Follow Qiela :)

Sayang Followers

Pejam celik, jumlah followers meningkat...walaupun perlahan peningkatannya..tapi tetap bersyukur *senyum*,terhasilnya belog ini, hanya dengan niat untuk dijadikan sebagai perkongsian, carian idea dan maklumat. Tak lebih daripada itu..mencari musuh jauh sekali..... ( harapkan nuffnang, tak bergerak walau sesen pun ) hahahaha. 

Terima kasih kepada kesemua Satu Ratus Dua Puluh Lapan ( 128 ) followers, InsyaAllah tak akan hampakan semua dengan cara menghapdet belog ini dengan kerap! :)

Pejam celik jugak, March sudah hampir melabuhkan tirainya, kepada nak bertunang/berkahwin pada bulan April, mesti berdebarrrr kan! hahaha. 

Okey, berbalik kepada cerita sendiri pula, tengok wedding tickers..terpelik sendiri..kenapa jumlah hari semakin berkurang? 

5months - 4days - until Our Wedding Days. 

hahahahaa..

Ya Allah, cepatnya masa...rasa penat bertunang pun belum hilang....rasa bau bunga rampai dalam bilik pun, masih ada lagi. *kantoi belum buang*

InsyaAllah, Majlis pernikahan kami akan diadakan pada 31-Ogos-2012 dan majlis persandingan akan dilakukan serentak lelaki dan perempuan pada 01-Sept-2012, No bertandang.

Alhamdulillah, diperkenankan oleh kedua-dua keluarga. Walaupun abah sikit-sikit pujuk suruh buat dirumah dan bukannya di dewan.

Mana boleh, deposit dah bayar* alasan. hiks.

Sekarang debaran belum rasa, cuma adernalin bergetar terkadang sepintas lalu, 
tu pun, kalau ada kenalan datang menjerkah....
woii, ape cerita...goodies dah setel ke belum?? 

dan terkadang datang saudara menegur,
dah tak lama, macam mana persiapan...

Bergetar-getar jantung dibuatnya, sebab aku belum mula apa-apa lagi....apatah lagi Encik Tunang dekat sana. Tapi InsyaAallah, harapan dan doa kalian aku perlukan. Amin. 

Tak pandai nak mula cheklist-siap kena strikethrough ni.....mungkin perlu bila masa akan datang. Rasa stress bila mula semak cheklist....tapi lebih banyak Undone daripada Done :) SUMPAH STRESS!

Hahahahaa, mungkin bulan depan dah perlu mula memandangkan bulan ni..bajet lari sikit rentetan daripada majlis bertunang kami awal bulan March baru ni....:)

Okey..doakan yang baik-baik untuk kalian semua.
Bye!




Taken From Eksotik Collections,
InsyaAllah will be my upcoming MUA


" Tips Hariini : Sebaikbaiknya anda perlu menempah kad kahwin 2 BULAN sebelum tarikh perkhawinan, kerana proses percetakan mengambil masa 2-3 minggu, dan masa selebihnya digunakan untuk edaran kad kepada tetamu/saudara mara........."

6 comments:

choclairissa @ intan marliana said...

hehe same2...(dari follower u) :)

Qiela said...

thankyou dear...:)

are_lin@yu said...

ayu pun follow sini jgk..hihi..;-)

Qiela said...

terima kasih are_lin@yu, wah..semangat ni nak thanks sorang2 :)

SarahSyafiq said...

Qiela, date kita sama.sob sob x dapat tgk qiela kawen t.

Qiela said...

sama ke? kebetulan sungguh. hehehe...