Follow Qiela :)

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. 

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. 

- Bernama



** well, terpaksa lah renovate rumah && tambah budget untuk katering && kanopi.  pffhh!

9 comments:

sarahhernyzar said...

sara nikah di umah sajo :p
depan umah ada masjid.
budget budget budget.. *pening*

syakila_purple said...

budget kan...anyway, sara duk mana ni?

NaZim-Zie said...

owhhhh...baru plan nak nikah kat masjid aje nnt...betul 2..budget..budget...

BLuRpL3 said...

oo mcm tu ke? first time dengar..huhu..insyaAllah buat kat umah je kot.hehe

tq 4 sharing =)

xi da ya said...

eh,xtau pulak..
mgm tgh pening nk wat kt msjid or umah.
tp dh bace ni,mybe wat kt umah la..thanx for sharing!:)

syakila_purple said...

most welcome :)

dhiera said...

kite pernah tahu pasal ni. pernah baca la..

samada boleh ke x kite tak pasti. yang pasti, soalan ni memang kita akan tanye masa pergi kursus kahwin nanti.

rumah kite depan masjid tapi mungkin akan buat dekat masjid sebab tok kadi prefer pergi masjid instead of datang rumah.

syakila_purple said...

dhiera : Betul, ini cuma kata ahli majlis fatwa kan..nak yang tepat dan sahih, baiklah bertanya...x sesat jalan. sya pun nk tanya jugak nnti k:)

sarahmeay.snm said...

Betul ke?
Bukan orang cakap lagi bagus?
Alaaa. Konfiusnya!
:(
Btw, thanks syakila!

misiduapuluhdisember2012.blogspot.com
sarahmeayisgettingmarryon2012@gmail.com