Follow Qiela :)

Prosedur PAID, Kuantan

Hai, tak bestnye bercerita tanpa gambar ni kan. Handphone masuk air dah. Nak transfer asyik la tak dapek. tapi gambarnya ade je dekat dalam phone ni. -_-"

Blackberry for sale anyone?
hhuhuiiii :(

Soo, make it simple jelah okey. Sebenarnya tak ramai yang kongsi benda-benda yang mudah tapi penting macam ni, sedangkan aku pun mengagau dibuatnya walaupun ada kawan yang kerja dekat PAID, Kuantan tu! :)

Seperti semua B2B lain, termasuklah aku....kite mesti akan google cara-cara memohon kebenaran perkahwinan.... tapi sekadar mengoogle tak semua jawapan kita akan dapat ataupun, dapat tapi tidak tepat.

Okey, make it moreeee simple!

1. Ambik borang dekat pejabat agama. Haritu aku ambik denggan Faizal ( kawan baik ) dia ambik untuk tunang dia, aku ambik untuk tunang aku. Fair and square. Tapi akak kaunter cakap Faizal tu tunang aku. kah. dia tak tahu ke...tunang aku lagi kacak. hahaha.

ads : RM1.00 satu borang.

2. Jangan lupa ambik kursus kawen dulu! dan buat HIV TEST ( tu basic )

3. Isi borang kawen dengan jujur dan penuhkan semua column. Okey, yang ni aku kena share! Bukan ke korang ade perasan, borang kawen ade bahagian kena pengesahan bermastautin, dari Ketua Kampung/Penghulu whatsoever.......dalam kurungan ( jika alamat sekarang berbeza dari alamat dalam kad pengenalan ) korang still kenaaaaaa suruh Tok Ketua cop! sebab kalau kau tak cop, Wali Hakim yang korang akan jumpa lepas daripada tu, dia taknak sain. eventho alamat korang sama! He doesnt care, racist mungkin. Ok joke joke. Juru Nikah aku tu.....

4. Kalau korang perasan,mesti ada orang akan cakap. Yang kena submit borang kawen tu adalah ayah si perempuan, mertua si lelaki ( heh ) anddddddd kena bawak saksi, 2-3 orang camtu lah.  ( WRONG ). Kalau dekat Kuantan ni, tak payah pun. Korang boleh terkedek-kedek parking dekat Wisma ni, pastu jalan je kaki pergi Pejabat Agama yang berada dulunya adalah Pejabat Daerah ( dah tukar okey )  kalau tengok bangunan tu buruk je, memang tu lah bangunannya. hehe, ok. lawak je. 

5. Aku tak sure pulak pasal cop Penghulu / Ketua Kampung,  memang kite sebagai anak dara urban, ( aku ) amatlahhhhh separuh nafas nak mencari sain penghulu ni, so..penyelesaian aku ambik sain ketua kampung. Sebab Ketua Kampung ramaiiii, tak ada ketua kampung mukim ni, korang boleh pergi mukim sebelah nak dapatkan sain mereka, sebab nak dapatkan sain Penghulu itu sendiri amatlahhh menguji iman. Siapa tak boleh penat, better suruh tunang korang yang buat. Tunang aku jauh ( sobs )

6. Okey, apa lagi...apa lagi......Hah! submit borang boleh pergi sendiri....tak payah ayah kite dan saksi ke ape dan dikenakan bayaran RM5.00. Dia akan bagi tarikh lain, untuk ambik balik borang tu. Alhamdulillah, aku dah setel dah semua part ni. Tu pasal aku boleh share dengan korang. sebab memang payah sikit, kalau kita tak tahu apa-apa.

7. Proses dalam 3 hari je, dia bagi tarikh. korang pegi ambik, isi je resit dalam bekas/tray kaunter. Jangan tak isi...sebab petugas kaunter ni memang takkkkkkaaaaannn peduli kan korang! tunggu la korang 2-3 jam, sampai rasa taubat taknak kawen lagi dah lepasni. ;p

** korang akan dapat, akuan akad nikah dan sijil kebenaran berkahwin. double check spelling semua, dan tanya dengan sopan petugas kaunter tu, ada apa-apa lagi? ini untuk apa dan ini untuk apa...hihihi. 

7. Korang boleh download Borang Pemohonan Kebenaran Berkahwin dekat SINI, tapi aku tak sure la wei, pasal bila aku gi kaunter tu sndri aku kena bayar RM1.00,  aku tak tahu pasai ape boleh download pulak ni. Mungkin sebab dia charge kertas dan servis photostat kot. :)

8. Boleh double check, Carta Aliran Permohonan korang dekat SINI, Good Luck. Selamat Berjuang okey, bagi yang agak-agak korang tak larat nak buat tu ini, kehulu hilir lepastu asyikkkk la merungut....bear in mind..ni semua sekali seumur hidup je. melainkan korang janda nak kawen lagi sekali.  CHAIYOK!


Hah, ada apa-apa soalan lagi?

5 comments:

ciksusu said...

bestnye dah setel borang..
tak sabar nak setelkan jugak :p

hdsykn said...

hokhok mcm2 kan, lain negeri lain pulak citernye. Huda bulan puasa ni baru start nak buat semua ni, mmg rushing lahhh sbb area ni jurunikah selalu fully booked -__-

keratan akhbar tu agak sadis jugak! :p

P E T A K B U N G A said...

okey

ira_bluebee said...

saya dulu download aje borang nikah tue..Alhamdulillah memang diterima..Almaklumlah dok jauh di utara..nak balik semata2 nak amik borg tue memang taklah..
Fuhhh disebabkan tunang saya jugak jauh masa tue,mmg sume setelkan sendiri.berpeluh gak la ketiak nak uruskan sume hihihi...ape2 pun 2 sume mmg pengalaman/memori yg indah =)

Miss Sapera said...

Salam awak, nak tanya, surat kebenaran kawin phg valid berapa lama?sebulan yer?