Follow Qiela :)

Make Up Review - Sanding

Kalau semua orang dah baca  LINK  ini, mungkin dah tau...Siapa yang makeupkan aku pada 1 September yakni hari aku bersanding. Tema adalah purple plain semata-mata, Takada combine dengan mana-mana warna. 

Sebelum aku cerita, marilah kita bersama-sama berjemaah membaca cerita aku ni. Okey, jom mula...

Pada pagi 1September tu, aku memang dah chek in hotel since dari Jumaat ( Nikah ) lagi dah....tapi...yang aku mensakai pepagi tu...adalah sebab BB aku tiba-tiba hang, tak boleh ON dan lansung tak boleh terima call / buat call apatah lagi nak ber'sms, whatsapp, bbm bagai. Memang lah TAK cerita dia. Kes dia mula daripada malam tu lah, bateri flat, terus ter'off dengan sendiri dan terus senyap sampai ke hariini. Mujur ada warranty. Tsk. 

So, aku memang dah macam kelam kelibut lah.Macam mana aku nak call laki suh datang niii.... ( malam tu aku tidur sorang lagi ) actually tak bagus sebenarnya tidur sorang-sorang. Bukan maknanya paksa suami tidur sekali walaupun dah halal, tapi ajak lah pengapit ke, BFF ke......tapi jangan tidur sorang kerana masa ni lah, anasir luar kalau nak buat sesuatu, dia akan buat. Pfhh..tapi Alhamdulillah....mungkin anasir luar tu cuma buat BB aku rosak je kot. hahahaha... 

So, aku ni harulah pucat lesi, aku cuma mampu tawakal je kalau-kalau kak.manjer tak datang. Malam sebelum tu, tah macam mana aku sempat sms kak.manjer bagitahu nombor bilik, floor berapa etc etc, terus pagi nya BB aku tak boleh ON. Pagi tu aku dah macam tak tentu arah. kejap-kejap aku spray fresh flower aku, kejap kejap aku pakai lense, pastu aku tanggal....kejap-kejap aku bukak pintu, intai...ada tak orang datang, pastu aku tidur, macam-macam lah aku buat. memang tak tenang lansung. Laki pulak tak mai-mai, lagi laaaa aku menahan amarah. 

Aku risau gila kalau k.manjer tak datang which is,...dia ada hak untuk tak nak datang. yelah.....dia boleh cakap, dia dah call aku banyak kali, tapi tak ada responds, sms tak deliverd, soo...dia balik....masa ni, aku mampu tawakal je. Adernalin......kalau boleh semua urat tu burst, dah lama noks. 

So, dalam pukul 9.00 macam tu...ada orang ketuk pintu, aku harap sangat tu adalah lelaki bernama suami....sebab bila dia datang, aku boleh guna handphone dia untuk call k.manjer walaupun aku tak tahu pun number diaaaaa!!!!Harap-harap dalam sim card ada,  tapi aku akan pasrah, aku akan call je sesiapa tau! hahaha... Terkinja-kinja aku bukak pintu, dan Alhamdulillah....yang ada depan pintu aku adalah k.manjer yang cuteeeeee tu!! senyum je dia dengan husband dia! Phew~ 

dah selesai satu bala.

Tengah makeup tu, aku pun pom pam pom pam duk cerita itu ini, phone flat, tak boleh on, terus tak menyala, nak call tak boleh blablabla.......lastly, 

k.manjer, pinjam phone boleh? saya nak call hasben saya. ehem. 
k.manjer pun, haruslah dengan perasaan kasihan dan bertimbang rasa, terus bagi. Syukurnyaaaaa!!!

So, call la hasben suruh datang cepat, bukan sebab rindu....sebab nak guna phone. PhotoG tak mai lagi, nak call mak suruh monitor dekat dewan, nak call abang suruh monitor deejay, call abah suruh monitor catering. Ok ok, my bad sebab semua last minute. Dan percayalah, phone rosak masa hari wedding is a worst thing ever!! 

Bila hasben datang, Photo G tak datang-datang.... aku ni macam dah mensakai....apesal la dia ni lambat sangat. Yelah, aku biasa tengok kalau orang update gambar wedding...mesti ada gambar makeup...takkan aku tak ada kan?????! gila kau....bayar photoG, tapi gambar makeup sekeping pun tak ada. Dah lah masa nikah, semuanya mentaik je. Pfh, marah betul aku ni. 

PhotoG sampai masa aku dah siap makeup. Dengan alasan..dia ingat makeup lama....'Dekat KL, kalau bride makeup...dalam 5-6jam jugak' - katanya....

Giiilaaaaaaaaa, nak samakan bride Pahang dengan bride KL, tak tahu ke bride Pahang ni dah cantik semula jadi. ... . ehem. eh tak. hehehe... 

Tapi aku memang tak boleh nak marah, aku tahan je. Senyum je. Siap offer depa pergi makan dulu tau. So, kesimpulan cerita..gambar makeup aku semua pada suami k.manjer semata-mata.... sedih kan. jap lagi aku email la k.manjer...mintak ihsan sekping dua :(

Aku tak boleh blame photoG aku, sebab malam sebelum tu....diorang ada tanya, makeup pukul berapa....aku jawab awal pagi tapi tak cakap pukul berapa....dan aku cakap aku akan call....salah aku jugak. Dah tuuuuuuu, phone dah mengada-ngada.....aku mampu tawakal jelah. salah aku jugak kan. .

Okey, dah habis drama swasta kali ini. Kita sambung drama yang lain di episod akan datang.

So, yang dinanti nanti dan ditunggu tunggu telah tiba juaaaaa..... Inilah hasil makeup dari sentuhan Fazleen Manjer :) ecewahhh..... 


Sebelum, 
macam mak kucing hilang anak kan. 
Ergh!! ni semua pasal BB aku spoiled pagi tu!!

ni memang muka tak ada apa-apa, aku memag tak sempat nak rendam muka aku dalam ais, nak pakai lip-ice,
petua-petua yang aku plan nak buat, semuaaaaa aku tak buat. Semua sebab sebiji phone yang mengharu kan keadaan. 
sedih gila la woiiii!!! :((





♥♪♫  MANJER TOUCH  ♥♪♫
- freelance make up artist -
wedding | engagement | event | dinner etc..............
014-2125 767
FanPage : MakeUp by Manjer Touch

Lepas ni aku akan review : Tragedi Makeup Nikah 

7 comments:

Diyana said...

phone ttbe rosak...itu mmg disaster tu..
Alhamdulillah Qiela selamat je...

make up cantik... suka part kening & mata... kening tebal

cik mah said...

huhh...dasyat juga tu ek..susah tol klau hp rosak saat enting mcm tu..pape pun cntik make up....

orked violet said...

hehe.suspen toL cerita nye
but turned out to be cantek kan on that day. OK sangat La tu =)

Renee Meow said...

serious lawaaa....!! :D

Mawar said...

ok i rasa sangat bersalah sebab sambil baca cerita pasal BB u hilang, sambil ketawa terbahak2 padahal i know mesti u sgt anxious dan marah dan panic pagi tu so i tak patut gelak. hehehe...

but babe Mashallah cantik sgt the makeup :) pahang brides ni mmg lawa lain mcm!

its me said...

kesian..tp nsb baik make u cnti..sooooo...sweet...u tau PhotoG i lg teruk..wedding i 18(akadnikah),19(sanding),20(bertandang),25(outdoor) Mei...but smpai skrg album tk siap2..geram btl..dh byk kali cntct..tk larat nk cll dh tau...mmg sampai skrg rs marah..harap je i tk keje kt kuantan..susah nk g galery dia...:(

Nn said...

cantik makeupnye. sweet2 purple aje..