Follow Qiela :)

Tentang Hutang.

Latest me. dengan kawan-kawan betterhalf :)

Aku baru lepas makan macam-macam, hasil duit dividen budak ofis yang dapat harini. Mereka belanja. Alhamdulillah. Aku tak dapat, sebab aku bukan ahli organisasi tu..Diorang tak habis2....

'syakilla, baik la ko masuk Koperasi ni, boleh pinjam bila emergency.......'

' Baik ko masuk, potong tiap bulan bukan mahal.......'

'..........selama aku masuk koperasi, tak pernah lagi mengecewakan...kenyang aku makan dividen tiap-tiap tahun.....'

Aku cuma boleh cakap, gaji aku ciput. aku malas nak potong-potong bagai. ni aku duk kira hari bila lah potongan EPF aku nak stop. aku dah tak larat nak hidup ngan gaji ciput. macam takdak life, sebab tu aku habiskan usia muda aku dengan kerja partime, tak bergebang sana sini macam kawan-kawan sesama usia dengan aku.

Biarlah, nak buat macam mana. I deserved for it.

Aku baru lepas baca blog perempuan jomblo, pasal cerita PTPTN yang tak habis-habis. bila aku dah baca komen-komen yang ada...aku rasa macam bersyukur gila tak menyesal lansung tak masuk belajar tingg-tinggi dan tak buat pinjaman PTPTipu which penuh dengan bayaran proses, bayaran tersembunyi, caj peguam, fees itu dan fees ini.... dan gedebuk gedabak....kita sebanarnya bayar bunga je. yang pinjam dua tiga tahun lepas belum bergerak lagi. aku dengar pun seram dan meram.

mula lah aku duk fikir, macam mana aku nak kahwin nanti. kepala aku senak macam apa je bila nak fikir dan aku pun memilih untuk tak berfikir. aku senyap dan terus senyap. bila betterhalf tanya okey ke tak tarikh ni..aku iyekan je.

Mula-lah aku rasa menyesal tak belajar tinggi-tinggi. kalau ada lulusan U, confirm sekarang aku dah gred PTD. -_-"

Bila jadi macam ni,  mula terfikir...Aku tak tahu lah, samaada aku memilih calon yang betul nak dijadikan suami sebab betterhalf bukan dalam golongan yang kaya-raya, dan aku rasa mentality orang ramai pun boleh fikir...kawin dengan orang 'tak kaya' memang takkan kemana.tetapi betterhalf di dalam golongan yang sangat-sangat rajin menyimpan. Sebelum dia beli My-V plat CCQ  (madu aku) baru-baru ini, dia dah mula menyimpan untuk roadtax yang untuk setahun akan datang. dan roadtax dia habis bulan ni. Kira-kira gedebuk gedabak, dia kata hasil simpanan dia..ada lagi balance. aku Kagum. serius...kagum. ni buat aku sayang. bertambah :) Sedangakn nak beli My-V dia (madu aku ) pun, dia hanya menyimpan berpuluh ribu untuk bayar muka. Bukan sebarangan pinjaman. Dia simpan. Aku bertambah kagum.

Ada satu lagi pilihan yang datang bergolek.Bagi aku itu adalah Bonus. sekurang-kurangnya aku tahu aku masih lagi market :)

Dia kaya, sangat kaya. tak pasti tahap mana tapi kalau dah mak bapak bawak Alaphard, aku rasa hanya orang tertentu sahaja yang mampu beli. sila google kalau tak pasti kereta tu macam mana. ibarat sebuah banglo yang laju menyusur highway. -_-" Adik beradik pula memang jenis yang berpendapatan dan berjawatan. aku kagum, sekurang-kurangnya keluarganya jenis down-to-earth. tapi HANYA keluarganya. Bukan Dia, sebab berlagak yang amat sangat sampai tahap........dewa.

aku sampai je di dewan majlis abangnya, awal-awal lagi dia tunjuk kasut jenama apa tah....baru beli, katanya. siap tunjuk tanda harga yang belum tanggal. aku sempat menjeling.

Wow, nak dekat 700. ( kagum) tapi sedikit rasa jengkel.

Kemudian, dia ambilkan nasi minyak untuk aku dan terus bercakap pasal aku which is macam terlalu merendahkan diri aku. Betterhallf tak pernah tanya gaji aku berapa, elaun berapa, hutang berapa. Bukan tak peduli, sebab aku dah bagitahu kot :)

katanya...'setakat gaji awak, saya boleh dapat dalam masa sehari je.....'

Bunyi memang pedas, tapi yang rasa aku.

banyak lagi buah berlagaknya,

'Stall cendol tu sy yang sponser, dalam 1k jugak modal....'sambil menjuih mulut ke arah  pakcik yang duk semangat memutar mesin air batu tu. Ada di penjuru dewan sempena majlis bertandang abangnya.

' Dalam bank sy ada simpanan banyak, anytime je boleh kawen.' angkat-angkat kening macam miang amat.

' Haritu ingat nak beli kereta blablabla, tapi abang ipar tak bagi. tak gempak katanya. Awk rasa sy kena beli kereta apa. Yang rasa sesuai dengan sy? ' tunggu jawapan aku...

aku jawab, kereta lembu. terkeluar...jenaka mungkin.

Aku rasa, penyakit orang kaya memang macam tu. ada banyak lagi perkara yang menjengkelkan pasal Dia, tapi aku abaikan, sebab aku rasa...he's not the one. Not at all. walaupun dia banyak kali kata nak pinang aku. Aku cuma boleh cakap kat sini, aku memang taknak, sebab Dia lansung takdak daya penarik. harapkan keluarga je yang molek cantik. sedangkan dia lebihan hampas je.

sila ubatkan aku, jika satu hari nanti aku macam tergila-gilakan dia. sebab aku memang taknak dia.

Aku rasa, adalah lebih baik aku bersama kekal dengan betterhalf, aku rasa pilihan aku dah terlalu dan lebih kepada sangat-sangat tepat.

Aku yakin, bila aku dapat bersama beterhalf satu hari nanti sebagai suami isteri yang sah. aku lah perempuan paling kaya. yang belum ada sesiapa boleh tandingi selagi kami bersama. :smile:

Tetttt, tiba-tiba...
Text message recived  From Sayang.

Luv u syg, mmmuah...syg sgt..

Haih..siapa lagi mampu buat aku tersenyum tiba-tiba tengah hingar bingar hiruk pikuk suasana pejabat ini. siapa lagi.....kalau bukan dia.

Reply,

Luv u too baby.
Send.

notakaki : aku dah lama tak menulis, dah macam cuci bersih je tangan ni. tapi tak sedar, ada sikit lagi yg terpalit. ok, tulis semula.

No comments: