Follow Qiela :)

For Girls : Kitaran Haid yang Betul.

Hai dan selamat pagi :)

Hariini nak berkongsi satu info yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang ladies :) Selamat untuk tatapan para remaja juga. dan juga untuk panduan diri sendiri. Jangan fikir i ni tak normal pulak, sebab nak post benda macam ni. well..at .least..one day. boleh jadi panduan untuk diri i jugak.

Kitaran haid yang normal berlaku diantara 21-35 hari. Sebagai contohnya; wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari akan mengalami haid setiap 4 minggu manakala wanita yang mempunyai kitaran 21 mengalami haid setiap 21 hari.

Apabila doktor bercakap tentang jangkamasa haid, ia termasuk hari-hari dimana anda mengalami haid.
Kebanyakan wanita mengeluarkan telur (ovulate) disekitar 13-14 hari sebelum mengalami haid. Sekiranya wanita mempunyai 28 kitaran haid, dia akan berovulasi betul betul ditengah bulan. Walaubagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai kiratan 21 hari, beliau mungkin mengalami ovulasi pada hari ke 7 bermaksud 7 hari selepas hari pertama haid. Dia mungkin masih menghadapi haid semasa mengalami ovulasi.

Sekiranya haid anda sangat regular, agak senang untuk anda meneka hari dimana anda akan bertelur tetapi bagi mereka yang megalami haid yang tidak teratur, ianya tidak begitu senang. Dorktor selalunya akan mencadangkan anda menyimpan dairi dimana haid anda terjadi untuk beberapa bulan.

Sekiranya haid anda sangat tidak teratur, anda mungkin tidak mengalami ovulasi langsung atau kadang-kadang sahaja. Catatkan dairi haid anda dengan teliti dan cuba untuk beberapa bulan untuk hamil, sekiranya masih gagal, berjumpalah dengan doktor anda.

Pendarahan yang berlaku diantara haid atau ditengah bulan perlu dilapurkan kepada doktor. Sekiranya pendarahan terjadi sebaik sahaja anda melakukan hubungan seks, dapatkan temujanji dengan doktor anda secepat mungkin.

P/S : Bila period, saya sering tandakan pada calender. untuk peringatan. lebih2 lagi pada bulan Ramadhan. senang..nk review balik. sebab nak ganti -_____-"

Bye korang!

No comments: