Follow Qiela :)

Langsir

Aku semangat nak pergi Kamdar, pasai makcik-makcik kat office ni semua duk cerita pasal Kamdar ada promotion raya, aku just like.....

' ....... promotion raya?? raya ape tengah-tengah megak ni?
aku pun gigih duk call betterhalf pi Kamdar, membebel sekali dia....sebab dia tengah busy tolong mak dia cat pagar. preparation adik dia kawin. hhhheee...tapi aku tetap nak pergi. aku pun tak tau kenapa...mungkin sebab aku ada duit kot. pantang ada...


dan mungkin reason paling molek dan baik adalah ni kot.


Betterhalf punya geli nak masuk Kamdar, dia dah standby awal-awal laptop. dia nak online dalam kereta  taknak teman aku masuk Kamdar, sebagai awek yang sangat respect kehendak beliau....aku pun berlalu pergi membawa hati yang dah barai....hahaha. makan hati aku dengan laki aku ni... dia boleh tergamak duakan aku dengan laptop tu. memang sakit jiwa.
Aku terus ubat hati yang luka dengan menapak pi tempat promotion. aku duk gigih jugak la cari kain langsir putih mulus konon nak ade effect sesuci murni. Nyudahnya yang sale cuma putih cream ala-ala macam putih susu masam. hhhhe. aku punya plan nak beli bermeter-meter..nyudahnya yang tinggal cuma 8-meter. ferasttttt u kno! aku pun bolot la semua...tak tinggal seinci pun. entah muat ke tak nak cover dinding umah aku tu.



RM4.00 per meter. kain cantik jugak, ada line-line macam ada effect mewah gitu... aku next month nak pergi KL, nak borong kain lain-lain lagi. asal aku jumpa lagi murah dari Kamdar Kuantan..memang aku boikot Kamdar Kuantan setahun beb. setahun! sekarang kain memang tengah relax je dalam kereta, aku tak letak dalam boot kereta, takut warna susu masam bertambah masam. hahah. aku tak bagi sapa-sapa sentuh. takut hilang seri. bukan ape simpan lama-lama...sebab aku tak ukur lagi dinding rumah aku tu, berapa meter tinggi dia. hahaha. malam ni kot.


InsyaAllah.

1 comment:

farahD said...

Singgah tgk B2B pahang...nice infor hehe Good Luck in prep. =D