Follow Qiela :)

Tips camne nak bekerjasama dgn photographer

Teaser wedding Dr Ramzdhan & Anyra, Keramat

INFO MAJLIS : Satu perkara yang selalu terlepas pandang ialah menyangka photographer tahu segala-galanya tentang majlis kita. Kita sangka mereka tahu perjalanan majlis, tetamu yang bakal datang, kenal ahli keluarga dsb. Walaupun kebanyakkan majlis kahwin hampir sama, tetapi adalah baik kalau kita terangkan secara ringkas perjalanan majlis kita, kenalkan dengan ahli keluarga termasuk saudara mara serta orang2 penting dalam majlis. Setiap majlis juga kadangkala mempunyai tradisi berbeza yang mungkin perlu penjelasan dari pengantin. Ia penting supaya mereka dapat rancang kedudukan dan timing mereka dalam majlis tersebut.


PERSEDIAAN PENGANTIN : Persediaan pengantin merupakan perkara yang paling penting. Maksudnya persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi hari berbahagia mereka. Ada pengantin yang berhempas pulas siapkan majlis sampai muka mereka nampak letih semasa majlis persandingan. Mata mereka sembab dan merah sebab kekurangan tidur. Tenaga mereka juga tidak banyak ketika menghadapi hari yang penting tersebut. Bila badan dah letih sangat, mukapun dah tak ceria. Lebih-lebih lagi bila sesi outdoor pada sebelah petang. Secara tidak langsung ia menjejaskan gambar yang bakal diambil oleh photographer.


PERSONALITI PENGANTIN : Satu perkara yang perlu diingat, photographer juga adalah seorang manusia biasa. Kalau mereka bekerja dengan ceria dan seronok dalam majlis kita mungkin ideamereka lebih banyak dan lebih kreatif. Jadi kalau pengantin masam dan garang je, tanya sepatah jawab sepatah. Mood mereka nak bekerja pun boleh terjejas. Bagaimana kalau bos tempat kita bekerja layan kita macam kuli dan tak hormat kita dengan alasan mereka bayar gaji kita? :)


KERJASAMA : Ada photographer mempunyai style dan cara mereka tersendiri untuk mendapatkan hasil gambar yang baik untuk kita. Sekiranya ia tidak keterlaluan, berilah kerjasama yang baik kepada mereka. Sekiranya kita tidak selesa bagitau terus kepada mereka supaya mereka faham.Photographer yang bagus biasanya dapat sesuaikan cara pose pengantin berdasarkan karektor mereka. Cuba berbincang dengan photographer tentang ni sekiranya ada perkara yang tidak boleh dan tidak selesa untuk dibuat sepanjang majlis.


LAIN-LAIN : Antara perkara lain yang nampak macam tak penting adalah seperti mempelawa photographer makan, hehe. Bukan apa, ada photographer yang jalankan tugas seawal 9 pagi. Jadi ada yang tidak sempat bersarapan pagi. Pastu mereka bertugas sampailah lewat petang tak sempat nak makan tengahari. Kalau photographer tu diet takpelah, tapi kalau jenis yang banyak makan mesti dia kelaparan sangat, haha. At least jemputlah sebab ramai sahabat-sahabat photographeryang aku kenal jenis malu-malu nak makan kalau tak dijemput.


Sebenarnya memang banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian, tapi cukuplah perkara penting tersebut buat masa ni. Bagi aku yang lebih penting, pengantin mesti cukup tenaga, tenang, selesa dan perlu menikmati hari berbahagia mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, kena belajar kawal emosi, confident dengan diri sendiri dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis.

Banyak mata-mata yang melihat kita sepanjang majlis berlangsung (macam tak biasa plak pergi majlis kahwin). Kalau kita bermasam muka disebabkan masalah kecil dalam majlis, ia boleh dilihat oleh semua orang. Jangan sampai orang cakap kita kena paksa kahwin plak, hehe. Untuk akhirnya, enjoy your big day!

source : LINK

3 comments:

choclairissa@intan marliana said...

best tips ni..saye lupe nk share dulu time kawen..n awak dh sharekan..good info :)

Anonymous said...

I absolutely love your blog.. Very nice colors & theme.
Did you create this amazing site yourself? Please reply back as
I'm wanting to create my very own site and would love to find out where you got this from or just what the theme is named. Thank you!
Here is my blog - kohls coupons print

Boo said...

tambah sikit pose sendiri, pun bagus juga.
hehehe