Follow Qiela :)

Nak kata sedih, tak. happy sangat pun bukan.

Harini selasa, masuk hari kedua puasa ganti. mula-mula ingat nak puasa sunat rejab, tapi org kata..wajib kan yang wajib dulu. so aku ada balance 5 hari lagi tak berganti. lagi 3 hari bila tolak dua ni.

bajet semalam nak buka puasa minum barli je, tapi tak pasal-pasal rasa sesudu nasi goreng kampung adik, terus mintak adik pergi beli lagi sebungkus. hhehe. funny ;) tapi harini memang nekad taknak ambik nasik dah.

ye, sangat nekad. tunggu petang karang tengok.

niat memang nak puasa ganti, tapi sambil selam biar minum air kan kan kan. :) baru la selim melim gitu.

---

dah nak masuk 2 minggu kat admin, kerja masih samar-samar. orang-orang kat sini semua ingat aku addicted facebook, padahal tak lansung. aku tak tahu pun ape yg aku kelik-kelik kat muka buku tu. main kelikkk je....sebab sampai harini aku tak tahu apa punca aku dekat sini, untuk apa aku dekat sini dan siapa yang bertanggung jawab atas aku ni.

hhmm..

betterhalf balik, walaupun dia ckp lagi 3 hari dia balik, aku tetap kata lagi 2 je lagi, sampai bergaduh berpasal. hhhhhaaa..punye lah nak sangat jumpa. takboleh sabar lah. :)

okey, entri kesian. sebab nak feed je konon .

No comments: