Follow Qiela :)

tips untuk kurus. [ p a r t 2 ]


Selamat Pagi, semangat saya ingin berkongsi tips kedua. saya baru lepas ke pantry untuk memenuhkan botol air kosong saya, dan terdetik untuk berkongsi tips ini pula.

Minum air putih. Banyak, secukupnya, setiap masa, Jangan berkurang, pastikan bertambah. Itu sahaja kata kunci yang penting. Kurangkan pengambilan air manis. kerana kuantiti kandungan gula yang terdapat dalam setiap kandungan air berperisa adalah SANGAT TINGGI. saya sendiri pun dah tak minum air 100plus. kerana bagi saya..setiap air bergas mengandungi paras gula yang tinggi. saya lebih memilih air barli. kerana bagi pendapat saya..barli adalah bijian yang sangat baik untuk menyedut kolestrol dalam badan selain daripada minuman bijirin seperti nestum.

Siapa sangka, Air putih juga dapat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar lewat urine (pembuangan air kecil ). Cuba ikuti tips saya, minum air hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) dapat mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum air putih pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Have a try! Walaupun hasilnya agak perlahan, tapi berpuas hati.

Girlss, air putih juga boleh cantik tau! Percayalah :)

Satu keburukan lebih minum air ni, cuma kamu akan kerap ke tandas! seperti saya juga. hihihi. 

Selamat mencuba!

No comments: