Follow Qiela :)

Blacklisted Vendor


Hai, 
sebenarnya tak sepatutnya saya buat entri ini, 
bimbang periuk nasi mereka terkatup rapat.
jadi saya akan rahsiakan nama Butik tersebut. 
seperti sedia tahu, 
kita sebagai B2B yang sudah semestinya kali pertama akan mendirikan rumah tangga, 
kita akan dibelenggu oleh pemilihan vendor untuk 
pelamin, makeup, outfits dan sebagainya.

Masa ini semua janji palsu ditabur, janji manis...
pijak semut pun tak mati.
siapa pernah dengar vendor cakap macam ni...
".......kalau cancel, pihak kami bukan jenis makan duit coustemer, kami akan return depsosit....."
saya yang bodoh-bodoh alag ni pun, terus percaya.
dan letak la deposit sebanyak RMblablabla.

tapi tak semua indah belaka dan bukan semua janji akan ditepati. 
bak kata pepatah, manusia berpegang pada janji, lembu berpaut pada tali.
memang mudah meminta duit orang, dan bukan mudah untuk memulangkan balik.

jadi, 
terbinannya entri ini, saya ingin menasihati kepada B2B diluar sana,
beberapa perkara perlu buat dan tidak perlu. 

1. Do's
Buat research pasal butik tu dulu sebelum pergi jumpa and deal face to face. Cara terbaik adalah, dengan menggunakan rangkaian siber dengan google search atau Yahoo Images. :) melalui FB atau Belog. Cuba buat research sehabis baik, tak rugi. Lebih menguntungkan, InsyaAllah. 

2. Dont's
Pergi melulu dan membabi buta. Jangan berpandukan dengan cakap-cakap mulut ataupun gambar dalam facebook. Mungkin indah khabar dari rupa. Tanya pemilik melalui telefon terlebih dahulu. atau pun email'kan sahaja. 

3. Do's
Buat perjanjian ringkas dahulu, tanya dulu. kalau tak jadi..deposit boleh return atau tidak. kalau dia sekerasnya kata tidak boleh, bukan maknanya anda perlu banned butik itu, tetapi fikir dahulu sebelum bayar. adakah betul anda perlu mengambil khidmatnya atau perlu buat penyelidikan terlebih dahulu.

4. Dont's
Bayar tergopoh gapah, pastikan tanya dulu...Boleh tak bayar sedikit dahulu. Pujuk kalau tak boleh, kadang-kadang boleh, tapi Butik Tunang saya dulu tak boleh, sekerasnya mengatakan harga itu. Tapi pasrah, sebab mekap dia cantik meletops. Perasan ;p

5. Do's
Semak resit terlebih dahulu, tengok dekat bawah ada tak tulisan kecik halus tu, memang cara dia dah tulis kecil jeeee. Kepentingan peribadi memang seeloknya deerikan dengan cara yang paling halus, tetapi berbisa ;p

*Deposit tidak akan dipulangkan*

6. Dont's
Terus bayar sebelum buat perbandingan harga, untuk pengetahuan...kebanyakan butik menyediakan khidmat yang berbeza, hasil yang berlainan dan cara mereka entertain pelanggan pun dengan cara mereka sendiri. 

Memang zahirnya, mereka punya pengalaman dalam sektor itu, tetapi perlu kita ingat..lain orang lain caranya. 

ada yang okey dan ada yang okey.

yang okey, bila vendor ikut had pendapatan dan selera pelanggan dan yang KO adalah butik yang syok sendiri. Pelamin sangkut-sangkut pun, harga ribu riban. :) 

7. Do's
Pergi berdua dan bukan seorang diri. senang nak tanya pendapat seorang lagi. Pergi dengan mak ke, kakak ke, atau Besfriends lebih baik!! Lagipun boleh buat-buat nak cepat sebab kawan ada hal lain. hehehe. mak nak pergi tandas ke :)

8. Donts
Pergi dengan tunang/pakwe. Diorang tak akan dapat bagi jawapan yang meyakinkan. Tidak akan lari dari buat muka membosankan dan tak habis-habis tengok jam sambil menjeling. :)

9. Do's
Pastikan apa yang dijanjikan atau diperkatakan itu benar, bukannya sekadar kata-kata kosong. Lihat album gambar dan pastikan gambar itu betul milik butik dan bukannya diambil di tempat lain.

10. Dont's
Percaya 100% kepada vendor. Mereka juga perlu cari makan lebih, seperti kita juga. Dan kadang-kadang akan terpalit dengan janji sendiri dan kadang lidah terbelit menutur janji. Mereka juga manusia...seperti kita.

18 comments:

SarahSyafiq said...

wah, risau jugak ni tiba-tiba.dah bayar separuh harga kt butik.hope everything ok.

suka point #8.sgt betul!baik pergi dgn orang yang boleh bagi idea sekali.

miszatie said...

mak aihhh..bley pengsan camni...cr rezeki cara x halal..aiyooo..insyaallah x jd mcm ni

Qiela said...

bestfriend paling sesuai..!!

Qiela said...

InsyaAllah, hati2 jelah dear. Buat research betul2.

Nisa Dawi said...

setuju betul pergi dengan kawan..jangan pergi dengan tunang...tak membantu..kadang2 tu, hanya jawab..'ha..okey dah tu..'huhuhu...

Qiela said...

tau xpe!! heheheee....

ciksusu said...

kena hati2 selalu ni!
lepas kawen pon boleh praktik kot2 nak renovate rumah ke kan :p

Qiela said...

betul....mungkin berguna :)

Mawar Fadzil said...

8. Donts
Pergi dengan tunang/pakwe. Diorang tak akan dapat bagi jawapan yang meyakinkan. Tidak akan lari dari buat muka membosankan dan tak habis-habis tengok jam sambil menjeling. :)


HAHAHAHAHA I LIKE THIS ONE!!! setuju sgt2!! hehe

Izyan Mukhtar said...

Alahai..takot la plak, sebab yan pakat main tempah je..dah tengok design dia cantik kt PPM aritu..hoefully semuanya okey.. #mode risau sebab dh bayar 1/3 for deposit.. (#_#)

Qiela said...

mengikut pengalaman :)

Qiela said...

its okey, tak perlu banned :) mungkin ilihan tu yg terbaik. mungkin :)

sarah said...

mention la nama butik, senang nak blaclisted. Butik macam ni, x profesional and shud not perfom.

Qiela said...

sarah,

nanti ye. bila dah betul benar dia x profesional, baru saya mention.

tunggguu,,,

AnA~ said...

Sepatutnya letak nama butik, senang nak blacklist. Butik dia dekat mana?

WawaWani said...

Isk, menakutkan je semua ni.. mintak-mintak butik yang i deal sekarang tak macam ni.

Qiela said...

tak perlu tahu lagi kot :)perhaps one day.

Qiela said...

its okey, semua butik sebenarnye okey, certain part je. :)