Follow Qiela :)

Apa yang tak Puas Hati pasal wedding aku.

1. Aku lupa nak bagi doorgift VIP pada kawan yang datang salam dengan aku! PfhhhhhPfhhh, aku tersangat-sangatlah ralat dan dukacita memaklumkan!! Sebab aku macam blur, tak tahu nak buat apa dan sangat-sangat tak tahu nak buat apa! Aku tak boleh nak salahkan sesiapa....tapi alangkah baiknya, jika ada sesiapa yang mengingatkan aku. Uhuk, SOBS ;( && i just dont kno...siapa yang dapat doorgift VIP aku tueeeee.....sedar-sedar dah habis. To all bridessss, ingat ingat ingat, bila kawan datang jumpa / salam / peluk /cium...1st thing to do isss...ambik VIP doorgift and give it to her/him. && macam mana aku boleh terblurrrrr untuk ambik  bunga telur dekat pelamin tuuu....untuk bagi diorang padahal bila dah habis majlis, berlambak balance bunga pahar tu tau.... tsk! 

2. Pada mulanya, masa aku tengah makan beradap.....satu perkara yang digeruni dan paling ditakuti berlaku.Ada orang bagitahu, makanan dah habis which masa tu baru pukul 2.00PM. Orang tak putus-putus lagi datang.....Yelah, aku pun baru gila sampai, sanding sekejap..pastu mencemar duli..turun makan. Tup-tup ada orang bisik, kata lauk nak habis. Perasaan macam tu....MasyaAllah! FIL/MIL pun oder dekat Catering, lauk emergency....untuk top up. Oder tak banyak dalam 1 tray je lagi... Last-last...dah habis majlis...lauk berlambak lagi...&& ayam yang oder tadi... tak bersentuh pun. Memang membazir yang maha hebat! Dah la lauk kalau emergency tu, naik seganda harga dia. Like seriouslyyyy......satu tray ayam, include 10 ekor ayam je.....Pihak caterer charge aku RM350.00.....Mahal woi! Aku tak tahu, kenapa orang boleh cakap lauk dah nak habis -_-" Grrrrrrr, dah terpaksa rela makan 7 hari 7 malam ayam tu....sebab? takkan nak buang?

3. Aku tak suka baju sanding aku. Suami tak suka baju nikah beliau. Boleh baca entri sebelum, betapa aku tak sukanya servis butik aku tu. Tsk. Dan semua yang berkaitan dengan Adeq Collection semua aku tak puas hati. Baju kemain gedabak besar, Tak ada alas nikah, kerusi salah bagi, accesories bukan yang macam aku request, makeup tak datang...lepastu boleh marah aku pulak suruh datang butik untuk makeup...boleh gitu?? 

4. Aku tak sempat beramah mesra dengan kawan-kawan which is sepatutnya aku buat! Dah la lama gilaaaa tak jumpa!! Bila tengok gambar, sedihnya tak dapat borak dengan yang ni, sedihnya tak dapat peluk yang tu, sedihnyaaaaa lah! Aku tak pasti bila lagi dapat jumpa diorang, borak-borak dan gossip2 lagi....AKU HARAP SANGAT MASA TU AKAN DATANG LAGI! :( 

5. Patutnya aku makan lauk pengantin tu banyak-banyak, sebab sedap. Bila balik rumah, apa pun tarak...yang ada saki baki orang lain makan je T______T  Pfhh.....mujur bukan ibu mengandung....Aku tak kira, aku nak request maklang suami, masakkan jugak ayam tegolek tu. Sedap!! 

6. Aku paling ralat, bila kereta yang sepatutnya aku naik untuk sampai ke dewan......Alaphard sepupu, sampai lambat.....ada ke patut && kiteorang terpaksa tunggu lama jugak. Tak patut betul........... Sedih bila kawan-kawan terpaksa tunggu lama....&& ada yang balik, Mujur lah ada homestay at the ends of the road. Macam bila tetamu balik....dia stop dulu dekat homestay tu....and jumpa aku dan suami...hhihi...  

7. Sepatutnya, aku habis majlis sanding aku awal, so that aku boleh outdoor banyak shoots. Ni dah nak Maghrib...dengan jalan jem ( SABTU kan ) baru la tergedik-gedik drive pergi outdoor. Bila photoG shoots sikit, mula lah tak puas hati. Aku harap, PhotoG aku, okey dan baik-baik je. SOBS.Dan kalau nak tahu, outdoor aku lepas nikah & lepas sanding adalah tempat yang samaaaaaaa....sedih laaaaaa, patutnya boleh dapat banyak lagi shoots tau! 

Tapi, at the ends....aku tetap pasrah dan redha...benda pun dah lepas.....aku harap benda-benda ni semua takkan terjadi pun pada sesiapa....sebab memang lepas majlis kita still lagi ralat. 1st month memang kita rasa macam ralat sikit, tapi bila dah lama....secara automatiknya kita akan terlupa.....dan abaikan je....hehehe...dah bersuami pun, nanti kalau ada anak perempuan.....aku nak buat semuaaaaaa wedding preparations dia, satu pun aku taknak tertinggal.... tak nak terlupa.... semua aku nak decide, dan aku akan cuba sehabis baik, untuk jadikan wedding tu sempurna..... gila kuasa. boleh? Taknak jadi emak yang hanya pada nama. InshaAllah..... hhihi....buat masa ni, kita buat cukur jambul jelah nokkksss... 






2 comments:

DAIRI FARISHA said...

dugaan betul smua tu..tapi alhamdullillah majlis bjalan dgn lancar..

orked violet said...

OMG.hina sungguh butik tu!! (emo!)

psL issu Lauk 2mmg comeL! hehe.2kire mmg mende nk jadik La..miscommunication..huhu

sya-orked.blogspot.com