Follow Qiela :)

Nikah Di Masjid


Sebagai contoh senario perlanggaran adab yang belaku apabila akad nikah di masjid:

- Tidak menjaga aurat. Tetamu wanita tidak menutup aurat dengan sempurna. Yang wanita nampak rambut dengan hanya menyangkt selendang, bertudung tetapi pakaian ketat dsb..

** inshaAllah akan saya cuba ingatkan para tetamu saya kelak. 

- Jika akad dilakukan selepas isya, ada yang lebih rela lepak di tangga masjid daripada sama-sama berjemaah. (tapi jika bermusafir tidak mengapa la kerana kita anggap sudah di himpunkan).
** Mungkin akad kami pada waktu pagi! 

- Wanita yang di dalam haid turut sama duduk di dalam masjid. 
** Ini mungkin perkara yang agak menyedihkan saya, jika teman terbaik saya sedang uzur! :( SOBS. 

- Berbuat bising dalam masjid. 
** InshaAllah...

----------------------------------------------------------------------

Sebaik mungkinnya, saya teringin sangat untuk bernikah di Masjid Negeri, tetapi disebabkan terdapat kekangan pada pemilihan tarikh bernikah, dan terdapat masalah dalam percaturan waktu...saya pasrah. Malahan tak punya persetujuan daripada M, dia kata nanti kelam kabut! :) bimbang silap-silap dua kali lafaz!

hahahahaa. ok awak funny sayang :) 

saya ter'paksa matikan hasrat. 
tapi fikir positif...mungkin masa yang ada berlebih, saya boleh buat rehersal, cuba kemas yang mana patut di dewan nanti, dan cuba gunakan masa sebaik mungkin! :) YEAY!!

- outdoor photoshoot,
- kemas dewan,
- quality time bersama kawan-kawan yang jauh. Farah Noted. 
- atau celebrate birthday M ( oh ya, saya bernikah semasa hari jadinya ) 


# dalam angan-angan, 


Soon.. ... ..


Antara adab-adab di masjid:

MEMASUKI MASJID:

1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu" 
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih" 
3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid ).

Di DALAM MASJID:

1. Duduk menghadap Qiblat. 
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya. 
3. Sentiasa menyebut nama Allah. 
4. Menghadirkan Ahhala dalam hati. 
5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia. 
6. Jauhi dari menghina Islam. 
7. Bezikir dengan suara perlahan.

HENDAK KELUAR MASJID:

1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar. 
2. Berniat untuk datang kembali. 
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk". 
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

** Namun ini adalah sebahagian adab yang perlu dijaga. Namun tidak la semua adab tersebut jika dilanggar boleh membawa kepada dosa.



mudah-mudahan saya bukan salah satu daripada golongan diatas .
Nauzubillah... 

No comments: