Follow Qiela :)

Kos Baju Nikah

Hai, dan Assalamualaikum.....

Apa khabar semua brides to be, siapa yang bakal berkahwin pada minggu ini atau minggu depan ataupun sudah selesai pada minggu lepas, 

Tahniah!!! daripada saya!
:)

Sesungguhnya, bagi siapa yang sudah lepas....perkara paling besar dalam hidup kamu sudah terlepas, tetapi jangan terlupa bahawa tanggung jawab besar sudah pun bermula. Secara JUJUR-nya, saya juga tidak sabar untuk melunaskan semuanya sekarang! Tidak sabar mahu duduk diam sambil tersenyum dan hanya fikirkan tentang masa depan, tentang anak, tentang kerjaya kami berdua. ehem.. hehehe. 

Sekarang tak boleh berserah semata-mata, soal pelamin, baju, catering, makeup semuanya sekali perlu difikirkan sehabis mungkin! Ditapis berkali-kali, Ya Allah, mudah-mudahan dipermudahkan.

Bukan senang nak kahwin yaaaa....

Berbalik kepada tajuk, mengenai perihal baju nikah... kepada semua brides pasti tidak terlepas dalam dilema memilih design baju nikah, yang sewa dengan butik..... Alhamdulillah mungkin itu yang paling mudah...tetapi bagi saya yang memilih untuk merekanya sendiri....itu bukan perkara yang paling mudah. 

kepada sesiapa yang memikirkan buat sendri adalah murah, sesungguhnya saya ingatkan....fikiran anda itu SALAH. Cuba lihat perkiraan mudah saya...mungkin berbeza bagi sesetengah brides. 

Sewa baju nikah P - RM300.00 ( berbeza mengikut daerah, mungkin ;p )
Sewa baju nikah L+P - RM600.00, ( main-main harga dapat la 500.00 )

Beli kain Baju Melayu - RM9.00 x 4m = RM36.00 
Sampin Songket - RM30.00
Upah Jahit - RM110.00 ( mungkin berbeza, tunang nekad untuk menhantar ke Robinson's, kerana kagum akan hasil jahitannya seperti baju raya beliau sebelum ini )

All Include : RM 176.00

Beli kain Chiffon - RM5 x 7m = RM35.00
Beli kain untuk lining - RM5 x 7m = RM35.00
Chiffon untuk veil - RM20.00 ( include jahit tepi, border )
Tudung - RM10.00
Upah jahit - RM150.00 ( Mungkin berbeza, untuk baju nikah..saya memilih untuk hantar ke kedai agak bagus, tak perlu saya bimbangkan tentang kualiti )

All Include : RM250.00

Grand TOTAL : RM 426.00

Lihat sahaja berapa banyak saya habiskan disitu, SOBS! beza menyewa dan design sendiri hanya kamu tak perlu memulangkan kepada butik, dengan harga yang sudah kamu habiskan itu ;p

oh, berbalik kepada perihal baju nikah saya. 

Saya memilih untuk menggunakan chiffon yang hanya dibeli di deretan kedai di Kuantan ini, bukan di Kamdar, Alamoda atau jauh sekali kedai-kedai gah di Malaysia ini....Cuma mungkin kain tunang saya sedikit mahal, kerana dibeli semasa berada di Semua House, KL...

Sebenarnya pemilihan chiffon agak rumit, kerana terpaksa membeli kain untuk lining...dekat situ dah double cost.. tapi terpaksa kerana mahukan design lebih moden, pada mulanya saya hanya mahukan potongan baju kurung moden menggunakan satin yang tak perlu ber'lining, mudah dan tak perlu berhabis banyak, tetapi fitrah perempuan yang sentiasa inginkan berkeadaan cantik lebih-lebih lagi di hari bahagia, saya tutup mata sahaja ketika membayar dan pekak-kan telinga sahaja apabila mendengar tailor memberitahu kos upahnya. 

okey, tetapkan target kumpul RM1.00 sehari!

Pada mulanya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa terjatuh cintanya saya pada dress ini, 


bila pertama kali tengok, terus terdetik...Ya, yang ini! pasti.....copy-paste dekat word, print out dan terussss berdesup bawa kain ke tailor.....tunjuk sikit itu ini, 

Bolehlah, tailor yang sangat berkaliber :) upah pun sangat berkaliber mungkin. ;p


hasil sketch beliau ;p

Setelah menetapkan tarikh pengambilan, saya awalkan sebulan setengah sebelum nikah bagi memudahkan untuk persediaan patch lace dan beadings semua, sementelaah menunggu dengan penuh debar.....

tiba-tiba,

Saya terjumpa satu gambar yang sangat menarik minat saya yang teramat sangat, jadinya dress itu sudah tidak berada di hati lagi....saya sangat jatuhhhh cinta!

Makanya, bergegas saya semula ke tailor berkenaan dan menunjukkan design terbaru yang bertakhta di hati saya, Alhamdulillah dia boleh buat, tapi kena bebel sedikit lah. Pot Pet Pot Pet....
hahahahaha. 

Dan sekarang saya bernekad untuk tidak melihat mana-mana design baju nikah atau dress, tidak akan google images, berpesan kepada kawan-kawan supaya tidak menunjukkan potongan dress dan tidak memuji baju nikah kawan-kawan yang lain di hadapan saya. 

gila keji.

Okey, tak perlu reveal mungkin untuk baju nikah terbaru saya.... konsep masih sama....flowy itu pasti dan mungkin berbeza SEDIKIT pada design. 

Bersabar ya! 

23 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

hehe mcm2 style nk buat kn.. hehe tak sbr nk lalui semua yg akak lalui skrg.. :)

Qiela said...

akan rasai, kalau boleh tak mahu rasa lagi dah lepasni. :p

are_lin@yu said...

wahh beznya moga dipermudahkan segala urusan..bnda baik tu nak bna masjid;-)

ciksusu said...

robinson mmg best..tempat favret abah kte ;)

Qiela said...

jahitan dia kemas dan puas hati. even mahal :)

Qiela said...

insyaAllah, semoga dipermudahkan. nak buat benda baikkk lagii banyak dugaan sebenarnye!

syaz@rozelt said...

almost 500 jugak eh..nyway mmg chanteq bj tu..hihi

ef said...

bride anta tailor mane ek? ley rekomen?

Qiela said...

cantik kan? yang pakai pun cantik! hihiii...

Qiela said...

hantar dekat tailor cina, butik takdak nama rasanya, tapi kedai serious famous.

give me ur email, ill send u her fon number :)

miszatie said...

hey cntiknye baju purple tuuuu!!!!
lg jatuh ht coz tgk 3D flower tu...T_T

salam dr atie..follow n link u yaaa

Anonymous said...

hi,leh bgtau x tailor kat mane? area mane..email sy plzz...poison_addict86@yahoo.com. die amik brape tempahan tuk baju nikah?

Anonymous said...

Salam..org kuantan ye? Kat mane ye tailor? Blh x email sy moramea@gmail.com tq..

yayabecks said...

salam..boleh bagitau x hntr tailor mane?.. sy b2b jgk..tgk cari tailor ni.. nadiamdkamal@gmail.com

Fardhila Syahira said...

assalamualaikum...sy tgah cari tailor...boleh bgtau nama & no phone tailor...tq fardhila_syahira@yahoo.com.my

Anonymous said...

Salam... boleh tak nak tahu tailor mana? Tq.
juliemashita@yahoo.com.my

amira said...

salam.. boleh taw tailor mana? TQ
myraaziz90@yahoo.com

fara kamarudin said...

saya pun nak nombor tailor ni

tolong send/....


farasrias@gmail.com

Anonymous said...

Sy pn nk lokasi n no phone tailor tu.. azzah.adiris@gmail.com

Sha My heart said...

Costly ek kalau beli sendiri?

Tahun 2015 sewa sepasang baju pengantin L & P = dalam RM700-800. Manakala jika ambil pakej pula RM2000-2500. Saya ambil purata yang murah. Yang lagi mahal pun ada.

Sebab tu, saya rasa nak beli sendiri. Iya la, sepasang RM700-800. Kalau dua pasang untuk kedua-dua pihak sudah RM1400-1600. Itu belum masuk mekap lagi.

Kalau beli sendiri, rasanya lebih murah.

Maaf ye, membebel pula di sini.

nursyazerQ said...

Assalamualaikum sis..boleh minta share no. Tailor kuantan tu? Terima kasih...appreciate sangat

nursyazerQ said...

Ehh..termiss email

syazeney@gmail.com

Umi Farhana Husna said...

Nak no taylor tu .
umifarhana1005@gmail.com