Follow Qiela :)

Oh So Random ( 38hari )

Mungkin ada segelintir yang pernah mengalami situasi ikat perut untuk berkahwin. Ya, saya mengaku sejak kebelakangan ini..banyak perkara yang saya catu tanpa kerelaan. Barangan make-up pun sudah puas dikorek-korek. Tidak bersisa sudahnya. Setiap hari mengira hari, bila tibanya hari gaji. Bila tiba minggu gaji..kawan-kawan sepejabat begitu rajin mencuit kehulur-kehilir, tetapi tolak dengan selembut-lembutnya. Bimbang duit kehabisan tanpa sedar. Arghh, mana kehidupan sebenar?!

"....Ala, macam ni rupanya orang nak kawen ekk? Ajak pergi makan tak mahu, ajak pergi shopping taknak, ajak pergi lepak pun berat sangat nak ikut...." 

rungut kawan sepejabat,
saya mampu senyum je. sebab hakikatnya. cuma saya yang tahu.

Saya pernah adukan kepada teman baik saya, perkahwinan ini sepatutnya satu perkara yang dinanti-nanti, sesuatu perkara yang membahagiakan dan mudah. Mengembirakan dan bukannya membebankan. 

Alhamdulillah, hariini, 24 Julai 2012...dengan bersaki baki tigapuluhlapan ( 38 ) hari lagi.....semua dah hampir mampu saya lakukan sendirian. Benar kata tunang, sesungguhnya...Allah akan memudahkan perkara yang molek, lebih-lebih lagi menyatukan cinta yang halal, walaupun sudah terlalu banyak dugaan yang mendatang. 

Bermulanya dengan cheklist yang sudah membuat saya mampu tersenyum dan menghela nafas lega!! LINK


saya perlu buat sesuatu dengan kasut ini, perlu dan semestinya. Mungkin sesuatu yang........
Arggggh, IDEA!! 
hanya RM80.00 yang perlu dikorbankan, setelah less 70% di NOSE :)



saya tak pasti apa yang perlu dibuat pada baju nikah saya, walhal bagi saya sudah cukup sempurna. 
teguran kawan yang mengatakan saya perlu isi 'sesuatu' di dada supaya ianya tidak tampak kosong amat membelenggu fikiran saya, hahahaa.
mungkin saya perlu melupakannya sahaja, mungkin. 


YES!! Kebenaran untuk bernikah sudah diselesaikan, 
untuk makluman, PAID akan cop....upah Jurunikah adalah RM80.00 manakalanya kedua-dua saksi adalah RM10.00 seorang. 



saya sudah mula memakai dua produk ini..harap-harap kulit tak terkejut kerana saya sebelum ini tidakkkk pernah memakai apa-apa produk. tapi kali ini, saya 'iakan' kata hati, apabila mengenangkan saya hanya berbaki lebih kurang sebulan untuk hari bahagia saya! 


cabaran dibulan puasa, saya terpaksa beli penimbang berat supaya dapat monitor berat di bulan puasa, tetapi..sebenarnya ianya bukan idea yang baik, kerana disebabkan penimbang ni cuma di hujung kaki, bangung pagi..timbang. sebelum tidur timbang,
akhirnya, kekecewaan teramat yang melanda, sebab asyik naik je 1-2gram! pffh! 

saya perlu kurus, saya harus kurus, dan saya patut kurus lagi!
hahahaaaa..... 


Doorgift sudah separuh saya siapkan, hidup sebagai kakak sulung dan abang-abang dah duduk di rumah lain...
harapkan adik, lelaki pulak tu! memang tak boleh berharap sangat lah kudrat mereka. 
adoi, saya memang bercadang untuk mencari tenaga buruh!
mungkin sekali, saya perlu memanggil kawan-kawan dengan mengatakan saya ada buat party! padahal....
hahahaa, evil laugh. 


dan doorgift untuk kawan tersayang, keluarga tercinta dan teman-teman rapat! 
HUGS! 
saya mengaku, agak terlebih budget untuk doorgift VVIP ini, tapi saya pasrah! :) sebab untuk korang jugak! :) 

9 comments:

S.U.R.I.A. said...

firm up..tu mcm menarik..nk try gak arrr.tapi leh ke telan..

Diyana said...

beg nya comel sgt~
simpan utk saya satu ye... hehe

SarahSyafiq said...

beg mcm sarah nak cari.hee.tp mungkin cancel sbb utk doorgift mmg dah over.hee

Qiela said...

bag tu dlm 58sen per pcs, uhuk. kinda mahal jugak la. utk vip. phewwww....

Qiela said...

haruslah :) dtg k! :)

Qiela said...

boleh kot, sebab rasa dan bau dia mcm air vitagen! sedap.!

sarahhernyzar said...

makcik.. nk sara tlg ke ? klu perlukan bantuan roger le. sara kat kuantan je ni. wee !

Qiela said...

xpe2....segan la. hahahaa....semua under control. sara, tgu ye, nnti kite bg kad.

Boo said...

comelnya baju dia......