Follow Qiela :)

Inspirasi Baju Nikah.

Assalamualaikum, 

ehem.

lama dah tak cerita panjang-panjang. asik update tutorial dan gambar je. Tak habis-habis wordless. Semalam cuti, aku macam biasa tak boleh la duduk diam bila terkenangkan jumlah di tickers semakin berkurang. susah hati sampai Hospital Besar bergoyang pun, aku tak rasa ;)

4bulan 3 minggu kot -_-"

So, cuti semalam.....aku habiskan masa dengan tawaf satu Kuantan, untuk cari tailor berkaliber dan berwawasan untuk jahit baju nikah aku. Berintergriti mungkin satu bonus. Tak kisah melayu cina atau India sebab aku mengamalkan sikap 1 Malaysia.  

Untuk pengetahuan, aku ni tersalah beli kain nikah....'terbeli' bridal satin dekat Semua House. mmg wtf lah rasanya kan, sebab aku fikir nak match dengan laki....beli lah 10meter, 4 meter untuk laki, 6 meter untuk aku. Gila 'meletups' la dah rasanya sebab sedondon. Konon indipendent bride to be, konon. main tarammm je beli! 

Lepas beli baruuu lah terdump dekat belog-belog ex-bride yang gojes, katanya satin tak cantik buat baju nikah, sebab 

effect berkilat tu. 
panas lah,
berat lah,

Suddenly,  bila pergi Kompleks Teruntum dengan riang gembira, they told me tak boleh buat kain tu flowy kalau kain satin sebab satin ni keras. kalau nak jugak, Pergi kedai, beli la chiffon. boleh flowy seflowy flowynye. 

Okey, pasrah.

Pergi lah ke kedai kain, tanya tokey......nak cari chiffon! Alhamdulillah jumpa warna sedondon, tak pening kepala sangat! 
beli lah 5meter + 2meter, all include = 7meter. SOBS. melayang RM55hinggit. okey, pasrah lagi.

Mulanya pergi ke Bangunan Mara bersebelahan Klinik akak mengandung Jalan Gambut :) Fidland namanya....tunjuk la bermacam-macam pesen gambar, tapi hambar....bila akak tukang kain cakap dia tak pandai pun buat .:( sedih kemain! tapi hantar jugak kain bridal satin, RM9.00 semeter yang beli dekat KL tu,  untuk buat baju kurung moden. takkan nak bazir macam tu je kain tu kan, makanya hantar lah jugak. 

nak design lebih kurang macam ni, 

leher macam ni, taken from LINK

pesen kain nak macam ni, 

akak tu cakap, dik.... macam kain zaman dulu. Saloma selalu pakai. 
hehehe... 

Orang-orang Kuantan mesti akan cakap macam ni, pergi lah hantar dekat Ujies Collection, aku dah call tanya harga semua ends up dia ambik RM210.00, sebab aku punya kain material chiffon.Memang tak lah untuk pengantin-nak -kawen-tapi-takdak-duit macam aku ni kan, jadinya, kita pasrah sepasrah-pasrahnya! 

Jadinya 2nd thoughts, aku bertapak ke Pasar Besar Kuantan, semua pun tahu dekat pasar memang banyakkk sangat kedai tailor, aku pun macam gigih, bawak gambar kain macam ni, 


tanya satu-satu tailor,
akak boleh jahit macam ni, boleh jahiit macam ni?
semua pakat-pakat geleng kepala.
macam orang gila ko tau. tapi aku pasrah,.
pektis make perfect, susah dulu...senang kendian. 

makanya harini berkerja, and aku decide last choice aku akan ke kedai cina hujung blok ofis aku ni... tapi malangnya hari ini aku tak bawak pulak kain nikah aku tu, mmg mahakai. 
jadi pasrah buat kali ke pat ploh lapan. 

anddddd, kalau dah tak ada sangat pilihan. 
aku hantar je dekat Ujies Collecton tu. 
tapi hantar kain je, mesti half price.aci dak?

source : link
source : link
source : link

Mungkinkan akan terjadi......

10 comments:

Nisa Dawi said...

eh, alamak...kite kat ctu...=P
hihihi...

Qiela said...

dahh kredit! hihihi.

CINTA UNTUK KITA said...

cntik semuany.. suka2! :)

Qiela said...

cantik kan? wahhh....*melting*

Lydia said...

kalerr turqoise sgt cntik dear..

Qiela said...

warna terkois mmg cantik!!

SarahSyafiq said...

qiela, sm jugak. baju untuk bertandang igt nak buat dress atau kurung moden jenis kain macam tu. pagi2 la da kuar rumah cari tailor.end up, masih tak jumpa. kata macam tak reti nak buat kain macam tu.

sarahhernyzar said...

kila pegi jumpa kak ujie. dia boleh buat cantek woo. murah dan berbaloi. kat tgkt 2 kompleks teruntum. ni no tepon dia 013-9260502. actually bridal satin tu boleh buat gak baju nikah. macam baju nikah ayu raudhah. xde flowy x pe janji meletops nyah. gugel je baju nikah ayu raudhah dia guna bridal satin. :) gud luck !

Qiela said...

sarah, jom tailor hunting sama-sama, hheee..

Qiela said...

kak ujie mmg cantik hasil baju dia. puas hati kalau hantar! hehe!