Follow Qiela :)

Marriage is a gamble thing.


Macam ni, hidup banyak reason. dan penuh dengan alasan. pendek cerita..kalau jadi ada sebab, dah jadi pun ada sebab. paling koman pun akan cakap..

benda dah nak jadiiii....

well. marriage ni bukan satu perkara yang mudah. bukan senang nak berkongsi hidup dengan seorang lelaki yang tak rapat dengan mak kita. x kenal pun ayah kita. dengan adik beradik pun suam-suam kuku. bukan sombong. cuma dah memang istilah orang luar...ikut mana pun..takkan rapat macam adik beradik kita. dengan keluarga kita..

u kno, stranger??

orang asing?

bukan orang kiterrr.
ye ye..macam tu lah.

so,dalam erti kata senang nak faham, perkhawinan adalah sesuatu perjudian hidup.ingat senang nak pertaruhkan diri dalam keadaan yang kita tak pasti. well. senang cakap..kita dah kenal 3-4 tahun. bung bang buang bang. tambah pulak tunang setahun (ikut stail) dah masuk 5 tahun. bila dah  kawin 5 bulan dah ke arah  punah ranah. Auzubillah. aku memang mintak jauh.

kita fikir macam ni jelah. even 3-4-5 tahun stick along together pun ada banyak benda-benda teguran hati terjadi. lepastu pom pam pom pam mintak break. inikan pulak after married. ingat boleh mintak cerai macam mintak break masa couple-couple dulu? kau ingat senang.

' i rasa, kita tak boley besama, i need a break.....pelempang!!
tu ler jugak dia pi anta hang kat umah mak hang. sebab dia pun tak boleh nak stay any longer dengan kauu..

yelah, even kita pun rasa semak, inikan pula yang lelaki. dalam kepala dah semak dengan cari nafkah zahir. tersepit dengan macam-macam nafkah ..hutang loan / hutang personal/ bil / batin (shy*shy).. lepastu tanggung jawab pada adik beradik kandung dia. (macam aku dapat sulung, ada 4 lagi berderet kat bawah ) dengan mak ayah dia lagi. LELAKI okey. what do you expect? ingat...komitment bukan perkara yang mudah. silap sikit..macam-macam boleh jadi. Cerai adalah salah satu daripadanya.

bila dah berkhawin, perkara pertama yang akan kita lalui adalah susah payah bayar hutang. well..kawin saja gedebuk gedabak set dah 20k. kau nak kata apa. belah perempuan 10k. orang cakap..amboi....grandnya. tapi kau tak tahu,. ingat 10k tu cukup?? silap-silap belah perempuan kena tambah nak dekat separuh lagi. yelah. makan saja dah nak dekat berapa. dah? nak jamu orang makan je? kau..tak payah nak melaram? tak payah nak pelamin berpasal? tak payah nak photoG? tak payah renovate rumah? set bilik tidur? kalau semua tak payah..suruh laki kau hantar 5k pun cukup. Ingat kerja kawin ni senang macam senangnye urus parti budak yang tengah gila Ben-10 ke?

source : Majalah Pegantin

Even bertunang pun sempooottttt mak nyahh!kau takdek at least 5k. jangan mimpi nak bertunang macam orang lain. kau tunang la dengan cara kau.

p / s : tengah sentap. bapak aku tak habis-habis suruh kawin. huh. 'asyik berkepit je'...... kata dia laaah..cakap pulak kat betterhalf, ajak tunang dulu.

hns..hnss..hnssss!! ambik napass..ambik napasss...

"Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan,dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dengan hatiku dgn ikatan pernikahan,titipkanlah kebahagian antara kami,agar kemesraan itu abadi.Dan ya Allah,ya tuhanku yang maha mengasihi.Seiringkanlah kami melayari hidup ini,ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah,seandainya telah engkau takdirkan,dia bukan milik ku untuk dunia dan akhiratku.Bawalah ia jauh dari pandanganku.Luputkanlah ia dari ingatanku. Pisahkanlah kami selamanya,namun satukanlah kami sbg saudara muslim.Dan peliharalah aku dari kekecewaan.Aminnn ."
adore -_______-"
<3

much love :)

No comments: