Follow Qiela :)

tips untuk kurus [ p a r t 3 ]


Berjogging

Mesti orang cakap. CEHHHH, SETAKAT NAK KURUS LEPASTU JOGGING, SIAPA-SIAPA PUN BOLEH."

dah tu, kenapa susah sangat nak buat, jawab saya :)
(ni stok nak bagi sakit hati)


ni pula pelembutnya.
Tak perlu berhempas pulas, kerah tenaga sampai sakit-sakit lutut untuk berjogging seperti mahu mengejar sesuatu, atau dikejar sesiapa. Cukuplah sekadar berjalan laju. tetapi jangan berjalan seperti mahu membeli belah di shopping complex, pastikan laju. Tetapkan masa, sejam atau sejam lebih. saya tak mampu ke dua jam. memang tak larattt...fuh fuh fuh..atau tetapkan, jika kawasan jogging anda bulat. pastikan setiap hari anda tetapkan berapa pusingan yang akan anda lakukan. seperti saya, saya akan lakukan dalam 3 pusingan. pertama elok lagi. kedua, fuhhh..lambatnya round ke tiga. bila masuk ketiga. sabarrr..sabar...dah last.....:) macam tu lah.


Seperti yang saya sering lihat di tempat saya berjogging, majoriti yang berjalan laju sambil menghayunkan tangan dengan laju adalah kaum cina. lihat betapa kesihatan itu penting bagi mereka.tak kira, yang tua atau pun yang muda. sanggup..even ada yang pakai baju kerja sahaja, punya lah nak sihat.nak berjalan.Sedangkan saya sendiri pun terkejar-kejar setiap petang untuk berjogging. mana nak tukar pakaian, bersolat, jalan jem.ah..banyak nak kena juggle tau tak?

Bila berjogging atau berjalan laju, perkara utama adalah sihat tubuh badan..akan rase segar dan badan terasa ringan...selain itu aktif dan cergas...Buat pada masa ini, saya masih belum cergas seperti yang diperkatakan orang ramai, saya masih lagi lesu dan malas bangun pagi. Biasa lah, dua kerja dalam satu masa. terkejar-kejar ke kerja sana dan berlari-lari kerja disini pula. haish. tapi apa yang saya perasan, bila dah bangun..baru segar. tak sibuk nak mengantuk lagi. tak sibuk nak sorong bantal lagi dah.Baik untuk penurunan berat badan mungkin tujuan utama. seperti saya juga. Utama, kerana terlalu gemuk mungkin. Jadi biarlah itu menjadi sebab musabab utama.Selain dari itu, ianya juga baik untuk jantung..setiap kali berjogging / berjalan laju, perkara yang paling memuaskan hati saya adalah kadar degupan jantung yang laju. tak seperti biasa.Tak perlu mahu berpeluh bagai, basah kuyup dengan peluh. kalau macam tu, sauna pun boleh. :) INGAT, berpeluh sahaja bukan bermakna kita akan kurus. Tetapi kadar degupan jantung dan proses perjalanan darah yang laju akan menentukan hasilnya nanti. Percayalah...

okey.
Stay Tuned :)

No comments: