Follow Qiela :)

All about Cincin

Bridezilla Mode is now ON.

Semalam auntie I dekat Semenyih ask me,

" Hang dah beli belum cincin belah rotan? cincin mata? rantai basikal semua?

........belum ateh, awat...? nak seponsar ka? ( nada tu penting )

" ha..ni ateh nak bagitau....kalau nak murah..pi kat kawan ateh. memang confirm dapat murah semurah-murahnya! dari mak ni makcik tu...semuaaa pi beli kat dia.

......wah, meriah noks.

" ye, memang meriah! makndak beli untuk tunang anak dia 2 bentuk..murah tau. sebab 'geng' punya pasai.

.......yeke, kat mana tu.

" Kat Perak.

........heheee, ateh...kakak kat Kuantan ni, saja bagitau...takut ateh lupa.

" yelah, balik lah Perak!

*     *     *

Tulah masalah nye sekarang, orang tak paham kite nak cut cost sana...potong cost sini....ada ke patut makcik aku suh pi menapak kat Perak semata-mata nk beli cincin. gaya cerita memang murah, memang leh wat tegoda, tapi...cost pergi sana... :(  pergi saja dah RM200, kalau pergi balik? tu pun just minyak & tol, uhuk :(

cool, taknak pening-pening.

ni ada tips untuk all B2B yang tengah syok cari cincin,


Panduan Untuk Membeli Cincin

1. Tips paling penting yang aku belajar!Ambil tahu naik turun harga emas.Yang ni aku pun tak sure nak rujuk mana tapi tanya aje lah mana2 kedai emas 1 gram emas sekarang berapa.Sekarang ni harga emas RM189 - 1 gram.hari tu harga emas lebih kurang Rm169.Ada pasang surut dia.

2. Jangan pegi kedai yang ada brand macam Habib,Poh Kong atau T-Zed.Aku dah survey dan kebanyakan dia harga agak mahal (aku tak tau macam mana boleh mahal kalau harga dah standardized sepatutnya,mungkin upah nak bentukkan cincin tu mahal kot?) tapi memang lain.Jika anda ingin membeli cincin,lebih baik anda pergi ke kawasan2 terpencil dan jauh dari pembangunan.Macam aku,aku pegi beli kat Banting.Haha!Nama kedai emas aku pegi?Kedai Emas Tai Yick!Haram tak glemer tapi choice lagi banyak dari Poh Kong.

3. Ada 2 jenis emas.Satu yellow gold,satu lagi white gold.Kalau ikut trend,white gold mmg lagi lawa TAPI white gold takde second hand value.Kalau tiba-tiba terdesak nak pakai duit masa2 depan,yellow gold menjamin harga yang lebih tinggi.Berapa?Aku tak tau.Harga pulak yellow gold lagi mahal seratus dua.

4. Bila nak beli white gold,tengok kat cincin,ada 3 nombor.525 ke 725 ke 455 ke (aku tak sure nombor dia) dan apa guna nombor tu?Nombor tu menunjukkan percentage berapa percent emas yang terkandung dalam cincin tu.Untuk white gold,kita ambik contoh 725 nombor dia,maksudnya cincin tu dibuat oleh 72.5% white gold dan 27.5% lagi adalah stainless steel.Lagi tinggi percentage,lagi mahal harga.Harga cincin white gold bermula daripada Rm300 (yang aku usha) untuk gred 425 (paling cikai)

5. Untuk yellow gold,yang aku usha ada dua jenis,835 dan 916. Cincin 835 biasanya diletakkan diamond beberapa butir dan mengikut kata kedai2,cincin 916 ni tak sesuai untuk letak batu berlian ni sebab susah nak dibentuk (lagi tulen) jadi biasanya cincin 835 ni dijadikan cincin tunang/kahwin sebab ada berlian dan perempuan sangat suka berlian kerana berlian adalah teman sejati mereka,bukan kaum lelaki.Ingat tu!

6. Bercerita pasal berlian ni,ada 2 jenis berlian.Satu adalah berlian asli dari bumi dan satu lagi adalah berlian man-made yang dipanggil "zirkon." Kedai mesti asingkan punya dua jenis ni.Berlian asal JAUH lagi mahal berbanding zirkon tapi kelebihan zirkon adalah batu pada cincin anda akan jauh lagi besar berbanding berlian sebenar.Jadi,pilihlah sendiri.Nak bergaya,pilih zirkon,nak yang asli,ambik berlian betul.Design cincin zirkon jauh lebih best la sebab batu dia besar2 dan cincin dengan berlian betul ni batu dia kebiasaannya batu2 dia kecik2 je,sebab kalau nak dapat batu besar2,lelaki itu perlulah bekerja siang malam tanpa henti selama setahun.Harga memang banyak beza,cincin zirkon ni banyak murah2 je,Rm300,Rm400 lebih.Yang berlian betul?Rm500 ke atas untuk berlian sebesar habuk.

7. Yang paling penting!Kedai-kedai penjual emas ni ada persatuan dan majoriti daerah di Malaysia,kedai-kedai emas meyertai persatuan tersebut.Masalahnya,bila diorang ni join union tu,harga emas adalah standard.Cuba tanya pakar2 emas keluarga anda atau makcik2 yang bergelang penuh yang selalunya kelihatan sewaktu kenduri kat mana nak beli emas murah.Sebab benefit dia terlalu besar.

Katakanlah...harga tempat lain Rm142 dan harga di daerah yang tak join union ni biasanya murah Rm15-Rm20 satu gram emas.Jadi,kalau anda beli cincin 9 gram berharga RM1278 di KL,harga di tempat yang tak join union hanyalah  Rm1098.Murah dekat Rm200.

Contoh yang aku boleh bagi,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Harga emas kat tempat lain sekarang Rm142,kat Kuala Pilah harga emas sama 1 gram Rm102.Murah Rm40 1 gram.8 gram dah RM320.Ye,Kuala Pilah adalah daerah yang tak join union yang aku tau.

Source : LINK

...............

2 comments:

anaztasias nora aira said...

emas kat kuala pilah memang murah tapi mcm has mention before, kos nak pergi sana sini tu..

syakilla.purple said...

yelah, senang cerita beli dekat tempat sendri je kan. :)