Follow Qiela :)

"Dah mimpi2 dapat baby ni... moga2 menjadi kenyataan la

How do I start this......... Lately i have this feelings yang macam tak berapa nak cun sikitt.. i mean, mixed feelings.......kejap rasa Okey, sekejap rasa tak Okey.....kadang-kadang i diamkan jeee...dan kadang-kadang......i macam..super happy, ( im already a wife! sooon a mommy, insyaAllah! )  kejap rasa takut macam terover-over siap nervous lagi....kadang-kadang rasa macam...Yes! im ready! 

Tapi tulah, sebaik-baik rancangan kita, lebih molek lagi rancangan yang diaturkan oleh-Nya.. 

Well, semua readers tahu......yang i dengan husband were long distance relationship...seorang dekat Kuantan && husband dekat Temerloh. Before this, sebelum kami berkahwin....ramai yang tanya.....boleh ke lepas kawen duduk jauh-jauh, boleh ke jumpa tiap tiap minggu je....boleh ke? boleh ke....

Tapi, i tetap dengan pendirian i....i kata...I Okey! sekeras-kerasnya i cakap i okey! sebab i fikir, sebelum ni pun...i memang berjauhan dengan suami, dari berkawan, bercinta, bertunang......memang dah jauh pun.......walaupun ramai gila, kawan / sepupu / family / BFF yang nasihatttttt suruh i tukar je tempat kerja ke Temerloh, kalaupun husband tak boleh tukar ke Kuantan. Tapi i taknakkkkk, nak jugak jauh konon. Distance make the heart grow fonder laaaaaaa.......without knowing, sesungguhnya sebaik-baik tempat seorang isteri adalah DISISI SUAMI. 

I silap besar gila sebab terlalu bersikap ego dan sombong, Masa nilah i terasa sangat-sangat kerdil kerana terlalu bersikap angkuh. I mengaku,, sekarang i macam dah hilang arah sebab suami jauh. Well......its not, sebab kita dah 'bersama' atau apa-apa sekalipun...!!!! TAPI, sebab dia adalah suami kita dan kita adalah seorang isteri. Memang dalam alam nyata atau batil sekalipun, tempat kita tetap disisi suami. Jadi, ini mungkin menjawab segala persoalan, 

"Kenapa rasa rindu gilaaa....??

"Kenapa asyik rasa sunyi, rasa seorang diri...macam tak bersuami....padahal ade je, tapi memang rasa macam.........'sedih'???

"Kenapa asyik rasa ada yang kurang, incomplete..??

"Kenapa bila suami nak baik semula ke Temerloh, bermulah adegan tarik menarik dan pujuk-pujuk....'pleaseeee dont go'???

"Kenapa cuti tahunan i, cuma tinggal dalam 2-3 hari je lagi, kenapa banyak habiskan bercuti untuk teman husband kerja dekat Temerloh?.???

"Kenapa bila dengan suami, kita asyik lah merungut.....salahkan takdir, kenapa kita jauh, kenapa kita belum dapat baby lagi niii..... blablabla....


..............Oh well, here it is,


Ada sebuah hadis yang dijadikan dalil bahawa isteri wajib mengutamakan suaminya melebihi ibunya. Hadis ini diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Siapakah manusia yang perlu diagungkan haknya oleh seorang wanita? Jawab Rasululah, “Suaminya”. Aku bertanya lagi, “Bagi seorang lelaki?”, Jawab Nabi, “Ibunya” [Riwayat al-Hakim]

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh."

Ini diperkuatkan oleh hadis-hadis Rasulullah. Di antaranya, baginda bersabda: Apabila seorang wanita (isteri) mendirikan solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (dari berzina dengan lelaki lain) dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu ingini.” [Musnad Ahmad, no: 1661 dengan sanad hasan]

Rasulullah mengingatkan: Tiga orang yang solat mereka tidak terangkat walau sejengkal dari atas kepala mereka: (1) Seseorang yang menjadi imam solat bagi satu kaum (makmum) sedangkan mereka membencinya, (2) isteri yang tidur sedangkan suaminya dalam keadaan marah kepadanya dan (3) dua saudara (seislam) yang saling bermusuhan. [Shahih Ibn Hibban, no: 1757 dengan sanad hasan]

Rasulullah bersabda, maksudnya: 
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”

“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.


“Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

***** Memang dah tempat seorang isteri adalah sepatut-patutnya disisi suami, thats why la kita asyik rasa tak tenang bila berjauhan, tak okey bila ditinggalkan, tak syok je suami dekat sana, kita dekat sini. Semua serba serbi rasa tak kena.... :( So jangan dinafikan dah la okeyyy...... 

******** Kepada yang duduk berjauhan dengan suami, i kno ur not okey...tapi stay cool okey...sebab Allah menjanjikan yang lebih baik pada hambanya yang bersabar,. 

**************Dan yang lebih membuatkan i semakin rindu dekat suami adalah.....semakin banyak soalan yang ' bila lagi nak ada baby??' 'Bila lagi nak bertiga ' membuatkan i semakin tertekan dan semakinnnn i rindukan suamiiiiii!!! 

Dear baby, where are you....mommy needs u.... Oh...yea... Thats ur daddy FB status for today, obviously....daddy needs u too...*winks* 








No comments: