakap, duit tu semua untuk setelkan benda2 nak bayar. Alhamdulillah.

;)

SOULMATE is said...

best info ni
mcm sy tiap bln simpan rm500 tuk majlis and so on
stakat ni seme ok n msh smooth n xpnh lg xde duit wpun kdg2 rasa mcm xckup.hehe

planning tu perlu

sarahhernyzar said...

terbaek wokk. haha. best best.
duit salam kokot tu best. keskeskes.
bnyk gak membantu utk setel yg x brp setel lg di kemudian majlis. hehe.

S.U.R.I.A. said...

suria pun wat cmtu....every month b4 wed,.dh set..byr skit2 ke pelamin photog n makeup...

dh dkt...xterasa dhh...weeee