Follow Qiela :)

Macam mana menyimpan duit untuk perbelanjaan berkahwin ( PART 1 )

Okey, rasa macam nak bukak cerita pasal ni pulak. Since dah macam tak ada topik kawen bila album kawen pun belum sampai-sampai lagi...pasrah dalam terpaksa -_________-"

Macam orang lain jugak, 1st thing bila fikir pasal kawen, kita akan fikir, mana nak cekau duit kan..... Ye, memang dua-dua kerja, simpan sikit-sikit insyaAllah jadi bukit tapi kalau dah bangsa aku ni....bukannya jenis menyimpan...nak kata macam mana. Nak menafikan pun apatah lagi. 

Tapi benarlah apa yang diperkatakan bilamana, jika mendapat pasangan yang boros, kamu perlu menjadi seorang yang berjimat cermat. Alhamdulillah....kun fa ya kun, suami sseorang yang sangattt pandai menyimpan. Part ni, paling aku kagum. Series, kagum gila. Aku cubaaaaa untuk menyimpan every month, tapi bila dah hujung-hujung tu....rasa macam sakai je simpan duit banyak-banyak dalam bank. HAHAHA. boleh gitu...?? Tak tenang wey, aku duduk dekat rumah memikirkan duit yang ada dalam bank tu. 

series, aku memang memerlukan consultant. 

Berbalik pada tajuk, bilamana suami dah mula ura-ura nak pinang aku,. ehem ;) masa tu dah tentu-tentu la berbunga-bunga.... tapi dia dah cakap, masa tunang....aku kena buat majlis kecil, So dia tanya aku....ada duit simpanan ke tak? Aku macam, Oh, Okey..ada-ada-ada! 

Nak bertunang kan. kang kata takada duit, dia cancel kang.....gila? dah tak pepasal bunga layu di tasik madu. Masa ni dah tentu-tentu galak kemain. Tak kisah lah ada duit ke tak, ada savings ke tak, janji aku bertunang! hahahaha. 

Pada bulan 12, masa tu aku dah all-out, WALAUPUN aku bukan jenis menyimpan...tapi aku boros dengan membeli keperluan bertunang. 

Contohnya gaji aku setiap bulan 1k, ( contoh ) so setiap bulan tu eventho aku TAKADA simpan satu sen pun....tapi 80% dari gaji aku, semua aku spent untuk majlis bertunang aku. Balance 20% tu, untuk perbelanjaan sehari-hari, makan dekat Ana Petai ;) 

So, dari bulan 12 sehinggalah ke bulan 2, aku still takada savings. Macam kan yang aku cakap, duit gaji aku semuaaaa aku guna untuk bayar catering bertunang, aku beli hantaran, aku beli itu ini.....kadang-kadang yang kecil-kecil sikit-sikit tu pun, tanpa sedar......dekat beratus jugak habis. NAMPAK JE KECIL OKEY. 

Masa aku all-out nak bertunang ni, Suami ada tanya aku...kenapa semenjak dua menjak ni, aku asyik lah short duit, ( sebab aku mintak dekat dia kan ) hahahahaa..tulah aku, bingai....nak tunjuk dekat bakal laki yang kita ada savings, tup tup...duit dia jugak kita mintak.

Aku cepat serabut dan muak bila sebut pasal pentingnya savings, pasal beruntungnya orang yang berjimat cermat dan betapa senangnya hidup orang yang tidak boros. Aku tak suka orang ceramah aku, so..siapa nak consult aku....better cari jalan lain selain daripada ceramah. 

Tapi aku selalu jugak cakap, hahahaha. Orang kedekut memang cepat kaya. Instead of, suami actually tak kedekut pun, cuma berjimat cermat. Dia baru belikan aku kasut yang sekarang dah jadi favorite aku tau ;) so, bukan lah kedekut. 

Berbalik pada hal perbelanjaan tunang aku, pada hujung bulan 2 ( April ) aku macam dah cuak semacam....SEBAB? sebabnya ada banyak lagi benda aku nak kena beli....masa majlis tu nanti...tapi gaji dah takada, series...padahal awal bulan 3 ( March ) aku dah nak bertunang. Majlis dah nak lansung. Yelah, jangan fikir bila dah dekat bertunang semua dah setel.....perbelanjaan majlis semasa berlansung tu pun....still nak guna duit. Sebagai pengalaman.....nak beli tisu la....nak tambah buah tembikai la, tiba-tiba catering tak cukup santan, nak beli sos cili laaaa....dahhhh, tambah kuih la pulak. Kek tiba-tiba mahal la pulakkkk.....  Family??????Oh.......memang aku tak pernah harapkan apa-apa dari awal pun, sebab aku tau...keluarga aku pun bukan orang senang. Ayah aku sendiri pun dah berpencen, takkan aku still nak harapkan duit pencen dia. Ada adik sorang, tu pun sekolah lagi. Tapi aku ada dua orang abang. Aku ada 4 beradik semuanya. Abang yang pertama aku dah kawen dan kedua masih bujang. Makanya, aku lebih mengharapkan pertolongan dari abang aku yang bujang tu ;) 

So, aku pun mintak la belanja sikit dari dia, which SUAMI tak tahu pun!! Bila suami nampak abang aku tu bagi duit, aku cakap.....abang aku sponser tu lah, sponser ni lahh....heheheee.... 

Jahat gila menipu suami, ampunkan saya ye! ;) 

Jadi, disebabkan itu....aku dah dikategorikan sebagai seorang peminjam untuk majlis aku. which is not good at all...Sebab kita berhutang. Lepas majlis. jangan ingat semua dah macam lepasss je. Bila gaji, jangan haraplah nak berjoli sakan, sebab 'hutang' dengan abang tu kena bayar. Bayarlah, separuh gaji jugaklah masa tu. Dah dengan bayar balance catering lagi, duit baju lagi, duit makeup lagi. Gila sakai. 

Ko mampu...duit takda pun, baju mekap still bling-bling vouge the vass....









Tapi, Alhamdulillah.......majlis berjalan dengan lancar, peritnya merancang dan melaksanakan sesuatu majlis...hanya AKU JE YANG TAHU. Tunang pun tak tahu....sebab aku taknak pun dia tahu yang tunang dia ni...tak ada savings. Dan juga, family.....ye...family pun tak tahu. Susah payahnya aku...kecuali abang aku tu lah...sebab aku pinjam dengan dia kan ;)  Lepas majlis, aku still paw suami aku, masa tu tunang la....aku mintak duit reward sebab majlis berjalan dengan lancar. Dengan reward tulah, aku buat belanja untuk kehidupan aku sehingga pada gaji aku bulan 4 ( April )

Kesian kan, tapi tulah realiti. Aku nak kongsi. Tu tak masuk lagi bab perbelanjaan nak berkahwin. Mujur lah majlis aku sekali....aku rasa kalaulah majlis asing-asing, mahu lingkup aku. Surrender aku taknak kawen. :) Lari rumah tengah malam....sebab stress.

Tak pasal-pasal tegolongan dari golongan yang muflis, Nauzubillah. 



2 comments:

Cik Puan Tqah said...

eh..salah komen tadi..cpt update part 2

sarahhernyzar said...

nice topik babe.
nnt nk up gak la.
haha. best gila topik ni.
cpt up part 2.