Follow Qiela :)

Panjangkan Rambut.

Okey, sebenarnya kekerapan nisbah purata untuk stylist/pemotong rambut/hair styler/whatsoever memotong rambut bukan mengikut ketetapan kita atau keinginan kita adalah sangat sangat sangat tinggi. seriesss la weh. i penah kena ok. walaupun pendek tu is not 'terlalu' pendek, tapi..bagi i. bukan biasa lagi dah. macam dah tak biasa. rasa macam letak kepala orang lain dekat badan sendiri. whhhoh! gempak kan.-______-" kalau kepala Intan Ladyana, badan Fasha Sandha lagi gempak kan. hehehee..

Sedihkan, kalau lepas je keluar salon, tengok rambut jadi macam ni. macam terus nak jumpa cina styler tu, terus cakap 'See u In Court'!

Sebenarnya ada lah dua atau tiga cara yang boleh i consider. kalau nak panjangkan rambut dengan cepat, tahap paling maksima.

1. Jika rambut telah/sedang rosak atau ujungnya bercabang, tahu tak becabang tu macam mana? macam rambut hujung tu ada dua. macam crossfinger. kan kan kan. cepat2 pegi saloon atau macam i, pegi Watson, cari perapi paling gempak dan mampu dimiliki. rapikan bahagian yang bercabang tersebut. Memang u'all kena ptong/buang/hapuskan bahagian yg bercabang tu, tapi ini merupakan langkah awal. potong2 ni cuba lah elakkan. yelah, dah pendek, kenapa nak pendekkan lagi.
For now, i banyak habiskan separuh dari gaji i hantar dekat cashier Watson. Watson punya perapi pun not bad hapa! (padahal nk cover, watson pun watson lah, janji murahhh...) treatment shampoo. i selalu ambik yg stoberi. bau dia, rasa macam nk letak dia dalam air gula, letak ais dan bersantai di tepi pantai.-______-"

2. Jangan mandi banyak kali, atau bunyi lebih enak, Jangan basuh rambut banyak kali atau lebih sedap..jangan buat bil air melambung tinggi. atau lebih menyelerakan, tak payah la basuh basuh basuh rambut tu kerap sangat! nanti kita yang sedih sebab banyak shampoo habis, conditioner pun bukan murah, harga bukan kepalang.bil air pun tinggi, bil elektrik pun melambung. lepastu pasti ada adik2 membebel  kat luar kata nak tu lah..nak ni lah.....-_____-" mengikut pengalaman.

Percaya atau tidak, musuh rambut adalah air. Jadi.......

I tak percaya, so..tiada sambungan untuk itu.

Sebab macam mana nak basuh kalau takdak air? Nak mandi minyak? Heh. Tapi..betul lah jugak fakta tu, sebab kalau I pergi salon, I perasan, bila cina tu sental rambut coustemer  sebelah, I perasan colour dia luntur teruk, tak tau lah sebab kena sental kuat atau dia bleach atau kekuatan pencuci rambut tu macam ninja turtle.

3. Gunakan produk-produk rambut sedikit atau takpayah lansung. Macam gel, volumizer, serum, hairspray, dan lain2. memanglah dekat botol dia ada tulis macam2 faedah dan benefits, tapi…..mana ada botol akan tampal keburukan selepas memakai.Penggunaan produk yang terlalu kerap boleh menjadikan rambut begumpal, Gumpalan bahan-bahan penataan rambut juga boleh mengotorkan rambut. Macam berminyak macam tokey minyak, keras macam pakai wig, serabut sabut. Tak best!

lepastu sibuk nak mandi, lepastu sibuk nak basuh rambut. lepastu....baca nombor 2.........

lepastu elok2 hitam. jadi macam ni. nak tak? nak tak? nak tak????

Okey, last but not least. i nk suggest hair produk ni. bagi i..kira okey okey la. so so. harga pun mampu dimiliki oleh setiap wanita. i beli dekat carefour je. dengan Intan ;p .. Dalam Carefour tu kan ada tempat jual hairproduct, bukan jenama CAREFOUR okey! bukan.... i tegaskan, bukan.

Ha, nilah. Jenama Mustika Ratu, sapa pakai baru boleh nyanyi lagi Teman Tapi Mesra - Ratu.

I pakai ni, masa rindu gila gila gila nak rambut panjang macam KrisDayanti. Sebab tu beli produk Indonesia. Okey, tak kelakar.

nota kaki : sekarang pun rindu nak rambut panjang, dan lurus. macam Rossa.:(

3 comments:

aqus stella said...

Mana nk beli shampo rambot ni

aqus stella said...

Mana nk beli shampo rambot ni

Adenin sofea said...

Jenama mustika ratu boleh panjangkan rambut ker????