Follow Qiela :)

Energy Booster Sempena Ramadhan

Penat tak bulan puasa ni? Penat kan? Boss suruh kehulu hilir pun rasa nak tumbuk-tumbuk je. HAHAHA. tapi tak boleh la merungut penat, kurang pahala puasa.
Sedangkan Nabi dan sahabat pun mampu berperang pada bulan puasa. SubahanAllah...

so. harini, aku macam energetic sikit. semua officemate aku kacau, aku usik. tak macam semalam...lembik macam agar-agar dah aku ni. mujur la budak ofis lain pun lembik jugak, so...sunyi sepii semalam.
huhuhu...

so, korang nak tahu tak ape energy booster, tak payah la nak ambik herbalife ke, supplement ke, orang kampung ke, kopi jantan ke...ape ke...
memang lah bagi energy, tapi....side effect yakin ada atau tak?

okey, masa sahur....cuba try makan 3 jenis ni makanan ni....dan diakhiri dengan air suam/mineral water. 




InshaAllah, ada tenaga untuk menjalankan ibadah puasa. Lebihkan kurma, itu sunnah. Dan amalkan pisang, akan melancarkan penghadaman. Pagi-pagi bolehlah membuang....Sunsweet tu, sampingan je. tapi....sedap dan bagi tenaga! nak lagi senang, susun je semuaaaa tu dekat satu penjuru dalam bilik.

kalau style aku, pukul 4.30am je, alarm bunyik.....tangan aku raba-raba je tepi katil.tak payah bukak mata pun takpe. ambik mineral, minum sikit. makan kurma, pisang dan sunsweets..lepastu minum air mineral. senang kan? jangan lupa diakhiri dengan niat ye darlings. hhihihi. 

cubalah :)

2 comments:

Zila Zainal said...

Suka bleng pisang dan kurma, minum sejuk2. sedap tapi mungkin ada yang tak mampu nak telan :P

ciksusu said...

semua favret!! ;)