Follow Qiela :)

Dilema Apam Polka Dot

Hai dan Assalamualikum Lovelies,

Macam mana preparations to all brides to be? Tentu super duper excited kan! Lebih-lebih lagi dah banyak to-do-list dah boleh  potong , saya?Saya masih disini, Borang yang kena submit dekat PAID pun masih belum hantar, asyik la bertangguh, malas betul ;p, kejap lagi kot, sebab PAID kat sebelah ofis saya ni je! :) kan senang kalau boleh submit pakai webmaster je! dasar M betul ;p

Saya sekarang sedang dilanda dilema untuk oder apam dot dots. Untuk kuantiti yang banyak. Dilema doorgift mungkin? Pitstop pertama saya, haruslah dalam Mudah.My, tempat usha harga dan gambar! Tiba-tiba terjumpa idea apam dots yang tersangat lah comelnyeeeeee!! so, terus terdetik, y not kita cuba kan? Tapi apa yang merisaukan saya, bila tempahan dibuat dengan individu yang tidak dikenali, hanya berhubung secara maya dan sms sahaja:(

Risaunyeeeeeeeeeeeeeeee ( bridezilla )

Sedap ke tak? Bersih ke tak? Gebu macam dalam gambar ke tak?  Jujur ke tak.....adoi ;p

Segan pulak sampaikan, setiap kali berhubung melalui sms dengan akak-akak buat apam ni, saya akan banyak tanya, tapi bukan lebih tanya pasal apam pun, pasal dirinya., hahahaha.

Akak suri rumah ke bekerja  ( ni nak tahu, dia boleh tak bahagi masa kerja dengan buat apam saya nanti.
Duduk dekat mana  ( so that saya tahu, jauh tak pickup point dia  )
Ambik sendri/hantar?  ( nak tengok, mesra pelanggan ke tak )

Hhihihi, boleh macam tu? Padahal selama survey, diorang tak jauh mana pun, area-area Kuantan jugak.Tapi perasaan ragu-ragu oder online ni, macam.....peh pehh, susahnya nak describe! dah la tak ada testimoni, Admin Mudah.My, sila naik tarafkan website anda.

Kalau nak oder dengan akak ofis ni, dia biasa buat makan-makan sikit-sikit je, Tak berani nak buat banyak-banyak. Dengan kerja hakiki lagi...anak-anak lagi, tak terkejar nak buat ( katanya )

Pasrah.-_____-"  ( padahal apam dia sedap gebu molek! )

Jadinya, bagi sesiapa yang punya contact akak apam dots ( anda dah pernah rasa ) boleh email kan kepada saya,

syakilla.purple@gmail.com 

Kenapa panggil akak apam, ( sebab kita rase kite muda lagi.....hhuehuehuee, boleh gitu? eh tak pon, sebab bila sms dekat number-number dalam mudah tu, mesti diorg gelarkan diri diorang akak, comel tak? comel tak? cakap COMEL CEPAT. tak nak bagi apam nanti! :)

Sukaaaaaaa!!!!!

7 comments:

Diyana said...

saya pun mula2 nak bg apam dot2 as doorgift...
tp mak saya ttbe xnak sbb dia kata nnti takut xtahan lama...
sob2

Rahmah said...

cik ade order apam masa tunang hari tu..kat k.l la tapinya...xsure akk apam le anta x kat sane...nk cik mah tnyer ke??nk brp bnyak?? :)

Dalila dalila said...

hye awk..this is juz an opinion..apam polka dot tu thn lama x? coz it happend to my FIL dorg buat apam polka dpt apam tu on the night before kenduri which is around 12 midnight..ms tu apam tu br masak..and then the day after kenduri dh berkulat..im not sure whether dia berkulat sbb berkuap lepas msk msuk plastik trus or dia mmg spesis cpt berkulat..awk boleh kot tny dgn penjual jangka hayat apam tu...

Qiela said...

xpe, cari yg dekat2 tau. ambik 2 hari sebelum ke? boleh kot. sy ade tanye, berapa lama tahan apam tu, dia kata kalau suhu bilik 2-3 hari jugak, kalau letak dlm peti ais, seminggu tahan!

Qiela said...

cik mah,

tkasih, tapi kite xnk jauh2 la, susah cikit :) biarlah dekat ktn je, senang nak self pickup :)

Qiela said...

dear, tkasih.

saya ada tanya berapa lama ketahanan apam tu, dia kata kalau suhu bilik 2-3 hari jugak, tapi kalau letak dalam peti ais, seminggu.

Allahualam, tapi sy akan tetap tanya...berapa lama ketahanan apam tu :)

thankyouuuuu awak!

Boo said...

apam yang sedap dan menarik!
aaa sukanya...