Follow Qiela :)

Majlis kami serentak!!

Sebenarnya ini sesuatu yang sudah lama patut dibincangkan, mungkin sebelum saya + M membuat keputusan  untuk bersanding serentak. Sebelum mak+ayah M bersetuju dan juga, sebelum perkenankan kepada ibu bapa saya.

Seperti pasangan lain, idea bersanding serentak ini, jujur dikatakan...kalau nak diikutkan pemikiran kolot dan kampung ni dan akal setakat sejengkal dua ini....

"............isk, takdak duit gamaknya......!!
pedas bukan.....begitulah rasanya pedas hati jika mendengar.....

Aaaaa, seram!!tapi bila telah ditolak tambah, difikirkan akal logiknya, bukan tak best sangat punnn! 


Pada mulanya, saya memang membangkang keras sekerasnya pasal ini, isu ini...bersanding sekali ???? *&^%$#@!  TAKNAK!! tapi setelah dipujuk berkali-kali, kawan-kawan pun semua 'jek' suruh buat sekali....betterhalf pun beria sangat pancing,

kalau kita buat sekali, kita boleh pergi honeymoon tempat best-best........."

Ok, noted! setuju tanpa sebarang prejudis. HAHAHHAA. 

Itu mungkin beberapa sebab yang boleh buat saya bersetuju, tapi sebaliknya....dan sebenarnya terdapat banyak perkara dan sebab yang sepatutnya membolehkan saya lebih daripada setuju dan tak sepatutnya perlu dipujuk. 

Jadi kami berdua telah sepakat dan telah bersetuju. Antara sebab-sebabnya, mari saya kongsikan sedikit...

1. Keluarga besar M kebanyakannya di Temerloh, Pahang, majoritinya disana. Apatah lagi M bekerja di sana, sudah hampir 3tahun lamanya. ye..kami LDR selama ini... sentap* jadi, kami hanya mampu memudahkan perjalanan. Sementara keluarga dia menetap disini, jadi agak kos bila difikirkan, pada hari sanding saya..keluarga di Temerloh kena datang, dan bila majlis bertandang, terpaksa datang lagi sekali. Walaupun tak berapa jauh, tapi...makan 2-3jam juga! 

2. Sama juga seperti sebab pertama, keluarga besar saya majoriti di Perak, jauh bukan. hampir 6-7 jam untuk sampai di Kuantan,saya ada bagitahu betterhalf.....kalau diorang tak dapat datang pun, saya tak kisah. faham, jauh bukan......." tapi pandangan M berbeza..Kita mampu mengubahnya..... haish. susah bukan. ada keluarga ramai di perantauan. Bukan merungut ni tau.......

3. Kami punya mutual friends yang ramai! telah dititik beratkan seawal hubungan kami lagi.....kawan saya, kawan M, kawan M adalah kawan saya jugak. Jadi kebanyakan kawan yang kami jumpa dan minta pendapat.....cakap nak sanding sekali, terus bersorak.....

'Mujor la korang sanding sekali, kalau tak aku tak tahu nak pergi majlis mana satu. kalau aku pergi rumah M je, mesti dia kejar aku.......!! " (sambil muncung-muncung mulut ke arah saya ) HAHAHAHA. 

4. Menjimatkan KOS, dari segi kos catering, baju sanding, makeup, PhotoG, jumlah goodies dan perbelanjaan luar jangka.  Percaya atau tidak, menjimatkan masa juga! Tapi setelah ditimbang kira, sebenarnya....tidak menjimatkan sangat. Konsep dua kenduri masih sama....jemputan juga sama jika dibuat sekali mahupun dua. Tapi atas para pengantin lah....kalau jemputan cuma 500 untuk kedua belah pihak, itu mungkin sangat sangat jimat, tetapi kalau macam saya...Gulp!

5. Keluarga bersetuju dan menerima dengan baik, restu dan persetujuan  tu yang paling penting dalam setiap perancangan dan keputusan, bukan?

5. Di awal perancangan, tempat majlis saya adalah di XXX, sedikit luar biasa. Alhamdulillah, telah selesai booking, dan berbincang dangan keluarga walaupun tarikh terpaksa ditunda kerana penuh!!!! SEDIH! Dan di awal perbincangan, Majlis M hanya dirumahnya pada keesokan harinya.....saya fikir, senang buat selang sehari, sebab keluarga jauh-jauh.Dan kawan-kawan M di Temerloh jauh.  Tapi silap....masa keluar dengan M, M buat muka kesian, cerita balik perbualan dia dengan kawan-kawan pejabatnya di Temerloh, 

M : Majlis perempuan dekat XXX,saja malas nak buat dekat rumah dia...kat situ macam seronok sikit. blablablaa..ada tu....blablaabla ada ni.....

Kawan M : Oh, yeke! bestlah! aku nak pergi belah perempuan lah....

M : dah tu belah aku? 

Kawan M : Rumah dah biasa sangat dah pergi.....Tak pergi pun tak apa.


Kesian M, dia cerita dengan kasihan dan nada sentap. saya mampu gelak je. Sambil kembag-kembang hidung.


M : ".........Mesti kat rumah saya tak ramai, lauk mesti banyak tak habis....rugi.."suara hampa gila! hahahaa...kesian M!

Mana mungkin, belah saya dan belah M ditempat yang sama dan bezanya cuma selang sehari, Kos sewa pun dah berapa, eee, tak mampuuuu....Jadi, kami sebulat suara bersetuju untuk bersanding sekali dan serentak. 


Dan semoga perkongsian ini dapat membantu, walau hanya serangkap kata, :)
Terima kasih. 

2 comments:

Mawar Fadzil said...

i think you're super smart. serentak je senang, get it over and done with. tak payah keluar duit dua kali, tak payah penah dua kali.

im doing the same jugak, high five! :)

Qiela said...

HIGH FIVE!!