Follow Qiela :)

Hello Bluebirds!

Selamat Pagi semua.

Pagini aku masuk lambat pasai aku gi Hospital Besar ***** as u kno...memang crowded...aku memang dari duluuuu lagi alergic nak pi Hospital Besar tu, sebab memang ramai rakyat kat situ. Pergi pagi pun...memang petang lah balik. Pergi petang, pagi esok la ko datang balik. betul tak? Siapa yang faham perasaan aku ni, tolong lah, sebab memang aku frusttt sangat deal dengan Hospital Kerajaan ni. :(

Alkisahnya, aku tak jadi pun pergi..aku duk pot pet pot pet dekat Medical Assistant...dia tanya,

MA : sakit ape dik? ( noted 'dik' ) heheeee...
gatal-gatal Encik....
MA : kat mana?
kaki?
MA : tengok?
dalam hati ( aduhhh! takkan nak selak kot, bulu kaki belum trim ni...)
dekat sini.....sambil tunjuk2 gaya je tanpa selak..
MA : yelah, dekat mana? cuba tengok...teruk tak?
aku give up, elok-elok gatal dekat betis, aku tunjuk dekat lengan je. nyudahnye. hahaha. dah kat lengan takdak ape kan, dia cakap tak teruk pun, takdak ape ni...so sila pergi Klinik Pesakit Luar dekat Bukit Sekilau. aku ni macam..............sabojelah banyak2 kila oii...hahahaa...

aku terus start kereta, balik opis terus...serius buang banyak masa yang amat sangat. sebab aku bukan sakit tenat pun, alergic kulit je. baik pergi pharmacy, bagi duit dapat ubat. huh.

On my way balik opis, aku baru teringat semalam FMIL bagi kain pasang untuk pakai masa wedding adik Betterhalf dekat Kelantan, aku lupa nak snap gambar sebab masa rasa macam cepat gila semalam. tapi lepas aku google-google, ada lah warna iras-iras.

bosan kan kalau cerita takdak gambar, so aku gigih jugak google.


source : google
 macam nilah! cuma aku punya ada bunga-bunga.dia ni macam batik conteng je. tapi colour....almost.

mula-mula aku ni plan nak pergi Kamdar dengan betterhalf...nak beli Langsir and tengok-tengok kain lace. aku nak beli about per-meter je...sebab nak tambah-tambah dekat lengan baju tunang.( besar hajat kan? macam pandai )

baru je turun kereta, mak betterhalf iaitu FMIL ( future mother in law ) aku call betterhalf, gedebukgedabak, dia cakap....' ha, cakap lah ngan kila cakap ngan kila...'

aku punya seram, macam malaikat mungkar dan nagkir nak soal siasat. aku tekup telinga terus sorok muka. aku taknak cakap! HAHAHAHAHA. whatthe -_____-" aku terus turun tinggal betterhalf dalam kereta, belum sempat aku nak jelajah Kamdar, betterhalf dah ajak aku pi Alamoda..mak dia tunggu aku. aku macam......apa????!! macam ni....????!!

bukan ape, aku nak bagitau rahsia...selama aku pi jumpa mak betterhalf....aku pakai tudung.....tapi masa aku ngan betterhalf..kejap on kejap off..macam tulah lebih kurangnya. kena pulak hari semalam adalah hari off aku, aku pun macam...adoi adoi... harap baju je pakai lengan panjang, tapi tudung, nan addddo!! pppfh!

aku punya gigil, betterhalf pulak paksa-paksa aku bagai nak rak, aku puas merajuk pun dia still nonong je jalan pergi Alamdoda. at the time sampai...aku dah nampak ayah betterhalf....aku terus jeritttttt!

aku taknak jumpaaaaaa. hahahaha...

betterhalf pandai tenangkan aku, so dari taknak-taknak aku...aku sedar-sedar dah ada depan Alamoda..tapi kaki krem nak masuk.....nampak pulak mak dia tengah pilih-pilih kain....aku terus tergamam. hahaa..time ni lah betterhalf wat taik dekat aku, dia tinggal aku bodoh je..aku pun takdak haluan aku ikut jugak dengan togel-togel aku ni. hahahhaaa..

sebenarnya, mak betterhalf quit nice. at the time aku salam dia..dia macam terus excited bawak aku pergi kain yang dia suka tu. terus dia macam tak nampak yang bakal 'hantu' dia ni tengah free hair.. hahaha..terus dia tanya, okey tak? okey tak? hheee...sayangggg mak!

aku pun belagak cool jelah, macam aku ni tengan pakai tudung. uhuk.

Daripada aku takut-takut jumpa mak betterhalf, hilang terus...siap pi Robinson hantar Baju Melayu Betterhalf dengan Ayah dia...pastu pergi Kuantan Parade cri cincin. rasa gerun tu macam hilang, tapi aku still malu. yelah....dia kenal aku sebagai seorang yang bertudung,. hahaha..

warna baju Betterhalf, and...jeng jeng jengggg...hhe, takley kasitau lagi.

Dalam kereta aku cakap dekat betterhalf, "........mesti mak awak bebel-bebel kat ayah awak kan, apalah kila tu...tak pakai tudung, nak sangat jadi menantu aku........"

and betterhalf, macam biasa.
gelak yang paling menyakitkan hati.

No comments: