Follow Qiela :)

Jumaat penghulu segala hari.



Harini aku lambat, sikit lagi dah nak masuk kategori lambat, 8:59am wehhh punch card. ni sebab kes terlajak lah ni, bukannya aku tak bangun, ni kes..bangun pastu tidur balik lah ni. hheee....kadang-kadang terfikir jugak, boleh ke keadaan aku macam NI nak manage satu family SENDIRI, bukan family orang lain. hahaha..lawak weh. tapi betterhalf pun jenis suka tidur and malas-malas jugak...so...aku rasa aku kena speed recovery masalah aku ni, sebelum terlambat.

sebab orang cakap...kalau pasangan kita macam tu, kita kenalah macam ni. tak boleh sama-sama. nanti tak bergerak institusi kekeluargaan.
cewah!

sampai office pukul 8, aku call betterhalf ...before this just wish dekat sms je, but today takdak orang..aku guna phone office...baru je ringing in a sec..then dia jawab terus....

" syg...syg... nak cepat. dah lambat...nanti cakap k......

tuuuttttttt, terus letak .... nak marah pun tak jadi. hahahaha. Today betterhalf balik, every week is curical...sebab every week betterhalf spend banyak sangat just untuk balik Kuantan je :( duit. minyak + tol + makan :( bila lah agaknya dia dapat pindah Kuantan, macam mana nak menyimpan kan. I selalu pesan, kalau takdak apa, tak payah balik ( dalam hati siapa tahuuuu ) and he's always make my heart melting.....

" mana boleh tak balik, buah hati ada dekat sini........

hhhehe :shy shy shy:

Okey, as for u yang asyik buat hati i melting macam cheese dalam oven, harini i nak buat favorite betterhalf iaitu......


Bluberry Cheese Tart!

Aku lansung  tak tahu betterhalf suka makan cistat sampai la bila mana i make ittt by myself! hhheee, laju je dia makan...kalau aku tahu...aku buat banyak -banyak sebab rugi buat sikit-sikit, penatnye sama je :)

nak tahu resepinya ? just google it, ada banyakkk sangat macam-macam jenis cara. sebab kalau ikut resepi aku, cincai je... semua guna segera. aku tengok sebelum ni betterhalf selera je makan, so....memang lepas-lepasni pun aku tetap guna yang segera-segera, jimat masa sikit. tak payah nak ukur-ukur tak payah nak timbang-timbang. buang banyak masa. kata suri rumah moden. hhheee...

petang karang, aku pegi kedai baking, aku gi memborong...memang tebuntang la betterhalf malam ni aku longgokkkan cistat ni depan dia. hahahaha, tak sabarrr weh!

".....................nak buat, dengan penuh kasih sayang :)

No comments: