Follow Qiela :)

Hana Natasya.

Dulu, nama ni paling susah aku nak eja. mesti tesilap. aku selalu akan eja Hana Natasha. selalu dia akan betulkan lebih2 lagi kalau aku tersilap tulis nama ayah dia Salehudin kepada Salihudin. dia cepat-cepat padam dengan gaya yang sunguh-sungguh sebab dia memang jenis tak suka orang silap eja nama dia.

masa mula-mula aku jejak kaki masuk Teknik, nama tulah yang paling aku menyampah, selalu pandang aku lebih kurang dan dia pun sama. sebab dia ni stail kawan dengan orang 'UP' je. tapi aku okey, sebab masa tu aku memang takdek niat pun nak kawan dengan dia. apa dalam kepala aku masa tu, ponteng+sound senior+begalak+malas belajar+main phone dalam kelas. so, tak jadi kudis lansung. dan masa tu jugak, dia ni cantik, ramai orang minat. aku ni pulak..biasa dan ganas, gemuk pulak tu. mana ada orang lelaki nak suka.

well, tulah. orang selalu cakap, dari benci boleh jadi kawan. aku tak sure macam mana. tak boleh nak review balik, dan tu aku rasa benda paling berdosa penah aku buat dalam hubungan aku dan dia, sebab aku selalu ingat cara bagaimana dia tinggalkan aku, tapi aku tak tahu macam mana kami boleh berkawan baik. seingat aku, dia join aku ponteng kelas. tu je.lepastu jadi rapat dan semakin rapat.

Tahun pertama, aku duduk sebelah orang lain dalam kelas, tapi dalam kelas je. bila dalam libary, time makan dan selainnya, masa aku banyak dihabiskan dengan dia. kawan baik, konon lah.masuk tahun kedua, barulah dia dukuk sebelah aku. 2 tahun, rekod. tak pernah gaduh. cuma ada lah sikit, setakat gurau-gurau. apa yang diafikir pasal aku, terkutuk atau terkata. kau dah lama maafkan.dan aku harap dia pun macam tu.masa sekolah, masa-masa remaja aku terbuang dengan angan-angan yang tak pernah nak habis. cerita cinta mengarut dan cita-cita yang tak masuk akal.

Tamat SPM, masing-masing bawak haluan masing-masing. aku kulikan diri aku dengan rela pada pejabat-pejabat swasta di Negeri sendiri. aku memang tak sambung belajar. Hana pulak terus berhijrah, ke KL. dan aku tak pasti sama ada dia sambung belajar atau pun bekerja. sebab masa ni memang dah lose contact. aku dengan hidup aku dan dia dengan hidup dia. masa ni aku sedar, yang zaman sekolah tu lah paling menyeronokkan, dan zaman bekerja lah paling membebankan. masa tu bukan setakat dia, kawan-kawan yang lain pun aku dah lose contact terus!

sedih memang sedih, tapi..dah hukum alam.terpaksa terima dan tak melawan.

sampai lah satu masa, aku dah bekerja hampir setahun di salah satu organisasi kerajaan, dan dia muncul setalah hampir 3 tahun terpisah. masa tu, hati dah macam tak boleh nak 'go' sangat dah. sebab dah lama sangat terpisah.macam..dah tak kenal. tapi masing-masing tak pernah lupa.

pasal semua.

sampai la satu detik. kami berdua berjumpa. dan mula bercerita. pasal hati yang tak pernah nak pulih, pasal sahabat yang teraniya, kepercayaan yang dikhianati dan perjanjian yang dimungkiri. tu semua macam dah jadi makanan,taknak tapi terpaksa hadapi.

dan semua, on track. perlahan tapi pasti.

sampai lah satu masa, hari jadi aku. tahun lepas celebrate biasa-biasa saja. even betterhalf sendiri lupa. dan buat aku sendiri rasa macam biasa.

dia berkali-kali call, ajak makan. ajak keluar, having fun, borak-borak panjang, ketawa sampai menangis.dan aku tahu silap aku. tolak mentah-mentah. ni semua pasal hati. kalaulah aku tahu penghujung cerita macam ni, aku takkan terlalu ikutkan hati.

bila ending cerita tak yang macam aku nak, dan bukan on track. semua jadi huru hara. dan apa yang aku tahu..its sucks. aku jadi sesak. semua aku benci. semua jadi musuh paling nyata pada aku.

termasuk Tuhan.

bukan senang nak deal dengan satu kehilangan.sentiasa guilt. kalau boleh aku mahu dia datang dan pegang tanganku dan kata, everything's gonna be okay. good enough for me.

im not good enough untuk face any of scene kesedihan yang melampau.aku terkilan bila muka yang sepatutnya aku renung sambil menitiskan air mata. aku tak dapat tengok walau seinci sekalipun. muka yang aku patut cium itu pergi dan badan yang sepatutnya aku rangkul sekuat hati terlerai buat selama-lamanya.

well.
tak baik aku nak cakap itu ini. Kalau nak ikut kan hati, banyak sangat benda yang aku tak puas hati dengan Tuhan, banyak sangat..

kalau diberi peluang untuk meratap tanpa rasa berdosa..aku akan ratap segala apa yang dah terjadi.aku akan ratap apa yang aku hutangkan, apa yang aku janjikan, apa yang aku inginkan. impian aku dan dia. cita-cita aku dan dia.

6 March,
Al-Fateha.

No comments: